Ahad
Hasrat kita untuk berjumpa Rasulullah SAW di dalam mimpi adalah sungguh murni. Tidak wajar sebagai pengikut Nabi Muhammad SAW yang tidak mempunyai angan-angan untuk berjumpa dengan nabi di dalam mimpinya ketika tidur.
Untuk mendengar kisah terbaru Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din bertemu dengan Nabi SAW di dalam mimpi juga amalan doa yang diamalkan oleh beliau sila klik di link berikut;
Klik Di Sini untuk mendengar rakaman kisah terbaru Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din bertemu Rasulullah SAW di dalam mimpi
Tuan Guru Haji Datuk Dr.Haron Din Tokoh Maal Hijrah Selangor
SHAH ALAM, 7 Dis: Datuk Dr Haron Din dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor 1432H dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Negeri, di sini malam tadi, sebagai pengiktirafan pada penglibatan beliau dalam bidang dakwah sejak sekian lama.
Anugerah itu disampaikan oleh Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah AlHaj mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum itu berkenan melancarkan sambutan awal tahun Islam serta meluncurkan sebuah buku bertajuk Solat Rasul terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ketika ditemui seusai majlis, Dr Haron, 70, berkata, anugerah itu merupakan satu motivasi terhadap dirinya yang terlibat dalam bidang dakwah sejak di bangku sekolah lagi.
"Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT dan berterima kasih atas pengiktirafan Kerajaan Negeri Selangor ini, meskipun saya tidak pernah impikannya namun bila sudah ditakdirkan, saya menerima dengan sepenuh hati," jelasnya kepada media.
Turut hadir dalam majlis itu adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco-Exco Kerajaan Negeri dan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohamad Tamyez Abdul Wahid.
Menjelaskan tentang pandangan negatif masyarakat kepada golongan ulamak, Dr Haron menjelaskan, sebenarnya rakyat dan masyarakat awam tidak mengenali siapa dan yang mana satu ulamak kerana tidak banyak pendedahan berlaku di media perdana khasnya.
Membandingkan dirinya sendiri yang banyak diberikan peluang untuk siaran di televisyen sebelum ini, menyebabkan orang ramai termasuk golongan muda tetap mengenali dan memberikan penghormatan sebaiknya.
"Jadi tidak timbul masalah kalangan muda tidak menghormati ulamak kerana yang sebenarnya mereka belum mengenali siapa ulamak itu," ujarnya yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS.
Justeru, tegasnya, peranan ulamak ini mesti diinstitusikan agar mereka dapat menjalankan kewajipan mendidik rakyat dan anggota masyarakat dengan lebih baik lagi.
Menyentuh tentang peranan ulamak muda dan golongan tua, beliau menjelaskan, itu hanya istilah untuk menunjukkan usia dan tempoh mereka mendidik masyarakat sahaja, tidak lebih dari itu dan semua pihak mesti berperanan dalam masyarakat.
Dr Haron memulakan pengajiannya di Madrasah al-Islahiah al-Wataniah, Bohor Mali, Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Perlis dan Kuliah al-Islamiah, Klang, Selangor seterusnya mengambil Sijil Tertinggi Kolej - Kolej Islam Malaya pada 1962 hingga 1965), lulus dengan cemerlang dan mendapat hadiah biasiswa persekutuan terus ke Mesir.
Menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana (M.A.) Syariah - University Al-Azhar (1966-1968), Diploma Pendidikan - ‘Ain Shams, Universiti Cairo (1966-1968) dan Ph.D Syariah - Universiti Darul - Ulum Qahirah (1972-1974).
Antara kerjayanya sebagai Pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1975–1976), Timbalan Dekan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1977-1985), Profesor di UKM sejak tahun 1986 hingga bersara.
Juga menjadi Ahli Majlis Penasihat Syariah, CIMB, Ahli Majlis Penasihat, Bank Negara Malaysia, Majlis Penasihat Syariah, Suruhanjaya Sekuriti, Ahli Majlis Fatwa Negeri Selangor, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Bank Pembangunan.
Begitu juga sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, RHB Bank, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Syariah, Public Bank Bhd, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis dan Ahli Majlis Penasihat Syariah, Muamalah Financial Consulting.
Dalam politik, pula sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983), Ketua Penerangan PAS Pusat, sehingga kini sebagai Ahli Majlis Syura Ulamak PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS serta pernah bertanding di dalam pilihan raya 2004 di Parlimen Arau mewakili PAS.
Dr Haron Din adalah Pengasas Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (DarusSyifa') yang terletak di Bangi.
Sumber : Harakah daily & Web rasmi darussyifa
Rabu
Ramai yang menyangka Ibnu Kathir pengarang tafsir Ibnu Kathir yang tersohor itu adalah salah seorang Imam Qiraat Tujuh yang terkenal sejajar namanya dengan Imam Nafi' Al-Madani, Imam Abu 'Amru al-Bashri, Imam Abu 'Aamir al-Dimasyqi, Imam 'Aashim Al-Kufi, Imam Hamzah al-Kufi dan Imam al-Kisaie al-Kufi.
Sebenarnya Ibnu Kathir yang akan dibicarakan ini bukanlah Al-Hafidz 'Imaduddin Abul Fida' Ismail bin 'Umar bin Katsir Al-Qurasyi Ad-Dimasyqi pengarang Kitab Tafsir Ibnu Kathir dan kitab Bidayah Wa Nihayah tetapi beliau adalah tokoh Imam Qiroat Tujuh yang mashyur.
Imam Ibn Kathir adalah tokoh al-Quran di Mekah al-Mukarramah. Nama penuhnya ialah Abdullah Ibn Umar Ibn Abdullah Ibn Zadan. Beliau lahir pada tahun 45 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 120 hijrah.
Ibn Kathir yang dibincangkan di sini ialah qari yang terkenal di kota Mekah dan bukannya Ibn Kathir yang menulis kitab tafsir yang dikenali sebagai tafsir Ibn Kathir.
Penulis kitab tafsir Ibn Kathir bernama Ismail Ibn Umar Ibn Kathir, lahir pada tahun 700 hijrah dan meninggal dunia pada tahun 774 hijrah di Syria.
Penjelasan sebegini amat penting kepada awam supaya tidak terkeliru dengan nama Ibn Kathir. Di mana terdapat Ibn Kathir yang alim dalam bidang qiraat dan Ibn Kathir yang alim dalam bidang tafsir.
Di kalangan Qurra Tujuh, jika dilihat dari sudut tarikh lahir, qari yang paling senior ialah Imam Ibn Kathir.
Beliau sempat berjumpa dengan beberapa sahabat Rasulullah SAW dan meriwayat daripada mereka. Antara mereka ialah Abdullah Ibn al-Zubair, Abu Ayyub al-Ansari, Anas Ibnn Malik dan lain-lain.
Dalam pengajian al-Quran, Ibn Kathir menekuni bacaan al-Quran daripada beberapa guru antaranya ialah Dirbas iaitu hamba Ibn Abbas ra, Mujahid Ibn Jabr, Abdullah Ibn al-Saib dan lain-lain. Jalur sanad Ibn Kathir daripada gurunya Abdullah Ibn al-Saib adalah amat hampir dengan Rasulullah SAW.
Di mana Abdullah Ibn al-Saib mengambil al-Quran daripada gurunya Ubay Ibn Kaab dan Umar Ibn al-Khattab r.a. Dan kedua-dua sahabat r.a ini mengambil al-Quran daripada Rasulullah SAW.
Perlu diberi perhatian bahawa Imam Syafie yang membesar di Kota Mekah telah menjadikan qiraat Ibn Kathir sebagai amalannya.
Beliau memujinya dengan berkata: "Qiraat kami adalah qiraat Ibn Kathir dan aku mendapati ia menjadi amalan penduduk Mekah."
Semasa hayatnya, Ibn Kathir adalah rujukan utama penduduk Mekah dalam permasalahan bacaan al-Quran. Ramai di kalangan mereka yang bertalaqqi al-Quran dan menjadi muridnya.
Antara mereka ialah al-Khalil Ibn Ahmad, Hammad Ibn Salamah, Sufiyan Ibn 'Uyainah, Abu Amru Ibn al-Ala' dan lain-lain.
Abu Amru Ibn al-Ala' pernah menyatakan: "Aku khatam al-Quran di hadapan Ibn Kathir selepas aku khatam di hadapan Mujahid dan Ibn Kathir lebih alim dalam ilmu bahasa arab berbanding Mujahid."
Walaupun Ibn Kathir mempunyai ramai murid namun perawinya mengambil qiraatnya secara perantaraan.
Perawi pertamanya ialah al-Bazzi. Beliau lahir pada tahun 170 hijrah dan meninggal pada tahun 250 hijrah. Beliau bertugas sebagai bilal di Masjid al-Haram dan juga imam selama 40 tahun.
Perawi keduanya ialah Qunbul. Lahir pada tahun 195 hijrah dan meninggal pada tahun 291 hijrah. Jika dilihat tarikh meninggal Ibn Kathir iaitu pada 120 hijrah dan tarikh lahir kedua perawinya iaitu 170 hijrah dan 195 hijrah, satu persoalan bermain di fikiran kita bagaimana al-Bazzi dan Qunbul boleh menjadi perawi kepada Ibn Kathir?
Jawapannya adalah kedua-duanya adalah perawi Ibn Kathir dan mengambil Qiraat Ibn Kathir secara perantaraan atau disebut wasitah.
Kedua-duanya mengamal Qiraat Ibn Kathir dan mengajarnya kepada penduduk Kota Mekah.
Qiraat Ibn Kathir dan perawinya tidak berkembang sebagaimana Riwayat Hafs, Riwayat Warsy, Qalun atau al-Duri. Maskipun begitu, Qiraat Ibn Kathir boleh dipelajari di pusat pengajian al-Quran sama ada dalam atau luar negara.
BUKU Sirah Nabawiyyah juga ada menceritakan sikap Yahudi yang tidak mungkin akan menerima perubahan sekalipun ada kalangan daripada mereka yang berpengaruh besar akhirnya memeluk Islam.
Ini apabila kita mengikuti kisah Abdullah bin Salam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari. Abdullah adalah seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh besar di kalangan penduduk Yahudi di Yathrib.
Apa yang beliau lakukan dan apa sahaja yang keluar daripada mulutnya akan diikuti dan didengar oleh para pengikut Yahudi yang lain.
Apabila Abdullah sendiri mendengar mengenai kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Yathrib di kampung Bani An Najjar di Madinah, beliau tergesa-gesa hendak menemui baginda.
Apabila Abdullah dapat bertemu dengan Nabi Muhammad, beliau pun mengajukan pelbagai persoalan mengenai soal kenabian sebagaimana yang Abdullah ketahui sebagai pendita Yahudi.
Ini kerana tidak semua orang mengetahui perkara tersebut kecuali golongan yang tertentu sahaja.
Lalu dijawab oleh baginda akan segala persoalan yang dikemukakan oleh Abdullah sehin
gga si Yahudi ini begitu berpuas hati kerana ia menepati sebagaimana yang beliau ketahui selama ini dan dapat menyaksikan sendiri tanda yang terdapat pada tubuh baginda yang disebut sebagai khatamun nubuwwah, pengakhir zaman kenabian.
Tanpa banyak bicara, Abdullah pun memeluk Islam tanpa sebarang ragu-ragu lagi di hadapan baginda kerana beliau meyakini bahawa bagindalah nabi akhir zaman yang disebut-sebutkan dalam kitab Taurat.
Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda, Abdullah pun berkata: "Sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengada-adakan cerita. Kalaulah mereka tahu keislamanku sebelum kamu tanyakan mereka sudah tentu mereka kan menuduh yang bukan-bukan mengenai diriku kepada kamu."
Lalu baginda pun mengutuskan wakil untuk menjemput kalangan para pemimpin dan pengikut kaum Yahudi supaya hadir menemui baginda.
Apabila mereka hadir dan berkumpul di hadapan baginda Rasulullah, pemimpin mereka Abdullah Salam pun masuk ke belakang, menyembunyikan diri.
Baginda pun menyampai seruan dakwah terhadap kaum Yahudi di hadapan baginda itu dengan meminta mereka mengakui keesaan Allah dan diri baginda sebagai pesuruh-NYA.
