Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Selasa

PENTINGNYA SET CAWAN BEKAM PERIBADI

Kebersihan minal iman.
Pencinta bekam hijamah lebih-lebih lagi pembekam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati kerana peralatan seperti jarum dan cawan yang digunakan dalam rawatan tersebut boleh menyebabkan pelbagai jangkitan bakteria dan penyakit berbahaya termasuk HIV dan AIDS. Saya mengesyorkan agar perkongsian mangkuk/cawan untuk terapi bekam dielakkan dengan membeli sendiri set cawan bekam anda sendiri.

Dalam akhbar utusan online Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, ini disebabkan tahap kebersihan peralatan yang digunakan oleh pembekam tidak diketahui, malah ada menggunakan jarum sama berulang kali.

Beliau berkata lagi, berbekam sememangnya diakui mempunyai pelbagai kebaikan tetapi cara yang tidak bersih akan menyebabkan pelbagai penyakit tersebar. Kita boleh rujuk khasiat dan kebaikan berbekam dalam kitab dan hadith Nabi tentang perubatan sunah.
 
Kini, perkhidmatan terapi bekam banyak ditawarkan tetapi kita harus bijak memilih yang benar-benar mengutamakan kebersihan. Ini kerana peralatan seperti jarum, pisau atau cawan bekam yang tidak dibersihkan setelah diguna ke atas individu yang mengalami pelbagai penyakit akan menyebarkan kuman kepada orang lain.
Saya berharap pengamal perubatan alternatif ini supaya bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang digunakan benar-benar bersih supaya penyakit tidak disebarkan kepada orang lain, katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi mengetuai lima pakar dari universiti tersebut yang sedang menjalankan kajian secara saintifik mengenai kebaikan berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW.
Kajian itu bermula awal bulan ini dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan sepenuhnya.
Kata Prof  lagi, kajian itu melibatkan 90 individu yang akan berbekam setiap empat bulan sekali dalam tempoh tersebut.

Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pertama, 30 individu yang sihat; kedua (30 individu penghidap diabetes) dan ketiga (30 penghidap darah tinggi). Kita juga memilih 30 individu yang sihat tetapi tidak melakukan bekam untuk dibandingkan dengan ketiga-tiga kumpulan terbabit bagi mendapatkan keputusannya, katanya.

Ujarnya, keputusan pertama akan diketahui pada April ini tetapi pihaknya akan terus memantau sehingga kajian yang ditaja Kementerian Pengajian Tinggi itu berakhir dalam tempoh dua tahun.

Berbekam mempunyai banyak teknik, sebagai contoh, masyarakat Cina menggunakan kaedah akupuntur. Kali ini kita menjalankan kajian berbekam mengikut kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah sejak lebih 1,000 tahun lalu bagi mendapatkan keputusan secara saintifik, katanya. disadur dari utusan

Disebabkan inilah saya mengambil pendekatan BEKAM TANPA WASWAS, setiap patient diwajibkan mendapat dan memiliki set cawan bekam sendiri untuk berbekam, set bekam tersebut tidak akan dikongsi dengan orang lain sama sekali manakala jarumnya sudah pasti sekali guna sahaja. 

Kepada sesiapa yang mahu berbekam dengan saya diskaun untuk 2 kotak set mangkuk bekam dengan harga istimewa milik anda, satu cup atau satu point bekam hanya saya kenakan bayaran serendah rm5 sahaja, semoga setiap umat baginda Rasul mampu dan berpeluang berbekam dan mendapat keberkatan dengan sunnah ini. Sila rujuk khidmat bekam muhibmahbub disini.

Untuk berbekam anda tidak perlu membeli set yang berharga ratusan ringgit, yang mahal dan murah fungsinya sama sahaja iaitu untuk menyahkeluarkan udara dan akan menghasilkan tekanan negatif untuk menarik sisa-sisa toksi bersama darah statik yang tidak lagi berguna dan diperlukan dalam tubuh. Yang penting kita yakini kebersihannya dan kita boleh berbekam tanpa waswas lagi.

Dengan pembelian set bekam sendiri anda boleh mencuba teknik bekam angin atau bekam angin bermagnet dengan kaedah dan cara yang mudah, bekam luncur adalah lebih kurang teknik ururat keseluruh tubuh untuk menyegarkan urat saraf dan melancarkan perjalanan angin, bekam tarik bolehlah dikatakan hampir menyamai teknik urut lipan orang-orang tua dulu. Salam sehat untuk semua.

Tiada ulasan: