Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ
Memaparkan catatan dengan label Hikayat Salikin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hikayat Salikin. Papar semua catatan

Jumaat

JUMAAT...HARI NABI ADAM DIJADIKAN

Hari Jumaat dianggap sebagai hari raya mingguan dalam Islam. Rasulullah s.a.w. ada bersabda yang bermaksud: Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga, dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya.

Nama lain bagi hari berkenaan ialah yaumul `l-mazid (hari pemberian tambahan), kerana pada hari tersebut Allah akan memberi rahmat yang banyak kepada hamba-Nya. Segala permohonan yang diminta akan dikabulkan andainya permohonan itu menepati waktu yang dinamakan ``waktu mustajab.''
Pembaca surah kahfi akan diterangi dgn cahaya
Waktu mustajab ini tidak mempunyai ketentuan khusus. Dijadikan demikian bertujuan agar setiap hamba itu sentiasa beribadah dan berdoa kepada Allah dalam usaha mencari waktu berkenaan, yang terangkum pada hari Jumaat tadi.

Mengenai waktu mustajab ini Baginda s.a.w. ada bersabda: Malaikat Jibrail r.a., telah datang kepadaku, sedangkan di tapak tangannya ada satu cermin putih. Ia berkata: Ini adalah hari Jumaat, yang telah disediakan untukmu oleh Tuhanmu, untuk menjadi satu hari raya bagimu dan umatmu selepas kau. Di tengah-tengah cermin ini ada satu titik. Aku (Muhammad) bertanya: Titik apakah ini? Ia menjawab: Ia adalah satu saat daripada dua puluh empat jam, barang siapa berdoa kepada Allah taala pada saat itu, nescaya Allah s.w.t. memperkenankan permohonannya. Ia (Jumaat) adalah penghulu semua hari.

Selasa

Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik

Setiap yg bernafas akan merasai maut..

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.

” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut. sambungan>>>

Rabu

Kisah Saidina Abdullah bin Salam r.a

(khatamun nubuwwah yang terletak dibahagian
belakang tubuh S.A.W setentang dengan hati)

BUKU Sirah Nabawiyyah juga ada menceritakan sikap Yahudi yang tidak mungkin akan menerima perubahan sekalipun ada kalangan daripada mereka yang berpengaruh besar akhirnya memeluk Islam.

Ini apabila kita mengikuti kisah Abdullah bin Salam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari. Abdullah adalah seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh besar di kalangan penduduk Yahudi di Yathrib.

Apa yang beliau lakukan dan apa sahaja yang keluar daripada mulutnya akan diikuti dan didengar oleh para pengikut Yahudi yang lain.

Apabila Abdullah sendiri mendengar mengenai kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Yathrib di kampung Bani An Najjar di Madinah, beliau tergesa-gesa hendak menemui baginda.

Apabila Abdullah dapat bertemu dengan Nabi Muhammad, beliau pun mengajukan pelbagai persoalan mengenai soal kenabian sebagaimana yang Abdullah ketahui sebagai pendita Yahudi.

Ini kerana tidak semua orang mengetahui perkara tersebut kecuali golongan yang tertentu sahaja.

Lalu dijawab oleh baginda akan segala persoalan yang dikemukakan oleh Abdullah sehingga si Yahudi ini begitu berpuas hati kerana ia menepati sebagaimana yang beliau ketahui selama ini dan dapat menyaksikan sendiri tanda yang terdapat pada tubuh baginda yang disebut sebagai khatamun nubuwwah, pengakhir zaman kenabian.

Tanpa banyak bicara, Abdullah pun memeluk Islam tanpa sebarang ragu-ragu lagi di hadapan baginda kerana beliau meyakini bahawa bagindalah nabi akhir zaman yang disebut-sebutkan dalam kitab Taurat.

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda, Abdullah pun berkata: "Sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengada-adakan cerita. Kalaulah mereka tahu keislamanku sebelum kamu tanyakan mereka sudah tentu mereka kan menuduh yang bukan-bukan mengenai diriku kepada kamu."

Lalu baginda pun mengutuskan wakil untuk menjemput kalangan para pemimpin dan pengikut kaum Yahudi supaya hadir menemui baginda.

Apabila mereka hadir dan berkumpul di hadapan baginda Rasulullah, pemimpin mereka Abdullah Salam pun masuk ke belakang, menyembunyikan diri.

Baginda pun menyampai seruan dakwah terhadap kaum Yahudi di hadapan baginda itu dengan meminta mereka mengakui keesaan Allah dan diri baginda sebagai pesuruh-NYA.

Namun usaha baginda itu, tidak mendapat sambutan sehinggalah baginda kemudiannya bertanya kepada mereka; "Baiklah kamu tidak dapat menerima seruan dakwah saya, tetapi siapakah lelaki di kalangan kamu yang bernama Abdullah bin Salam?"

Mereka pun menjawab; "Dia adalah pemimpin kami yang paling kami hormati, kerana dialah yang paling alim dan paling kuat beramal di kalangan kami. Dia juga yang terbaik."

Dengan lain perkataan Abdullah Salam sering dipandang tinggi dan mulia di kalangan para pengikutnya dan pastinya apa pun perubahan yang berlaku pada Abdullah pasti akan diterima dengan baik.

Lalu baginda berkata lagi; "Apa pandangan kamu jika aku katakan bahawa pemimpin kamu itu, Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?"

Lalu mereka menjawab berulang kali sambil bersorak: "Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!" Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian! Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!"

Mendengarkan itu, lalu Abdullah pun keluar daripada persembunyiannya lalu berkata di hadapan para pengikutnya itu: "Aku bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku juga bersaksikan bahawa Muhammad ini adalah pesuruh Allah!"

Lantas mereka pun menjawab dengan nada yang sungguh marah dan tidak puas hati: "Oh tidak! Abdullah adalah orang yang paling jahat di kalangan kami dan dia juga sebenarnya adalah anak orang yang paling jahat!"

Mereka pun terus menuduh yang bukan-bukan terhadap Abdullah namun Abdullah berkata: "Hai sekalian kaum Yahudi, bertakwalah kamu terhadap Allah. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya dan kamu benar-benar tahu bahawa Muhammad ini adalah Rasulullah yang datangnya untuk membawa kebenaran kepada kita semua,"

Lalu mereka pun menjawab: "Kamu pembohong besar!"

Terbukti tidak sampai beberapa minit mereka terus berubah apabila berhadapan dengan perkara yang mengancam kepentingan mereka. Pemimpin yang mereka sanjung selama ini pun terus tidak lagi mendapat tempat di hati mereka apabila sudah tidak sealiran lagi, apatah lagi terus memeluk Islam.

sumber asal: utusan

Asal Usul LINTAH dan LEBAH

Kesabaran Nabi Ayyub a.s. dan asal usul Lintah
N

Nabi Ayyub bin ‘Ish bin Ishaq a.s., adalah bangsa Roma, sedangkan ibunya adalah anak Nabi Luth a.s. Ayahnya seorang yang kaya-raya, memiliki ternak;unta, lembu, domba, kuda, keledai dan himmar, tidak seorang pun di negeri Syam (Syria) yang dapat menyainginya dalam hal kekayaan. Ketika dia meninggal dunia, maka semua kekayaannya itu diwariskan kepada Nabi Ayyub a.s.Nabi Ayyub a.s. telah menikah dengan Siti Rahmah, anak Afrayim putra Nabi Yusuf a.s. Dan Allah telah mengurniakan mereka 12 kali kehamilan yang tiap-tiap kali hamil melahirkan 2 orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan. Kemudian dia diutus oleh Allah kepada kaumnya, dan mereka adalah penduduk Hauran dan Tiih. Allah Ta’ala menyempurnakannya, dengan budi-pekerti yang baik, lemah-lembut selama orang tidak menyalahi,mendustakan dan mengingkarinya dalam kemuliaan dirinya dan kedua orang tuanya, ayah dan ibunya. Nabi Ayyub a.s. mempunyai meja makan yang khusus disediakannya untuk tamunya; orang-orang fakir miskin dan tamu lainnya.Dan Nabi Ayyub a.s. terhadap anak yatim itu ibarat seorang ayah yang kasih dan penyayang, terhadap janda seperti suami yang memperhatikan kasih-sayangnya, dan terhadap orang-orang yang lemah seperti halnya saudara yang mencintai dengan kasihnya. Dengan nikmat yang diberikan Allah,NabiAyyub a.s. tampak tidaklah lupa sedikit pun hatinya bersyukur, serta lidahnya tidak lupa berzikir kepada Tuhannya.

Maka Iblis dengki kepadanya, seraya berkata: “Sungguh Ayyub telah berhasil di dunia dan akhirat, dan Iblis ingin merusak salah satu atau kedua-duanya;dunia dan akhirat tersebut. Lalu Iblis terkutuk,disaat itu naik ke langit yang ketujuh dan berhenti dimana dia dapat sampai,pada suatu hari dia naik sebagaimana biasa, maka Allah Yang Maha Perkasa berfirman kepadanya:”Hai Iblis terkutuk, bagaimana engkau melihat hamba-Ku Ayyub? Apakah engkau dapat mengambil daripadanya manfaat walaupun sedikit?”

Kata Iblis: “Tuhanku, sesungguhnya Ayyub mau menyembah-Mu kerana Engkau telah memberinya kelapangan hidup (harta yang berlimpah) dan kesihatan;kalaulah tidak kerana hal itu tentu dia tidak menyembah-Mu , maka dia sebenarnya hamba kesihatan.” Firman Allah Ta’ala kepada Iblis: “Engkau dusta, sesungguhnya Aku Maha Mengetahui bahwa sesungguhnya dia menyembah Aku serta berterima-kasih kepada-Ku, walaupun dia tidak mempunyai kelapangan rezeki di dunia. Kata Iblis: “Tuhanku,berilah aku kekuasaan untuk menggoda Ayyub; maka perhatikanlah bagaimana aku membuatnya lupa mengingat-Mu dan menyibukkan dia dari beribadah kepada-Mu.” Maka Allah pun memberikan kekuasaan kepada Iblis terhadap segala sesuatunya, kecuali jiwa dan lidah (ucapan) Nabi Ayyub a.s.Maka Iblis pun kembali dan menuju ke tepi laut, lalu berseru dengan seruan yang sangat keras, sehingga semua bangsa Jin, baik yang laki-laki maupun yang wanita berkumpul di sisinya seraya berkata:”Apakah gerangan yang menimpa kamu?” Iblis menjawab: sesungguhnya saya telah mendapat kesempatan yang belum pernah saya peroleh seperti hal ini, semenjak saya telah berhasil mengeluarkan Adam dari sorga. Maka oleh sebab itu, bantulah saya dalam memperdayakan Ayyub.” Maka mereka cepat-cepat bertebaran dan membakar serta merusak semua harta kekayaan Nabi Ayyub a.s.

Lalu Iblis pergi menemui Nabi Ayyub a.s. yang dia sedang berdiri menunaikan solat di dalam rumah ibadatnya. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu dalam keadaanmu yang kritis ini, sesungguhnya dia tuhanmu telah menuangkan api dari langit, yang memusnahkan kekayaanmu, sehingga semuanya menjadi abu?” Nabi Ayyub a.s. tidak menjawabnya,sampai dia selesai merampungkan solatnya, lalu berkata: “Alhamdulillah,Dia yang telah memberikan kurnia lalu mengambilnya pula dari saya.”Lalu dia bangkit kembali memulai solatnya.Maka Iblis pun kembali dengan tangan hampa, serta merasa terhina dan menyesali terhadap kegagalannya. Dan Nabi Ayyub a.s.itu mempunyai 14 anak,lapan orang lelaki dan enam orang perempuan. Kesemua mereka makan setiap harinya di rumah-rumah saudaranya. Maka berkumpullah para setan dan mengelilingi rumah itu serta melemparkan kepada anak-anak Nabi Ayyub a.s.sehingga mereka itu mati semuanya di satu meja makan.Maka Iblis pergi kepada Nabi Ayyub a.s. sedangkan dia (Nabi Ayyub a.s.)dalam keadaan berdiri menunaikan solat. Kata Iblis: “Apakah engkau tetap menyembah Tuhanmu, dan sesungguhnya Dia telah melempar ke rumah dimana anak-anakmu berada, sehingga mereka mati semuanya?” Nabi Ayyub a.s. tidak menjawab sedikit pun, sampai dia selesai mengerjakan solatnya.Lalu Nabi Ayyub a.s.berkata: “Hai Iblis terkutuk, Alhamdulillah, Dia yang telah memberi dan mengambilnya pula dari saya. Semua harta dan anak adalah fitnah untuk laki-laki dan wanita, maka Dia (Allah) mengambil dari saya, sehingga saya dapat bersabar lagi tenang untuk beribadah kepada Tuhan saya.” Iblis pun kembali dengan tangan hampa, rugi besar dan terkutuk.

Lalu Iblis datang kembali, sedangkan Nabi Ayyub a.s. sedang mengerjakan solat. Maka ketika Nabi Ayyub a.s. sujud, Iblis meniupkan dihidung dan mulutnya sampai badan Nabi Ayyub a.s. berkembang dan berpeluh yang banyak sekali dan dia merasa badannya menjadi berat. Berkata isterinya Siti Rahmah: “Ini semua adalah dari sebab kesusahanmu terhadap harta yang telah musnah dan anak-anak yang telah mati, sedangkan engkau tetap beribadah diwaktu malam dan berpuasa diwaktu siang tanpa henti-hentinya. walaupun sesaat, dan engkau masih juga tidak merasa cukup.”Lalu Nabi Ayyub a.s.terkena penyakit kudis pada seluruh tubuhnya, mulaidari kepala sampai kekakinya, bahkan mengalir dari badannya darah bercampur nanah serta berulat yang berjatuhan dari kudis di badannya.Sampai-sampai sanak-keluarganya dan teman-temannya, menjauhkan diri daripadanya.

Nabi Ayyub a.s. mempunyai tiga orang isteri; maka yang dua meminta cerai dan dia pun menceraikannya dan tinggal satu sahaja isterinya iaitu Rahmah yang selalu melayaninya siang malam. Kemudian datanglah para wanita tetangganya seraya berkata: “Hai Rahmah, kami semua takut kalau penyakit suamimu Ayyub akan menjalar kepada anak-anak kami.Maka keluarkanlah dia dari lingkungan kita bertetangga ini, dan kalau tidak maka kami akan mengeluarkan engkau dari sini dengan cara paksa!” Maka Siti Rahmah pergi dengan membungkus pakaiannya, serta membawanya (Nabi Ayyub a.s.). Dan dia menggendong Nabi Ayyub a.s. dipunggungnya sedangkan air mata mengalir dipipinya serta pergi jauh sambil menangis ke bekas rumah yang sudah rusak yang dijadikan tempat pembungan sampah dan meletakkan Nabi Ayyub a.s. di atas sampah. Lalu keluarlah penduduk desa itu dan mereka melihat keadaan Nabi Ayyub a.s. maka mereka berkata: “Bawalah suamimu itu jauh-jauh darikami , kalau tidak maka akan kami bawakan anjing-anjing kami, biar memakannya.”Siti Rahmah pun membawanya sambil menangis ke tempat yang jauh dan meletakkannya di tempat itu. Kemudian Siti Rahmah pergi kesebuah desa,maka Nabi Ayyub a.s. memanggilnya: “Kembalilah engkau, dan saya berpesan kepadamu, seandainya engkau hendak pergi bebas dariku dan akan meninggalkan aku di sini.” Kata Siti Rahmah: “Engkau jangan kawatir, wahai suamiku; sesungguhnya saya tidak akan meninggalkan engkau selama hayat dikandung badan.” Siti Rahmah lalu pergi ke sebuah desa dan bekerja setiap hari memotong roti dan dia dapat memberi makan suaminya Nabi Ayyub a.s. Lalu hal itu diketahui oleh penduduk desa itu, bahwa dia adalah isteri Nabi Ayyub a.s. Maka mereka tidak mau lagi memberinya pekerjaan, bahkan mereka berkata; “Pergilah engkau jauh-jauh, kerana sesungguhnya kami merasa jijik kepada mu.

Maka Siti Rahmah menangis dan berdoa: “Ya Tuhanku, Engkau telah melihat keadaanku, sesungguhnya terasa sempit dunia ini bagiku, sedang orang-orang telah merendahkan kami di dunia ini, maka janganlah Engkau kiranya merendahkan kami di akhirat kelak, ya Tuhanku. Mereka telah mengusir kami dari rumah kami di dunia, maka janganlah kiranya Engkau mengusir kami dari Rumah Engkau kelak di hari Kiamat.”Adalah Nabi Ayyub a.s. tiap-tiap ada ulat yang terjatuh dari badannya, maka diambilnya dan diletakkannya kembali dibadannya, dan dia berkata: “Makanlah olehmu semua apa-apa yang telah direzekikan kepadamu oleh Allah Ta’ala.”Maka tidak tertinggal dagingnya dan hanyalah tinggaltulang belulang,yang dilapisi kulit dengan jaringan saraf saja yang kelihatan. Apabila matahari menyinarinya, maka sinar itu seakan-akan tembus dari bahagian depannya kebahagian belakangnya. Dan yang tinggal dari bahagian badannya yang tetap utuh adalah hatinya dan lidahnya. Hatinya tidak pernah kosong dari rasa syukur kepada Allah dan lidahnya tidak pernah diam dari berzikir kepada Allah. Diriwayatkan yang Nabi Ayyub a.s. mengalami sakit seperti itu selama 18 tahun.Pada satu hari Siti Rahmah berkata kepada Nabi Ayyub a.s.: “Engkau adalah seorang Nabi yang mulia terhadap Tuhanmu, seandainya engkau berdoa kepada Allah Ta’ala supaya Allah menyembuhkanmu?” Kata Nabi Ayyub a.s. kepada Siti Rahmah: “Berapa lamakah kita telah hidup senang?” Kata Siti Rahmah:”Delapanpuluh tahun.” Kata Nabi Ayyub a.s.: “Sesungguhnya saya berasa malu kepada Allah Ta’ala, untuk meminta kepada- Nya, sebab waktu cobaan-Nya belumlah memadai dibandingkan masa senangku.” Pada ketika dibadan Nabi Ayyub a.s. sudah tidak ada lagi daging yang akan dimakan, maka ulat-ulat itu saling memakan diantara mereka, hingga akhirnya tinggal dua ekor ulat , yang selalu berkeliaran dibadan Nabi Ayyub a.s. dalam usaha mencari makan daging, tidak mereka dapatkan kecuali hati dan lidahnya. Maka yang satu pergi kehati dan memakan hatinya dan yang lainnya pergi kelidah dan menggigitnya. Disaat itulah Nabi Ayyub a.s.berdoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Sesungguhnya aku telah ditimpa bahaya yang dahsyat, sedang engkau Dzat yang Maha Pengasih.” Hal ini tidaklah termasuk dalam katagori keluh-kesah dan tidak pula dia berarti keluar dari golongan orang yang sabar. Oleh kerana itu Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya dia Kami dapatkan sebagai orang yang sabar.”Kerana sesungguhnya Nabi Ayyub a.s. itu tidak bersusah hati terhadap hartanya dan anak-anaknya yang telah hilang musnah, bahkan dia merasa susah kerana cemas terputus dari syukur dan berzikir kepada Allah Ta’ala. Maka seakan-akan dia berkata: “Tuhanku aku bersabar atas segala percobaan-Mu selama hatiku masih sibuk untuk bersyukur kepada -Mu dan lidahku masih dapat berdzikir kepada-Mu, dan apabila keduanya itu telah rosak (hilang) daripadaku, bererti terputuslah cintaku dan dzikirku pada-Mu. Maka aku menjadi tidak bersabar terhadap terputusnya keduanya itu, sedangkan Engkau Dzat yang Maha Pengasih lagi Penyayang.” Kemudian Allah Ta’ala memberikan wahyu kepadanya: “Wahai Ayyub, lidah, hati dan ulat adalah milik-Ku, sedangkan rasa sakitpun milik-Ku, apakah ertinya susah?”Diterangkannya pula: “Bahawa Allah Ta’ala memberikan wahyu kepadanya:”Sesungguhnya ada 70 orang Nabi yang meminta, seperti halmu inidaripada-Ku, dan Aku hanya memilih engkau sebagai tambahan kemuliaanmu,dan ini hanya bentuk lahirnya saja bencana, akan tetapi hakikatnya adalah cinta-kasih.” Dan sesungguhnya Nabi Ayyub a.s. merasa susah, kalau hati dan lidahnya dimakan ulat, kerana dia selalu sibuk bertafakkur dan berdzikir kepada Allah Ta’ala, kalau keduanya dimakan, maka dia tidak dapat lagi untuk bertafakkur dan berdzikir kepada-Nya. Lalu Allah Ta’ala menjatuhkan kedua ulat itu dari diri Nabi Ayyub a.s. maka yang satu jatuh di air, kelak menjadi lintah yang dapat menyebabkan orang sakit kekurangan darah, dan yang satu lagi jatuh di darat yang kelak menjadi lebah, yang mengeluarkan madu yang mengandungi obat untuk manusia.