Namun usaha baginda itu, tidak mendapat sambutan sehinggalah baginda kemudiannya bertanya kepada mereka; "Baiklah kamu tidak dapat menerima seruan dakwah saya, tetapi siapakah lelaki di kalangan kamu yang bernama Abdullah bin Salam?"
Mereka pun menjawab; "Dia adalah pemimpin kami yang paling kami hormati, kerana dialah yang paling alim dan paling kuat beramal di kalangan kami. Dia juga yang terbaik."
Dengan lain perkataan Abdullah Salam sering dipandang tinggi dan mulia di kalangan para pengikutnya dan pastinya apa pun perubahan yang berlaku pada Abdullah pasti akan diterima dengan baik.
Lalu baginda berkata lagi; "Apa pandangan kamu jika aku katakan bahawa pemimpin kamu itu, Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?"
Lalu mereka menjawab berulang kali sambil bersorak: "Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!" Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian! Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!"
Mendengarkan itu, lalu Abdullah pun keluar daripada persembunyiannya lalu berkata di hadapan para pengikutnya itu: "Aku bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku juga bersaksikan bahawa Muhammad ini adalah pesuruh Allah!"
Lantas mereka pun menjawab dengan nada yang sungguh marah dan tidak puas hati: "Oh tidak! Abdullah adalah orang yang paling jahat di kalangan kami dan dia juga sebenarnya adalah anak orang yang paling jahat!"
Mereka pun terus menuduh yang bukan-bukan terhadap Abdullah namun Abdullah berkata: "Hai sekalian kaum Yahudi, bertakwalah kamu terhadap Allah. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya dan kamu benar-benar tahu bahawa Muhammad ini adalah Rasulullah yang datangnya untuk membawa kebenaran kepada kita semua,"
Lalu mereka pun menjawab: "Kamu pembohong besar!"
Terbukti tidak sampai beberapa minit mereka terus berubah apabila berhadapan dengan perkara yang mengancam kepentingan mereka. Pemimpin yang mereka sanjung selama ini pun terus tidak lagi mendapat tempat di hati mereka apabila sudah tidak sealiran lagi, apatah lagi terus memeluk Islam.
sumber asal: utusan
Kesabaran Nabi Ayyub a.s. dan asal usul Lintah
N
Nabi Ayyub bin ‘Ish bin Ishaq a.s., adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak Nabi Luth a.s. Ayahnya seorang yang kaya-raya, memiliki ternak;unta, lembu, domba, kuda, keledai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria) yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan. Ketika dia meninggal dunia, maka semua kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s.Nabi Ayyub a.s. telah menikah dengan Siti Rahmah, anak Afrayim putra Nabi Yusuf a.s. Dan Allah telah mengurniakan mereka 12 kali kehamilan yang tiap-tiap kali hamil melahirkan 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian dia diutus oleh Allah kepada kaumnya, dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah Ta’ala menyempurnakannya, dengan budi-pekerti yang baik, lemah-lembut selama orang tidak menyalahi,mendustakan dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya. Nabi Ayyub a.s. mempunyai meja makan yang khusus disediakannya untuk tamunya; orang-orang fakir miskin dan tamu lainnya.Dan Nabi Ayyub a.s. terhadap anak yatim itu ibarat seorang ayah yang kasih dan penyayang, terhadap janda seperti suami yang memperhatikan kasih-sayangnya, dan terhadap orang-orang yang lemah seperti halnya saudara yang mencintai dengan kasihnya. Dengan nikmat yang diberikan Allah,NabiAyyub a.s. tampak tidaklah lupa sedikit pun hatinya bersyukur, serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya.
Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan akhirat, dan Iblis ingin merusak salah satu atau kedua-duanya;dunia dan akhirat tersebut. Lalu Iblis terkutuk,disaat itu naik ke langit yang ketujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai,pada suatu hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya:”Hai Iblis terkutuk, bagaimana engkau melihat hamba-Ku Ayyub? Apakah engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupun sedikit?”
