Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Selasa

RAMAI ANAK CUCU TIDAK TAHU WAKTU AFDHAL ZIARAH KUBURAN


Mungkinkah kucing ini mendengar suara2 dalam kubur..!!
Tajuk : Adab menziarahi kubur.

Terutama kubur ibubapa. Disunatkan berziarah pada hari khamis bermula dari waktu asar, sepanjang hari jumaat dan sehingga hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada di perkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Iman al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya :
Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yang taat.

Adab ketika masuk dan berada di kubur :

1. Memberi salam kepadd simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti " Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala si mati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yang baik untuk si mati

sumber: Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan

1 ulasan:

mstwotoes.com berkata...

Excellent publish, very informative. I ponder why the opposite experts of this sector don’t realize this. You should continue your writing. I’m confident, you have got a great readers’ base already!