Kemudian datanglah Malaikat Jibril a.s., dengan membawa dua buah delima surga. Kata Nabi Ayyub a.s.: “Ya Jibril, apakah Tuhanku masih ingat kepadaku?” Kata Jibril: “Ya, dan Dia mengirimkan salam kepadamu, serta menyuruhmu memakan kedua buah delima ini, maka akan sembuh normal daging dan tubuhmu.” Ketika Nabi Ayyub a.s. memakan kedua delima itu, Jibril a.s. berkata: “Berdirilah dengan izin Allah!” Maka Nabi Ayyub a.s. pun berdiri.Jibril berkata lagi: “Berjalanlah dengan kedua kakimu.” Maka Nabi Ayyub a.s. memukul kakinya yang kanan ke tanah, sehingga keluarlah air hangat dan dia lalu mandi dengan air itu, kemudian dari kakinya yang kiri terpancarlah air dingin, sehingga ia minum dari air tersebut.Kemudian hilanglah segala penyakitnya, baik yang dibahagian luar maupun dibahagian dalam. Dan tubuhnya menjadi lebih gagah tegap dari semula,wajahnya lebih bersinar daripada bulan purnama. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ” Bersabar satu saat terhadap satu bencana, itu lebih baik
daripada beribadah satu tahun.”

[Rujukan:Durratun Nasihin, oleh Usman Alkhaibawi]
sumber : TerapiLintah

GENAMO GAQ DOQ ADO DI FATHANI ?

Karya ulama Patani dalam ilmu usuluddin dan tasawuf .
Koleksi tulisan ALLAHYARHAM WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH


Tuan Guru Haji Abdul Qadir Bin Ismail As-Sanawi antara ulama Patani yang alim dalam bidang ilmu tauhid.


KITA mengetahui bahawa ulama-ulama kita telah menterjemah, menyusun kitab dan mengajar berbagai-bagai disiplin ilmu yang ada hubungkaitnya dengan agama Islam. Antara yang paling ditekankan oleh ulama Nusantara, termasuk ulama Patani, ialah tiga ilmu fardu ain: Fiqh, Usuluddin dan Tasawuf.

Mengimbas perbicaraan yang lepas, telah diketengahkan karya Fiqh ulama-ulama Patani yang menjadi rujukan Nusantara. Kesinambungan dari itu, ia dilanjutkan pula kepada karya ulama Patani dalam dua bidang ilmu selain ilmu Fiqh, iaitu ilmu Usuluddin dan ilmu Tasawuf.

Karya Ilmu Usuluddin

Ilmu Usuluddin dinamakan juga dengan: Ilmu Tauhid, Ilmu Akidah, Ilmu Kalam dan dalam konteks Nusantara dikenali juga dengan Ilmu Sifat Dua Puluh dan Ilmu Mengenal Allah. Ulama-ulama silam Nusantara, termasuk ulama Patani, sependapat bahawa yang dinamakan dengan Ahlus Sunnah wal Jama'ah itu ialah orang-orang yang mengikut dan memahami akidah yang berasal daripada Imam Abul Hasan al-Asy'ari (260 H/ 875 M-324 H/939 M) dan Imam Abu Mansur al-Maturidi (235 H-305 H, riwayat lain dinyatakan wafat tahun 333 H) dan pentafsiran-pentafsiran ulama-ulama muktabar sesudah kedua-duanya, seperti Imam Baqillani (wafat 403 H/1013 M), Imam al-Ghazali (450 H/1059 M-505 H/1111 M), Imam Sanusi (833 H/1429 M-895 H/1490 M) dan ramai lagi.

Ulama Nusantara yang paling banyak menulis mengenai ilmu ini juga dibintangi oleh dua orang ulama yang berasal dari Patani, beliau ialah Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menulis ilmu ini hanya dalam bahasa Melayu saja, sedang Sheikh Ahmad al-Fathani menulis dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu.

Sekurang-kurangnya terdapat tujuh judul Ilmu Tauhid karangan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani baik yang nipis mahupun yang tebal-tebal. Demikian halnya dengan Sheikh Ahmad al-Fathani, sekurang-kurangnya tiga judul dalam bahasa Arab dan empat judul dalam bahasa Melayu.

Sejarah ringkas perkembangan Ilmu Tauhid di Nusantara selengkapnya telah penulis muat dalam buku berjudul Faridatul Faraid Syeikh Ahmad Al-Fathani 'Aqidah Ahlis Sunnah Wal Jama'ah Yang Sejati. Di sini penulis petik khusus mengenai pengkaryaan akidah kedua-dua ulama yang berasal dari Patani itu serta tambahan beberapa informasi terkini yang dirasakan perlu membahasnya.

Karya-karya Ilmu Tauhid oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah sebagai yang berikut: Ad-Durruts Tsamin fi 'Aqaidil Mu'minin (1232 H/1816 M), 'Iqdul Jawahir (1245 H/ 1829 M), ditulis dalam bentuk nazam.

Nazam ini beliau syarah sendiri, diberi nama Warduz Zawahir li Hilli Alfazhi 'Iqdil Jawahir (1245 H/1829 M). Selanjutnya Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani mensyarah risalah mengenai Ilmu Tauhid karangan gurunya Saiyid Ahmad al-Marzuqi, diberi nama Al-Bahjatus Saniyah fil 'Aqaidis Saniyah (1258 H/1842 M).

Untuk peringkat kanak-kanak, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyusun risalah ilmu ini yang diberi judul Kifayatul Mubtadi wa Irsyadul Muhtadi atau digunakan dengan judul yang lain, iaitu: Irsyadul Athfalil Mubtadiin fi 'Aqaidid Din wal Ad'iyatun Nafi'ah lid Din, tanpa dinyatakan tahun selesai penulisan.

Sebagai pedoman melakukan zikir ahlit tauhid menurut metode Thariqat Syathariyah, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, ketika berada di Sambas, Kalimantan Barat menyusun kitab berjudul Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid, juga tanpa dinyatakan tahun selesai penulisan. Selain kitab-kitab akidah yang berdiri sendirinya, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga menulis ilmu itu pada bahagian halaman awal kitab-kitab fiqhnya, iaitu: Hidayatul Muta'allim, Al-Jawahirus Saniyah, Sullamul Mubtadi, Fat-hul Mannan dan Furu'ul Masail.

Ada pun risalah dan kitab Ilmu Tauhid karangan Sheikh Ahmad al-Fathani pula ialah: Jumanatut Tauhid (1293 H/1876 M), ditulis dalam bahasa Arab dalam bentuk puisi. Dalam tahun yang sama, iaitu 1293 H/1876 M, Sheikh Ahmad al-Fathani juga menyelesaikan Munjiyatul 'Awam li Manhajil Huda minaz Zhalam, juga ditulis dalam bahasa Arab bercorak puisi. Kitabnya judul Sabilus Salam fi Syarhi Hidayatil 'Awam (1306 H/1888 M), dalam bahasa Arab adalah merupakan syarah Hidayatul 'Awam karya gurunya Sheikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.

Pada tahun yang sama, iaitu 1306 H/1888 M, Sheikh Ahmad al-Fathani menyusun kitab akidah dalam bahasa Melayu berjudul 'Iqdul Juman fi 'Aqaidil Iman.

Kitab akidah dalam bahasa Melayu karya Sheikh Ahmad al-Fathani yang paling banyak diajarkan di banyak tempat di Nusantara ialah Faridatul Faraid fi 'Ilmil 'Aqaid. Selain dalam karya-karya khusus mengenai akidah tersebut, Sheikh Ahmad al-Fathani juga menulis akidah dalam karya-karya fiqh yang diletak pada bahagian awalnya, iaitu: Al-Bahjatul Mubtadin, 'Unwanul Falah.

Manakala dalam bentuk penjelasan yang panjang dimuat pada bahagian awal Al-Fatawal Fathaniyah. Dalam karyanya Hadiqatul Azhar juga terdapat tentang akidah, di antaranya mengenai tujuh masalah yang menjadi ikhtilaf antara Imam Abul Hasan al-Asy'ari dengan Imam Abu Hanifah.

Selain yang tersebut, terdapat pula tulisan beliau pada kitab-kitab akidah yang beliau tashhih, di antaranya di bahagian tepi Bidayatul Hidayah oleh Sheikh Muhammad Zain bin Faqih Jalaluddin al-Asyi (Aceh) dan Ad-Durruts Tsamin oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani.