Kata Iblis: “Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mau menyembah-Mu kerana Engkau telah memberinya kelapangan hidup (harta yang berlimpah) dan kesihatan;kalaulah tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembah-Mu , maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” Firman Allah Ta’ala kepada Iblis: “Engkau dusta, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima-kasih kepada-Ku, walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia. Kata Iblis: “Tuhanku,berilah aku kekuasaan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana aku membuatnya lupa mengingat-Mu dan menyibukkan dia dari beribadah kepada-Mu.” Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap segala sesuatunya, kecuali jiwa dan lidah (ucapan) Nabi Ayyub a.s.Maka Iblis pun kembali dan menuju ke tepi laut, lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin, baik yang laki-laki maupun yang wanita berkumpul di sisinya seraya berkata:”Apakah gerangan yang menimpa kamu?” Iblis menjawab: sesungguhnya saya telah mendapat kesempatan yang belum pernah saya peroleh seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkan Adam dari sorga. Maka oleh sebab itu, bantulah saya dalam memperdayakan Ayyub.” Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merusak semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s.
Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s. yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadatnya. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalam keadaanmu yang kritis ini, sesungguhnya dia tuhanmu telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan kekayaanmu, sehingga semuanya menjadi abu?” Nabi Ayyub a.s. tidak menjawabnya,sampai dia selesai merampungkan solatnya, lalu berkata: “Alhamdulillah,Dia yang telah memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya.”Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya.Maka Iblis pun kembali dengan tangan hampa, serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya. Dan Nabi Ayyub a.s.itu mempunyai 14 anak,lapan orang lelaki dan enam orang perempuan. Kesemua mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya. Maka berkumpullah para setan dan mengelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s.sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan.Maka Iblis pergi kepada Nabi Ayyub a.s. sedangkan dia (Nabi Ayyub a.s.)dalam keadaan berdiri menunaikan solat. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu, dan sesungguhnya Dia telah melempar ke rumah dimana anak-anakmu berada, sehingga mereka mati semuanya?” Nabi Ayyub a.s. tidak menjawab sedikit pun, sampai dia selesai mengerjakan solatnya.Lalu Nabi Ayyub a.s.berkata: “Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah, Dia yang telah memberi dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia (Allah) mengambil dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.” Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar dan terkutuk.
Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub a.s. sedang mengerjakan solat. Maka ketika Nabi Ayyub a.s. sujud, Iblis meniupkan dihidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s. berkembang dan berpeluh yang banyak sekali dan dia merasa badannya menjadi berat. Berkata isterinya Siti Rahmah: “Ini semua adalah dari sebab kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah diwaktu malam dan berpuasa diwaktu siang tanpa henti-hentinya. walaupun sesaat, dan engkau masih juga tidak merasa cukup.”Lalu Nabi Ayyub a.s.terkena penyakit kudis pada seluruh tubuhnya, mulaidari kepala sampai kekakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya.Sampai-sampai sanak-keluarganya dan teman-temannya, menjauhkan diri daripadanya.
Nabi Ayyub a.s. mempunyai tiga orang isteri; maka yang dua meminta cerai dan dia pun menceraikannya dan tinggal satu sahaja isterinya iaitu Rahmah yang selalu melayaninya siang malam. Kemudian datanglah para wanita tetangganya seraya berkata: “Hai Rahmah, kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami.Maka keluarkanlah dia dari lingkungan kita bertetangga ini, dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau dari sini dengan cara paksa!” Maka Siti Rahmah pergi dengan membungkus pakaiannya, serta membawanya (Nabi Ayyub a.s.). Dan dia menggendong Nabi Ayyub a.s. dipunggungnya sedangkan air mata mengalir dipipinya serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rusak yang dijadikan tempat pembungan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub a.s. di atas sampah. Lalu keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub a.s. maka mereka berkata: “Bawalah suamimu itu jauh-jauh darikami , kalau tidak maka akan kami bawakan anjing-anjing kami, biar memakannya.”Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ke tempat yang jauh dan meletakkannya di tempat itu. Kemudian Siti Rahmah pergi kesebuah desa,maka Nabi Ayyub a.s. memanggilnya: “Kembalilah engkau, dan saya berpesan kepadamu, seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini.” Kata Siti Rahmah: “Engkau jangan kawatir, wahai suamiku; sesungguhnya saya tidak akan meninggalkan engkau selama hayat dikandung badan.” Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Nabi Ayyub a.s. Lalu hal itu diketahui oleh penduduk desa itu, bahwa dia adalah isteri Nabi Ayyub a.s. Maka mereka tidak mau lagi memberinya pekerjaan, bahkan mereka berkata; “Pergilah engkau jauh-jauh, kerana sesungguhnya kami merasa jijik kepada mu.
Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa: “Ya Tuhanku, Engkau telah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku, sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkau kiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya Tuhanku. Mereka telah mengusir kami dari rumah kami di dunia, maka janganlah kiranya Engkau mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari Kiamat.”Adalah Nabi Ayyub a.s. tiap-tiap ada ulat yang terjatuh dari badannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali dibadannya, dan dia berkata: “Makanlah olehmu semua apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh Allah Ta’ala.”Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggaltulang belulang,yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang kelihatan. Apabila matahari menyinarinya, maka sinar itu seakan-akan tembus dari bahagian depannya kebahagian belakangnya. Dan yang tinggal dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hatinya dan lidahnya. Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah dan lidahnya tidak pernah diam dari berzikir kepada Allah. Diriwayatkan yang Nabi Ayyub a.s. mengalami sakit seperti itu selama 18 tahun.Pada satu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub a.s.: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah Ta’ala supaya Allah menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.s. kepada Siti Rahmah: “Berapa lamakah kita telah hidup senang?” Kata Siti Rahmah:”Delapanpuluh tahun.” Kata Nabi Ayyub a.s.: “Sesungguhnya saya berasa malu kepada Allah Ta’ala, untuk meminta kepada- Nya, sebab waktu cobaan-Nya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.” Pada ketika dibadan Nabi Ayyub a.s. sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan diantara mereka, hingga akhirnya tinggal dua ekor ulat , yang selalu berkeliaran dibadan Nabi Ayyub a.s. dalam usaha mencari makan daging, tidak mereka dapatkan kecuali hati dan lidahnya. Maka yang satu pergi kehati dan memakan hatinya dan yang lainnya pergi kelidah dan menggigitnya. Disaat itulah Nabi Ayyub a.s.berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat, sedang engkau Dzat yang Maha Pengasih.” Hal ini tidaklah termasuk dalam katagori keluh-kesah dan tidak pula dia berarti keluar dari golongan orang yang sabar. Oleh kerana itu Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yang sabar.”Kerana sesungguhnya Nabi Ayyub a.s. itu tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya yang telah hilang musnah, bahkan dia merasa susah kerana cemas terputus dari syukur dan berzikir kepada Allah Ta’ala. Maka seakan-akan dia berkata: “Tuhanku aku bersabar atas segala percobaan-Mu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada -Mu dan lidahku masih dapat berdzikir kepada-Mu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang) daripadaku, bererti terputuslah cintaku dan dzikirku pada-Mu. Maka aku menjadi tidak bersabar terhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan Engkau Dzat yang Maha Pengasih lagi Penyayang.” Kemudian Allah Ta’ala memberikan wahyu kepadanya: “Wahai Ayyub, lidah, hati dan ulat adalah milik-Ku, sedangkan rasa sakitpun milik-Ku, apakah ertinya susah?”Diterangkannya pula: “Bahawa Allah Ta’ala memberikan wahyu kepadanya:”Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta, seperti halmu inidaripada-Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu,dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya adalah cinta-kasih.” Dan sesungguhnya Nabi Ayyub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada Allah Ta’ala, kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-Nya. Lalu Allah Ta’ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayyub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah, dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi obat untuk manusia.
Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s., dengan membawa dua buah delima surga. Kata Nabi Ayyub a.s.: “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.” Ketika Nabi Ayyub a.s. memakan kedua delima itu, Jibril a.s. berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub a.s. pun berdiri.Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub a.s. memukul kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga ia minum dari air tersebut.Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar maupun dibahagian dalam. Dan tubuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula,wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Bersabar satu saat terhadap satu bencana, itu lebih baik
daripada beribadah satu tahun.”
[Rujukan:Durratun Nasihin, oleh Usman Alkhaibawi]
sumber : TerapiLintah