Sungguhpun Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani jauh lebih tua dari Sheikh Ahmad al-Fathani, bahawa umurnya sebaya dengan ayahnya Sheikh Muhammad Zain bin Sheikh Wan Mushthafa al-Fathani, namun karangan-karangannya muncul kemudian daripada karangan-karangan Sheikh Ahmad al-Fathani.

Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani sekurang-kurangnya menghasilkan tiga judul dalam bidang Ilmu Tauhid, dua judul di antaranya ialah: 'Aqidatun Najin fi Ushulid Din wa Tashawwufis Shaafin (1308 H/1890 M). Kitab ini adalah merupakan kitab akidah yang terbesar kedua di Nusantara sesudah Warduz Zawahir karya Sheikh Daud bin Abdullah.

Hingga sekarang kitab 'Aqidatun Najin masih banyak diajarkan di banyak tempat di seluruh Nusantara. Ilmu Akidah untuk peringkat kanak-kanak pula, Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani menyusun sebuah risalah berjudul Miftahul Murid fi 'Ilmit Tauhid, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan.

Sungguhpun masih banyak kitab akidah yang dikarang oleh ulama-ulama Patani selain tiga orang ulama besar Nusantara, yang berasal dari Patani yang tersebut di atas, penulis tinggalkan setakat itu saja. Seterusnya penulis berasa perlu untuk membahas atau menulis sedikit pembelaan beberapa kritikan terhadap karya akidah tradisional Nusantara yang dilemparkan oleh orang-orang tertentu, di antaranya ialah:

1. Tuduhan bahawa Imam Abul Hasan al-Asy'ari taubat daripada fahaman yang pernah diajarnya, kerana kitabnya yang terakhir ialah Al-Ibanah 'an Ushulid Diyanah. Pendapat demikian perlu dijawab. Sejarah yang ittifaq para ulama bahawa Imam Abul Hasan al-Asy'ari hanya keluar daripada Mazhab Mu'tazilah setelah itu tetap berpegang dengan Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama'ah, di mana beliaulah tokoh pertama menyusun risalah/kitab mengenai itu.

Sejarah Imam Abul Hasan al-Asy'ari sebagai murid dan anak tiri Imam Abu Hasyim al-Jubba-i, mengikut fahaman Mu'tazilah selama 40 tahun, dan keluar daripada mazhab itu, diperkenalkan oleh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam ad-Durruts Tsamin, Warduz Zawahir dan Al-Jawahirus Saniyah. Tulisan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani mengenai yang tersebut adalah yang terawal dalam bahasa Melayu, belum dijumpai tulisan ulama Nusantara lainnya. Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani tidak pernah menyebut bahawa Imam Abul Hasan al-Asy'ari taubat daripada Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama'ah, demikian juga ulama-ulama Nusantara selain beliau.

Pendapat yang menyebut bahawa Al-Ibanah 'an Ushulid Diyanah adalah karya Imam Abul Hasan al-Asy'ari yang terakhir, adalah tidak terdapat bukti yang kukuh. Dalam kitab Al-Ibanah tidak pernah menyebut perkara itu, dan tidak terdapat tahun mulai ataupun selesai penulisan. Ulama Ahlis Sunnah wal Jama'ah golongan Abul Hasan al-Asy'ari meyakini bahawa Al-Ibanah 'an Ushulid Din dan Al-Luma' adalah kedua-dua kitab Imam Abul Hasan al-Asy'ari yang ditulis sesudah beliau keluar daripada Mu'tazilah. Al-Luma' adalah memperluas dan memperjelas kandungan Al-Ibanah. Jadi seolah-olah Al-Ibanah seperti matan, sedang Al-Luma' pula seperti syarah. Oleh itu, Al-Ibanah ditulis lebih dahulu daripada Al-Luma'.

2. Tuduhan bahawa akidah Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan pengikut-pengikutnya adalah berdasarkan pemikiran semata-mata, tidak berdasarkan kepada al-Quran dan hadis.

Jawapan mengenai ini sila rujuk Ad-Durruts Tsamin, halaman 5, dengan jelas Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menulis, "... Kemudian diangkatkan kitab yang ia (maksudnya Imam Abul Hasan al-Asy'ari) karang atas Mazhab Ahlis Sunnah, kepada manusia. Maka ia pertama-tama orang yang me[ng]edarkan Ilmu 'Aqaid atas jalan kitab dan sunah, yakni mengikut Quran, dan hadis, dan ijma' sahabat yang dahulu-dahulu yang salih-salih ..."

3. Tuduhan bahawa akidah Imam Abul Hasan al-Asy'ari dan pengikut-pengikutnya hanya mengajar Tauhid Rububiyah sahaja, tidak Tauhid Uluhiyah. Baik Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani mahupun Sheikh Ahmad al-Fathani dalam beberapa halaman karyanya juga menyebut istilah Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah ataupun Ilahiyat di antaranya dalam Ad-Durruts Tsamin, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menulis, "Dan tatkala selesai daripada menyatakan barang yang ta'alluq bagi Uluhiyah, iaitu barang yang wajib, dan barang yang mustahil, dan barang yang harus bagi-Nya maka sekarang kami masuk menyatakan barang yang ta'alluq pada hak Nubuwah dan risalah pula."

Ketuhanan

Dalam Warduz Zawahir pula, "... telah dijadikan kalimah tauhid itu menafikan bagi barang yang lainnya pada ketuhanan, dan tiada tuhan yang lain pada sebenarnya mempunyai ubudiyah, serta mengaku sekalian millah kuffar dengan Tauhid Rububiyah ..." Selanjutnya, "Dan yang bersalahan antara orang Mu'minin dan kafirin itu Tauhid Uluhiyah. Dan mahabbah orang Mu'minun mengitsbatkan Dia, dan orang yang kafirun mengingkar mereka itu akan Dia. Dan karena inilah, adalah kalimah al-Islam itu dan jikalau berkata niscaya tiada memadai tauhidnya".

Sheikh Ahmad al-Fathani tentang Uluhiyah / Ilahiyat pula dalam Sabilus Salam (bahasa Arab) menyebut, terjemahannya, "Ketahui olehmu bahawa perbahasan-perbahasan Usuluddin itu tiga bahagian, ialah: Ilahiyat, iaitu yang dibahas padanya perkara-perkara yang wajib bagi Allah, yang mustahil atas-Nya dan yang harus pada hak-Nya. Nabawiyat, iaitu yang dibahas padanya perkara-perkara yang wajib bagi Rasul-Rasul, yang mustahil atas mereka dan yang harus pada hak mereka. Sam'iyat, iaitu ..."

Demikianlah tiga contoh sebagai pembelaan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Penulis simpulkan saja bahawa kitab-kitab karangan ulama Nusantara, termasuk kitab-kitab karya ulama Patani, mampu mempertahankan pegangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah dari segala macam kritikan, kecaman, tuduhan dan fitnahan dengan segala macam aliran yang kontroversi.

Karya Ilmu Tasawuf dan Thariqat

Selain membintangi penulisan terbanyak dalam Ilmu Fiqh dan Ilmu Tauhid di Nusantara, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani, sekali gus membintangi penulisan terbanyak dalam Ilmu Tasawuf. Di antara penulisan beliau dalam ilmu ini yang dapat disenaraikan di sini ialah: 'Ilmut Tashawuf (1233 H/1817 M), risalah ini merupakan perbahasan tasawuf peringkat tinggi (muntahi) atau disebut dalam zaman moden dengan tasawuf falsafi.

Selanjutnya dalam tahun 1240 H/1824 M, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani menyelesaikan dua buah kitab tasawuf, ialah: Kanzul Minan 'ala Hikam Abi Madyan merupakan terjemahan dan syarah karangan Abi Madyan, dan Minhajul 'Abidin ila Jannati Rabbil 'Alamin yang merupakan terjemahan karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali. Sebuah lagi tasawuf peringkat tinggi (muntahi) karya Sheikh Daud bin Abdullah al- Fathani yang khusus membahas rumus-rumus ahlish shufi pada konteks Martabat Tujuh, ialah: Manhalush Shafi fi Bayani Ramzi Ahlis, tanpa dinyatakan tahun penulisan.

Walaupun Dhiyaul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid dapat diklasifikasikan ke dalam karya Ilmu Tauhid, namun juga dapat dimasukkan pada sektor tasawuf, kerana kitab ini khusus membicarakan metode zikrullah menurut Thariqat Syathariyah.

Selain kitab-kitab tasawuf yang berdiri sendirinya, Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani juga menulis ilmu itu pada bahagian halaman akhir kitab-kitab fiqhnya, ialah: Hidayatul Muta'allim, Al-Jawahirus Saniyah, Sullamul Mubtadi, dan Fat-hul Mannan.

Tentang tasawuf juga beliau tulis pada bahagian akhir karya akidahnya, ialah Ad-Durruts Tsamin dan Warduz Zawahir. Sungguhpun dalam karyanya Jam'ul Fawaid merupakan terjemahan beberapa hadis, namun pada beberapa halaman juga membicarakan tasawuf.

Menggubah puisi

Karya-karya tasawuf oleh ulama-ulama Patani selain Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah sangat banyak, di antara ulama yang terdahulu daripada beliau ialah dilakukan oleh guru beliau bernama Sheikh Abdur Rahman Pauh Bok al-Fathani. Karya-karya beliau merupakan risalah-risalah saja, belum pernah diterbitkan berupa cetakan.

Cucu saudara Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani bernama Sheikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani (wafat 1316 H/April 1898 M) adalah Khalifah Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dalam beberapa thariqat terutama Thariqat Syathariyah, beliau ini juga menghasilkan beberapa risalah tentang tasawuf dan tarekat.

Sheikh Ahmad al-Fathani tetap tidak ketinggalan dalam penulisan tasawuf dan tarekat, di antara karya beliau tentang ilmu ini ialah: Mir-atul A'ajib fi Jawabi Su-alil Majazib (1324 H/1906 M). Kitab ini ditulis adalah sebagai jawapan surat Raja Kelantan mengenai Thariqat Ahmadiyah yang dibawa dan diajarkan oleh Haji Encik Sa'id Linggi (Sheikh Muhammad Sa'id bin Haji Jamaluddin Linggi) di Kelantan.

Selain menyusun kitab di atas, lalu Sheikh Ahmad al-Fathani menggubah puisi pula dalam beberapa bait. Sebuah rangkaian puisi dalam bahasa Arab dan sebuah lagi dalam bahasa Melayu. Selain Mir-atul A'ajib, Sheikh Ahmad al-Fathani juga membicarakan tasawuf dalam dua buah karya fiqhnya iaitu Al-Bahjatul Mubtadin dan 'Unwanul Falah.

Adapun tasawuf yang dimuat dalam Al-Fatawal Fathaniyah itulah berasal dari judul Mir-atul A'ajib. Dalam karyanya Hadiqatul Azhar terdapat beberapa halaman yang membicarakan tasawuf, juga sejarah beberapa orang ulama sufi terdapat dalam kitab tersebut.

Murid Sheikh Ahmad al-Fathani yang berasal dari Patani yang menulis tasawuf ialah Tok Kelaba al-Fathani, di antaranya ialah: Risalatut (1307 H/1889 M), Tarjamah Qashidah Rijalil Ghaib, dan Syarabul Washilinal Muflihinal Maqbulin (1314 H/1896 M), ia masih dalam simpanan penulis dan berbentuk manuskrip yang sangat uzur.

Pada bahagian akhir manuskrip, Tok Kelaba al-Fathani menyebut bahawa karya ini adalah berdasarkan penerimaan beliau dari mulut gurunya Al-'Arif Rabbani asy-Sheikh Haji Abdul Qadir bin asy-Sheikh al-Haji Mushthafa al-Jambui al-Fathani yang dinuqil daripada perkataan Quthbur Rabbani al-'Arifush Shamadani al-Haikalun Nurani asy-Sheikh Muhyiddin Muhammad Ibnu Ali al-'Arabi.

rujukan Utusan Malay

Isnin

KARYA ULAMA FATHANI MENJADI MASDAR

Karya ulama Patani rujukan nusantara
Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Gambar Tengku Mahmud Zuhdi Al-Fathani r.a


Ulama silam nusantara, termasuk ulama silam Patani, akur bahawa rujukan dalam Islam yang paling utama adalah al-Quran dan Hadis. Namun, mereka tetap memerlukan rujukan yang banyak dengan berbagai-bagai disiplin ilmu yang dikarang oleh para ulama Islam.

Oleh itu, mereka mengukuhkan istilah pegangan dengan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan Qias as-Shahih. Mereka menolak untuk menentukan segala persoalan Islam berdasarkan pemikiran akal semata-mata.

Sebagaimana telah maklum bahawa jumlah karangan yang dihasilkan oleh ulama Patani adalah cukup banyak, tetapi yang dibicarakan ini hanya karya-karya yang menjadi rujukan sahaja.

Demikian juga dalam karangan yang demikian banyak telah membicarakan kepelbagaian disiplin ilmu. Untuk perbicaraan tersebut, penulis dahulukan tiga disiplin ilmu iaitu fiqh, usuluddin dan tasauf.

Setelah ketiga-tiga ilmu tersebut dibahas, disentuh pula ilmu-ilmu lain yang dianggap relevan sebagai pelengkap. Bagi karya-karya dalam ilmu fiqh, penulis bicarakan dengan membuat pembahagian berdasarkan ulama-ulama Patani yang terkenal karya-karya fiqhnya. Bahkan terdapat sesetengah kitab-kitab mereka masih diajarkan sehingga kini, di serata Alam Melayu.

Karya Fiqh Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani

Dalam tahun 1985, penulis terbitkan buku berjudul Perkembangan Ilmu Fiqhi dan Tokoh-tokohnya di Asia Tenggara (Jilid 1). Di dalamnya penulis sebut secara ringkas peranan Sheikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan karya-karya fiqhnya.

Bagi tidak mengulang penulisan dalam beberapa perbicaraan yang sama, di sini penulis ringkaskan beberapa kesimpulan iaitu:

1. Sheikh Daud al-Fathani adalah ulama nusantara yang paling banyak menghasilkan karya fiqh dalam Mazhab Syafie di nusantara.

2. Sheikh Daud al-Fathani adalah ulama Nusantara yang pertama dalam penulisan fiqh Mazhab Syafie di nusantara yang lengkap seluruh judul kitab, rubu', bab dan fasal dengan kitabnya berjudul Hidayatul Muta'allim wa 'Umdatul Mu'allim yang ditulis tahun 1244 H/1828 M.

Adapun kitab fiqh yang pertama oleh Sheikh Nuruddin ar-Raniri berjudul as-Siratul Mustaqim hanya membicarakan kitab ibadah sahaja.

Mengenai ibadat, Sheikh Daud al-Fathani menyusun kitab berjudul Bughyatuth Thullab untuk memperluas kandungan as-Siratul Mustaqim dan Sabilul Muhtadin karya Sheikh Muhammad Arsyad al-Banjari.

3. Karya Sheikh Daud al-Fathani berjudul Furu'ul Masail wa Usulul Wasail yang dimulai penulisan tahun 1254 H/1838 M, diselesaikan tahun 1257 H/1841 M. Ini adalah kitab besar yang membicarakan furuk-furuk fiqhiyah (cabang-cabang tersembunyi dalam ilmu fiqh) yang dijadikan rujukan oleh para mufti dalam kerajaan-kerajaan di Nusantara sebagai pengganti kitab Mir'atuth Thullab karya Sheikh Abdur Rauf al-Fansuri yang tidak banyak diterbitkan.

4. Kitab Melayu/Jawi yang pertama ditulis dalam bentuk syarah juga dimulai dengan karya Sheikh Daud al-Fathani berjudul Sullamul Mubtadi fi Ma'rifati Thariqatil Muhtadi (1252 H/1836 M). Disyarah pula oleh cicit saudara beliau bernama Sheikh Muhammad Nur al-Fathani, iaitu seorang ulama dan Kadi Mekah pada zamannya.

Syarahnya diberi judul Kifayatul Muhtadi fi Syarhi Sulamil Mubtadi, dimulai penulisan di Mekah dan diselesaikan di Madinah, hari Jumaat, 9 Rabiulakhir 1351 H/12 Ogos 1932 M.

5. Kitab fiqh dalam bahasa Melayu yang dapat diklasifikasikan kitab lengkap kitab, rubu', bab dan fasal termasuk kitab tebal karya Sheikh Daud al-Fathani selain Furu'ul Masail ialah Fathul Mannan li Safwatiz Zubad (1249 H/1832 M) dan al-Jawahirus Saniyah (1252 H/1836 M).

Adapun Kitab Fathul Mannan tersebut pernah digunakan sebagai rujukan di kerajaan Sambas dan kerajaan Mempawah (Indonesia). Bahkan kitab tersebut juga pernah dihadiahkan oleh Sheikh Abdur Rahman al-Fathani kepada Raden Anom Kesuma Negara Mempawah.

Jauh sebelum penghadiahan itu, Sheikh Daud al-Fathani juga pernah datang ke Sambas dan sempat menghadiahkan beberapa kitab kepada beberapa orang muridnya di Sambas, di antaranya Mufti Sheikh Abdus Samad Sambas dan juga kepada Sultan Sambas sendiri.

Karya fiqh Sheikh Muhammad bin Ismail bin Ahmad al-Fathani @ Sheikh Muhammad Shaghir al-Fathani (Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani)

Cucu saudara Sheikh Daud al-Fathani bernama Sheikh Muhammad bin Ismail bin Ahmad al-Fathani atau Sheikh Muhammad Shaghir al-Fathani atau gelaran yang terkenal dengan Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani muncul dengan karya fiqhnya yang sangat popular iaitu, Mathla'ul Badrain wa Majma'ul Bahrain.

Kitab tersebut sangat terkenal di seluruh pelosok Nusantara, bahkan sehingga kini masih banyak orang mengajarnya. Hanya kitab Mathla'ul Badrain sahaja satu-satunya kitab yang telah dikarang sebuah kamus untuknya.

Kamus tersebut diberi judul Suluh Mathla'ul Badrain (cetakan 1941) karya Haji Abdul Ghani bin Yahya yang berasal dari Johor. Dalam tahun 1413H/1993 M diterbitkan Mathla'ul Badrain yang dirumi/dilatinkan dengan perubahan bahasa dari bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang berkembang sekarang, diterbitkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pada akhir usianya, Sheikh Nik Mat Kecik al-Fathani juga menyusun kitab fiqh mengenai ibadat yang tebal berjudul al-Bahrul Wafi wan Nahrus Shafi (1331 H/1912 M.

Karya beliau ini merupakan sebuah karya paling lengkap dalam membicarakan perkara ibadat, terutama pada bab Haji dan Umrah. Adalah diakui bahawa kitab ini merupakan kitab paling lengkap untuk rujukan dan panduan bakal-bakal jemaah Haji dan umrah di Malaysia.

Pengedaran kitab ini masih terus menerus ada permintaannya sehingga kini, di mana syarikat penerbitan penulis sendiri iaitu Khazanah Fathaniyah, merupakan satu-satunya penerbit dan pengedar tunggal bagi kitab tersebut di seluruh Malaysia.

Berdasarkan perkembangan ini, tidak keterlaluan dikatakan bahawa pengaruh karya-karya ulama silam masih relevan untuk digunapakai sehingga zaman moden ini. Walaupun tidak dinafikan begitu bahasa-bahasanya memerlukan pemahaman yang tinggi.

Karya Fiqh Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani

Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani menyusun kitab Kasyful Litsam 'an as-Ilatil Anam yang diselesaikan tahun 1307 H/1889 M, yang juga hampir serupa dengan kitab Furu'ul Masail karya Syeikh Daud Abdullah al-Fathani.

Kandungannya juga membicarakan furuk-furuk Fiqhiyyah. Karya Sheikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani tentang fiqh yang lain, adalah Irsyadul 'Ibad ila Sabilir Rasyad, tanpa dinyatakan tahun selesai. Ia membicarakan bab jenazah dan cara-cara mengerjakan fidyah yang berasal dari Mazhab Hanafi, boleh dikerjakan dalam Mazhab Syafie Manfaat Bagi 'Awam' Muslimin, tanpa dinyatakan tarikh selesai penulisan.

Beliau membicarakan tentang makruh rokok menurut yang disepakati jumhur ulama asy-Syafieyah, merupakan ulasan karangan Saiyid Ahmad bin Muhammad bin Husein al-'Aiderus Terengganu yang mengharamkan rokok.

Karya Fiqh Sheikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani

Sheikh Ahmad al-Fathani sekurang-kurangnya menyelesaikan tiga judul kitab fiqh dalam bahasa Melayu yang pernah diterbitkan dan sebuah dalam bahasa Arab yang tidak sempat diterbitkan.

Kitab-kitab tersebut ialah al-Bahjatul Mubtadin wa Farhatul Mujtadin (1310 H/1893 H), 'Unwanul Falah wa 'Unfuwanul Shalah (1319 H/1902 M) dan al-Fatawal Fathaniyah.

Mengenai al-Fatawal al-Fathaniyah telah penulis transliterasi dari tulisan Melayu/Jawi ke Latin/Rumi dan telah diterbitkan tiga jilid.

Selain kitab-kitab fiqh susunan beliau sendiri, Sheikh ahmad al-Fathani turut terlibat dalam fiqh nusantara, sebagai pentashhih pertama dan penyebar kitab-kitab fiqh yang dikarang oleh ulama-ulama nusantara yang terdahulu daripada beliau.

Kitab-kitab fiqh yang ditashih oleh beliau adalah:

nAs-Siratul Mustaqim

nSabilul Muhtadin

nFuru'ul Masail

nMir'atuth Thullab

nSullamul Mubtadi

nFathul Mannan

nAl-Jawahirus Saniyah

nMathla'ul Badrain dan

nKasyful Litsam

Sebuah kitab fiqh bahasa Arab yang terkenal di kalangan Mazhab syafie, yang diajarkan banyak tempat di seluruh dunia Islam berjudul I'anatuth Thalibin oleh Saiyid Abu Bakri Syatha juga ditashih oleh Sheikh Ahmad al-Fathani.

Menurut riwayat, bahawa 35 orang ulama Mazhab Syafie di Makkah, termasuk Saiyid Abu Bakri Syatha (1266 H/1849 M-1310 M/1892 M) dan Saiyid Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki (1233 H/1817 M-1335 H/1918 M), memberi kepercayaan kepada Sheikh Ahmad al-Fathani untuk mentashih, menyemak dan membetulkan kandungan dan bahasa kitab tersebut jika terdapat kekeliruan.

Pada cetakan-cetakan awal I'anatuth Thalibin turut dilampirkan syair Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bahasa Arab. Syair beliau mendapat kepujian pertama ketika diadakan pertandingan khusus untuk menilai kitab itu.

Karya Fiqh Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif (Tok Kelaba)

Murid Sheikh Ahmad al-Fathani, juga murid Sheikh Muhammad bin Ismail al-Fathani bernama Haji Muhammad Husein bin Abdul Lathif atau lebih terkenal dengan gelaran Tok Kelaba (1280 H/1863 M-1367 H/1947 M).

Beliau menyusun beberapa kitab dalam bahasa Arab dan bahasa melayu. Kitab fiqhnya yang terbesar ialah Hadaiqus Shalawat fil Khalawat wal Jalawat. Manuskrip kitab ini ada dalam simpanan penulis, dan merupakan kitab yang terbesar karya Tok Kelaba, yang melebihi 2,000 halaman.

Halaman sebenar tidak diketahui kerana sekian banyak halaman pada bahagian akhir rosak dan ada yang hilang. Perbicaraan khusus kitab ini adalah mengenai sembahyang yang dilengkapi dengan berbagai-bagai sembahyang sunat, perbahasan secara teliti berbagai-bagai wirid, doa, hizib, zikir, selawat dan lain-lain.

Karya Fiqh Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani

Ulama Patani yang sangat keras menentang golongan tajdid/reformis Islam ialah Tengku Mahmud Zuhdi bin Tengku Abdur Rahman al-Fathani (1293 H/1876 M-1956 M).

Karya fiqhnya yang mempertahankan pegangan tradisional bermazhab ialah Tazkiyatul Anzhar wa Tashfiyatul Afkar (1339 H/1920 M), yang membicarakan kandungan kitab ini adalah menolak beberapa pemikiran kaum muda.

Di antara ulama yang membenarkan kandungan kitab ini ialah Sheikh Muhammad Nur al-Fathani, Sheikh Muhammad bin Abdul Qadir al-Fathani, Sheikh Yahya Legih ar-Ramani al-Fathani, Sheikh Ismail/Pak De 'El bin Abdul Qadir al-Fathani, Sheikh Muhammad Nashir al-Fathani. Selain ulama Patani pula ialah Sheikh Muhammad Mukhtar bin 'Atharid Bogor, Sheikh Abdul Qadir bin Shabir al-Mandaili dan Sheikh Abdul Haq.

Tengku Mahmud Zuhdi juga membela pendapat fidyah sembahyang dan puasa, menurut Mazhab Hanafi dalam risalah beliau 'Pemudahan Yang Disayang Pada Menggugurkan Barang Yang Di Atas Mayat Daripada Huquq Dan Puasa Dan Sembahyang'.

Pada bahagian akhir risalah sekali gus mengemukakan hujah-hujah mengenai tahlil termasuk membaca surah al-Ikhlas yang ditujukan pahalanya kepada orang mati.

PENUTUP

Untuk perbicaraan karya-karya ulama Patani dalam disiplin ilmu yang lain akan dilanjutkan pada ruangan seterusnya. Antara yang akan diketengahkan adalah menyentuh karya-karya dalam bidang usuluddin, tasauf, tafsir al-Quran, tajwid, hadis, ilmu nahu dan saraf, Ilmu Balaghah, ilmu Hisab dan Falak dan ilmu Thib.

somber Utusan Melayu 25 Mei 2009 / 30 Jamadil Awal 1430

Khamis

SYEIKH AHMAD FATHANI PANDAI MENCIPTA EMAS

Sheikh Ahmad Al-Fathani ulas sains dan teknologi
Koleksi tulisan Allahyarham WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH

Bukan hanya alim tentang ilmu hukum hakam, Syeikh Ahmad Fathani juga mampu mencipta emas murni 24 karat, ilmu mencipta emas juga dikatakan pernah diajar Nabi Musa kepada Qorun suatu ketika dahulu. Wallahuaklam.


APABILA kita pelajari kalimat demi kalimat tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani sama ada yang ditulis dalam bahasa Arab mahupun bahasa Melayu, ternyata banyak yang ke arah saintifik. Barangkali untuk menggelar Sheikh Ahmad al-Fathani sebagai seorang saintis adalah sukar ditolak. Untuk meletakkan beliau sebagai ahli teknologi, memanglah terlalu berlebih-lebihan, walaupun dalam tulisan-tulisan beliau ada juga memperkatakan tentang teknologi.

Penulis memetik beberapa tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani mengenai itu dan dirasa perlu menambah sedikit keterangannya. Sebarang perkataan yang ada dalam kurungan adalah penambahan keterangan daripada penulis sendiri.

Dalam Hadiqatul Azhar, Sheikh Ahmad al-Fathani ada menulis, “Maka demikianlah amat-amati ahli negeri orang dengan sya'an (urusan) ilmu pada negeri mereka itu, hingga masyhur bangsa mereka itu antara sekelian bangsa dengan kepandaian, dan kebijaksana, dan kepitihan (kepetahan) dan banyak ilmu.

“Maka dengan demikian itulah dapat mereka itu meringkah, memperbuatkan beberapa alat yang manfaat pada segala manusia.

“Yang boleh musafir dengan dia kepada sejauh-jauh negeri di dalam masa yang sedikit. Dan datang kepada mereka itu sekelian khabar daripada sejauh-jauh jajahan di dalam beberapa lahzhah. Dan mengindah-indah mereka itu akan sekelian pekerjaan lekas dan banyak.

“Dan bertambah-tambah demikian itu dengan berpanjangan masa”.

Sheikh Ahmad al-Fathani menulis hal tersebut dengan lebih terperinci di dalam Mir-ah al-A’ajib. Kata beliau, “Adakah tiada engkau ketahui atau lihat bahawasanya dikurniakan kepada kuffar sekarang ini beberapa banyak ringkahan yang ‘ajib-‘ajib? Hingga sampai mereka itu kepada alat yang boleh musafir di dalamnya di atas hawa, yang maklum pada mereka itu dengan belon atau thaiyarah (kapal terbang), dan minthad, dan kapal api yang menyelam di dalam laut serta berjalan di bawah air seperti ikan. Telegraf yang tiada berdawai (radio), dan alat yang dilihatkan dengan dia akan segala bintang yang amat halus yang di langit, dan alat yang memegangkan suara.”

Walaupun beberapa alat moden yang ada sekarang belum wujud pada zaman Sheikh Ahmad al-Fathani, namun minda beliau telah menjangkau jauh.

Ini dapat kita buktikan dengan kalimat beliau yang menjurus kepada dunia pengkomputeran iaitu: “Dan mengindah-indah mereka itu akan sekalian pekerjaan dengan lekas dan banyak.”

Pada zaman ini, alat yang dapat melakukan pekerjaan dengan pantas dan produk yang banyak adalah komputer, sedangkan pada zaman Sheikh Ahmad al-Fathani alat tersebut belum ada.

Ini bererti kalimat beliau dapat digunakan setiap zaman apabila terdapat teknologi canggih, maka sesuatu pekerjaan itu dapat dikerjakan dengan lekas (cepat) dan banyak.

Berdasarkan tulisan Sheikh Ahmad al-Fathani, “Dan bertambah-tambah demikian itu dengan berpanjangan masa”, daripada petikan tersebut bermaksud bahawa beliau menganggap teknologi akan berkembang terus dan akan ada penemuan-penemuan baru.

Demikianlah Sheikh Ahmad al-Fathani yang berpandangan jauh sehingga orang yang waras mempercayai pandangan demikian merupakan suatu kasyaf.

Di antara kepandaian yang pernah dipraktikkan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani ialah membuat emas. Pembuatan emas yang beliau lakukan bukan dari bahan baku emas, atau bahan-bahan galian lainnya, tetapi dengan jalan pembancuhan pelbagai zat lain. Beliau boleh mencipta emas murni 24 karat atau jenis-jenis emas yang lain.

Menurut riwayat, ada mengatakan bahawa naskhah catatan beliau tentang pembuatan emas itu telah beliau bakar. Namun, seorang tuan guru pondok di Patani iaitu Haji Utsman (1992 M), menceritakan bahawa dalam masa perang dunia yang kedua, beliau pernah melihat naskhah itu di rumah Sheikh Ahmad al-Fathani di Mekah, kerana Haji Utsman bersama-sama sahabatnya Haji Nik Abdullah pernah tinggal di rumah Sheikh Ahmad al-Fathani.

Menurut Haji Utsman lagi bahawa di dalam naskhah pembuatan emas itu, disebut juga cara-cara membuat mancis, sabun dan lain-lain.

Beliau bersama Haji Nik Abdullah pernah cuba membuat mancis seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Ahmad al-Fathani dalam naskhah itu, tetapi tidak berhasil kerana bahan-bahan yang disebutkan di dalam naskhah itu tidak terdapat di kedai-kedai sekitar Mekah kerana dunia pada masa itu berada dalam kancah peperangan.

Berdasarkan tulisan Ismail Che Daud dalam Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Melayu (1), menurutnya juga mengenai Sheikh Ahmad al-Fathani pandai membuat emas adalah cerita popular di kalangan ulama-ulama dunia Melayu, yang diceritakan oleh ramai orang.

Pemikiran sains dan teknologi

Pemikiran-pemikiran Sheikh Ahmad al-Fathani dalam sains dan teknologi dapat dilihat dalam beberapa karya-karya beliau.

Berikut adalah petikan daripada beberapa buah kitab mengenai hal demikian, iaitu:

Petikan daripada kitab Hadiqah Al-Azhar

“Maka demikian amat-amati ahli negeri orang dengan syaan (urusan) ilmu pada negeri mereka itu, hingga masyhur bangsa mereka itu atas sekalian bangsa dengan: kepandaian, dan bijaksana, dan kepetahan dan banyak ilmu. Maka dengan demikian itulah dapat mereka itu meringkah (mencipta) buatkan beberapa alat yang manfaat pada segala manusia yang boleh musafir dengan dia kepada sejauh-jauh negeri, di dalam masa yang sedikit.

“Dan datang kepada mereka itu sekalian khabar-khabar dari sejauh-jauh jajahan di dalam beberapa lahzhah (sekelip mata, waktu yang singkat).

“Dan me[ng]indah-indah mereka itu akan sekelian perkerjaan serta dengan lekas dan banyak. Dan bertambah-tambah demikian itu dengan berpanjangan masa.

“Dan dengan sebab baik percaraan dan muafakat antara mereka itu: serta besar hemah, dan halus tipu daya, dan jauhilah, dan dalam tilik mereka itu, yang jadi sekelian itu daripada banyak pelajaran mereka itu.

“Maka boleh mereka itu peliharakan segala negeri dan jajahan mereka itu hingga tiada tamak padanya oleh segala seteru. Dan jadi mudah bagi mereka itu mengambil akan negeri orang. Dan meliputi mereka itu dengan ahwal dunia, laut, dan darat.”

Menurut keterangan Yusoff Zaki Yaakob, kata-kata Sheikh Ahmad al-Fathani yang berbunyi, “serta besar hemah, halus tipu daya, jauhilah dan tajam tilik mereka itu”, adalah menjadi konsep politik Nik Mahmud Datuk Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan. Kata-kata tersebut sangat banyak diucapkannya. Nik Mahmud adalah murid dan kader Sheikh Ahmad al-Fathani.

Petikan daripada manuskrip Mir-atul A’ajib

Berkata hamba, “Bagi menghampirkan segala akal. Adakah tiada engkau ketahui atau lihat bahawasanya dikurniakan kepada kuffar sekarang ini beberapa banyak ringkahan (ciptaan) yang ‘ajib-‘ajib (pelik-pelik). Hingga mereka itu sampai kepada alat yang boleh musafir di dalamnya di atas hawa (udara) yang telah maklum pada mereka itu dengan belon, atau thaiyarah, atau minthad. Kapal api yang menyelam di dalam laut serta berjalan di bawah air seperti ikan. Telegraf yang tiada berdawai (radio). Alat yang dilihatkan dengannya segala bintang amat halus yang di langit.

Alat yang memegangkan suara, bahkan Amerika sekarang ini telah sampai mereka itu dengan ikhtira’ (pencipta) mereka itu kepada menghadirkan roh orang yang tidur.

Maka ia mengkhabarkan dengan barang yang ghaib daripada ahwal orang yang telah mati. Bahkan mereka itu sampai kepada menghadirkan roh orang yang mati hingga boleh dilihatkan dia dengan mata kepala, dan bertutur (bercakap-cakap) dengan dia. Padahal ia atas rupa orang mati.

Berkata hamba, “Bahawasa yang demikian itu syaitan, ia berupa dengan rupa orang mati itu kepada mereka itu. Tetapi hasil dengan demikian itu rujuk setengah daripada Falasifah Amerika kepada membenarkan barang yang sabit di dalam agama Islam, bahawasa ada bagi roh itu hakikat. Ada bangkit di akhirat, dan lainnya daripada barang yang mengingkarkan oleh kebanyakan mereka itu agama Islam.

“Maka apabila mungkin serta telah diberi kepada kuffar umpama yang tersebut itu, adakah tiada patut dikurniakan kepada setengah-setengah ahlillah barang yang tersebut ...”

Petikan daripada manuskrip Hadiqatul Azhar

“Ketahuilah olehmu, bahawasanya ahli negeri yang besar-besar, yang lain daripada ahli pihak kita, sangat mengamat-amati mereka itu dengan syaan tawarikh. Dan bersungguh-sungguh mereka itu mengajarkan dia akan kanak-kanak mereka itu hingga yang perempuan mereka itu sekali pun. Dan berusaha mereka itu sehabis-habis usaha pada memudahkan menuntuti ilmu bagi segala orang yang gemar padanya dengan sekalian jalan dan tipu. Hingga bersungguh-sungguh mereka itu pada mengecapkan (mencetak) segala kitab yang boleh keluar beberapa banyak ribu naskhah di dalam masa yang sedikit. Sekira-kira jikalau ditulis dengan tangan di dalam masa itu niscaya belum lagi sudah satu naskhah jua.”

Petikan tersebut mempunyai kaitan dengan percetakan. Haruslah diingat bahawa zaman Sheikh
Ahmad al-Fathani belum ada percetakan seperti sekarang ini.

Tambahan pula sebelum aktivitinya di bidang ini, kitab-kitab Melayu/Jawi hanya berbentuk tulisan tangan. Selain itu, ia juga dalam jumlah yangsangat sedikit dan ada juga dicetak dengan litografi.

Penutup

Pada zaman Sheikh Ahmad al-Fathani tersebut, alat-alat komunikasi moden seperti sekarang belum banyak dikenali, malahan di antaranya banyak yang tidak wujud lagi. Antaranya alat seumpama televisyen belum ada pada zaman itu.

Alat-alat seperti radio, telepon, dan telegram sekiranya ada, hanya untuk kepentingan antara kerajaan dengan kerajaan saja. Kalau kita berbicara perkara-perkara tersebut zaman sekarang, ianya bukanlah perkara aneh lagi, tetapi pada zaman Sheikh Ahmad al-Fathani adalah perkara-perkara tersebut masih dianggap mustahil dan kurang diyakini orang.

Berdasarkan petikan-petikan tersebut, jelas tergambar demikian jauh permikiran Sheikh Ahmad al-Fathani. Padahal zamannya belum begitu banyak alat-alat moden seperti sekarang.

Selain alat-alat yang disebutkan, mengenai pengangkutan juga beliau sebutkan walaupun tidak menyebut nama alat tersebut, antaranya seperti kapal terbang.

Sekiranya wujud sekalipun ia dalam jumlah yang sangat terbatas dan belum banyak dikenali orang. Bahkan mungkin kapal terbang, alat-alat canggih sekarang seperti roket dan lain-lain sebagainya memang belum ada pada zaman itu.

Barangkali tulisan beliau pada zamannya yang menyebut perkara ini banyak diketawakan orang kerana tidak masuk akal dan mustahil. Maka, berdasarkan tersebut dapat dilihat dengan nyata bahawa Sheikh Ahmad al-Fathani adalah seorang ulama yang berfikiran jauh, yang memandang kepada masa hadapan.

Artikel asal dari utusan malaysia 21/07/2008

Ahad

DETIK-DETIK KEWAFATAN KEKASIH ALLAH

Gambar Raudah Nabi yang disabda Baginda sebagai taman dari taman-taman syorga. Posisinya diantara Mimbar dan rumah Nabi s.a.w tempat nabi istirehat diwaktu hidup dan wafatnya, sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w tetap hidup.

Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut...
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah.....

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku." Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.Tanda- tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,"
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. "Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di
sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku" Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii..! " - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Saidina Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka.

Ya Allah Ya Tuhan kami, dengan berkat kemulian KekasihMu Insan yang tiada taranya jadikanlah kami hambaMu yang mengasihi Kekasih dan kekasih-kekasihMu dan dicintai Kekasih dan kekasih-kekasihMu dan Kasihilah hambaMu ini duhai yang Maha Pengasih.
Amin....

Isnin

TEGARnya IMAN Sang SEMUT

Di zaman Nabi Allah Sulaiman a.s berlaku satu peristiwa, one day apabila Prophet Allah Sulaiman a.s nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman a.s merasa hairan bagaimana sang semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang desert yang tandus

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan yang cukup untuk kamu".
Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku". Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan". Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut didalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab Sang Semut, "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu
dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa".

Begitulah ketegaranya Iman Sang Semut...!!
_____________________

Cerita ini dihantar oleh seorang teman aku..terima kasih buat mu teman yang sudi kongsi, kalau sapa yang sudi bagi cerita teladan untukku abadikan dalam blog ini bak kata orang-orang tua

"Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan" Orang zaman sekarang ni lain pula bunyinya " Kecik tapak tangan, stadium bukit Jalil saya tadahkan "

Orang-orang muda sekarang nih rasanya ada yang tak tahu "genamoghimau" yang dipanggil nyiru....dalam kamus bahasa melayu beratri : sj alat (yg dianyam drpd bilah, rotan, dll) utk menampi beras dll.

Aku jumpa artikel dari website perpustakaan negara tentang nyiru, sebahagian artikelnya tentang nyiru ialah:

Nyiru juga bermaksud badang, ayakan, tampian, tampah dan penampi. Nyiru lazimnya diperbuat daripada buluh atau rotan, berbentuk bujur atau bulat, beranyam rapat dan bingkainya beranyam tulang belut. Di negeri-negeri Pantai Timur, nyiru juga dikenali sebagai badang. Nyiru juga mempunyai nama, jenis dan bentuk yang berbeza bergantung kepada jenis bahan yang digunakan serta kegunaannya. Bentuk yang terdapat ialah bulat, bujur dan bersegi tiga.

Sebab warisan hakcipta artikel ini terpelihara,aku copy paste sedikit je artikelnya, kalau sesiapa nak tahu pasal nyiru dan peralatan tradisional lain silalah melawat laman web Peralatan Tradisional

Okey, semoga bermanfaat untuk semua.

Jumaat

WASIAT RASULALLAH KEPADA SIDNA ALI

Pesanan Baginda Rasul kepada sepupunya Sidna Ali dan untuk seluruh umatnya.
RASULULLAH s.a.w. berpesan kepada Ali bin Abi Talib karramallahu wajhah:
- Wahai Ali, sesungguhnya para wali Allah tidak mendapat rahmat dan keredhaan-Nya dengan membanyakkan ibadah, tetapi mereka mendapatkannya dengan kemurahan hati dan memandang hina kepada dunia.

- Wahai Ali, dermawan itu dekat dengan Allah dan dekat dengan rahmat-Nya serta jauh daripada azab-Nya. Manakala si bakhil jauh daripada Allah dan jauh juga daripada rahmat-Nya tetapi dekat dengan azab-Nya.

- Wahai Ali, Aku melihat tertulis di pintu syurga: "Kamu diharamkan daripada semua orang yang bakhil, penderhaka dan pengumpat.''

- Wahai Ali, ketika Allah menjadikan syurga, ia berkata, "Wahai Tuhanku mengapakah Engkau menjadikan aku?'' Allah menjawab: "Untuk semua orang yang dermawan dan bertaqwa.'' Ia menjawab : "Aku rela.'' Manakala neraka bertanya : "Wahai Tuhanku mengapakah Engkau menjadikan aku?'' Allah menjawab: "Untuk semua orang yang bakhil dan orang yang sombong takbur.'' Ia pun berkata: "Aku bersedia untuk kedua-duanya.''

- Wahai Ali, sesiapa yang menyalahi hawa nafsunya, sesungguhnya syurga adalah tempat duduknya. Sesiapa yang mengikut hawa nafsunya, sesungguhnya neraka adalah tempat tinggalnya.

- Wahai Ali, berhati-hati dengan seruan atau doa orang dermawan. Sesungguhnya apabila ia memberi, Allah mengambil dengan Tangan-Nya.

- Wahai Ali, sesiapa yang memberi makan orang Islam dengan ikhlas, maka Allah menulis baginya ribuan kebaikan dan menghapuskan daripadanya ribuan kejahatan dan Allah mengangkatnya seribu darjat.

- Wahai Ali, Kasihilah saudaramu seperti kamu mengasihi dirimu.

- Wahai Ali, para malaikat tidak memasuki rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar atau patung-patung atau penderhaka kepada ibu bapanya atau rumah yang tidak dikunjungi tetamu.

- Wahai Ali, lakukan kebaikan walaupun kepada orang yang buruk perangainya.'' Ali bertanya: "Siapakah sebenarnya orang yang buruk perangai?'' Rasulullah menjawab: "Dia adalah orang yang diberi nasihat tetapi tidak mengambil nasihat itu. Apabila diberi amaran tidak mengendahkannya serta tidak menghiraukan sama sekali segala yang dikatakannya dan segala yang dikatakan kepadanya.''

- Wahai Ali, sedekah secara rahsia memadamkan kemarahan Tuhan, membawa berkat dan rezeki yang banyak. Orang yang menghebohkan sedekah pada pagi hari, sesungguhnya ujian turun sebelum awal pagi, dan ia mengembalikan pemberian itu pada angin.

- Wahai Ali, apabila kamu bersedekah, maka bersedekahlah dengan sebaik-baik benda yang ada di sisimu. Sesungguhnya sedekah sesuap makanan yang halal lebih disukai Allah daripada seratus timbangan berat daripada benda yang haram. Sedekah yang diberi sebelum kematianmu lebih utama daripada seratus timbangan berat yang mereka sedekahkan selepas kematianmu. Allah berfirman dalam surah an-Naba' ayat 40 "Iaitu seseorang melihat apa yang telah diusahakan.''

- Wahai Ali, sedekahkanlah bagi orang yang mati dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah telah mewakilkan para malaikat untuk membawa sedekah orang-orang yang hidup kepada mereka. Mereka bergembira dengannya lebih daripada kegembiraan mereka ketika di dunia. Mereka berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah dosa orang yang memberi cahaya kepada kubur kami dan berikan mereka berita gembira dengan syurga sebagaimana Engkau memberi berita gembira kepada kami dengan balasan syurga.''

- Wahai Ali, lakukan amalan ikhlas kepada Allah. Sesungguhnya Allah tidak menerima melainkan daripada sesiapa yang ikhlas kerana-Nya. Allah berfirman dalam surah al-Kahfi ayat 110, "Sesiapa yang berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh, dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya.''

Selasa

Gedung dan Pintu Ilmu.

(gambor hiasan saje)

Nabi S.A.W ada bersabda yang bermaksud "Aku perbendaharaan/kota segala ilmu dan Ali pintunya" Setelah orang ramai mendengar hadith tersebut dan sampai kependengaran kaum khawarij maka timbullah perasaan hasad dengki dan cemburu kepada Sidna Ali.

Lalu berpakat dan berkumpullah sepuluh orang bijak pandai dari kaum Khawarij ingin menguji ilmu Sidna Ali dengan masing-masing bertanyakan satu soalan yang sama, jika beliau menjawab kepada setiap penanya dengan jawaban yang berlainan maka ketahuilah sungguh Sidna Ali itu "The Door of Knowledge" sebagaimana sabda Muhammad.

Maka datang seorang daripada mereka bertanyakan Sidna Ali " Wahai Ali..! manakah yang terlebih afdol diantara Ilmu dan Harta?
Jawab Sidna ALi Ilmu terlebih afdol. Ditanya lagi " Apa buktinya.? Berkata SIdna Ali "Ilmu itu pusaka peninggalan para Nabi-nabi, adapun harta benda itu pusaka Qorun, Syadad, Firaun dan sekutu-sekutunya

Datanglah yang kedua bertanyakan soalan yang sama," Wahai Ali..! manakah yang terlebih afdol diantara Ilmu dan Harta? Dan apa buktinya, maka di jawab oleh Sidna Ali kr.wjh Ilmulah yang afdol kerana Ilmu itu memelihara kamu, keterbalikan pula harta yang kamulah akan berta'ban-ta'ban memeliharanya.

Datang pula si penanya ketiga sudah pasti soalan yang sama diajukan untuk menguji sedalam mana ilmu beliau, maka dijawabnya, Ilmu itulah lebih afdol dari harta. Apa buktinya wahai Ali ? Tanya si penanya tadi. Maka kata Sidna Ali " Empunya harta itu banyak musuh dan orang yang dengki kepadanya, adapun orang Alim itu banyak sahabat taulanya.

Mari pula yang keempat,bertanya keafdolan antara ilmu dan harta,dan buktinya, lalu dijawab Sidna Ali, ilmu itu afdol kerana harta jika engkau nafkah dan belanja akan menjadi kurang dan habis ia, adapun ilmu dalam dada mu jika dinafkah akan bertambah ia.

Yang kelima tampil dengan soalan yang sama, bertanyakan yang mana lebih afdol antara ilmu dan harta? Jawab Sidna Ali kr.wjh " Ilmulah yang afdol dari harta" lalu ditanya kenapa? Dijawabnya kerana orang yang mempunyai harta itu akan diseru dengan nama bahkil dan celaan manakala si Alim yang punya ilmu akan dibesar orang dan dimuliakan masyarakat.

Datang pula penanya keenam, diajukan soalan seperti teman-temanya yang lain,maka berkata Sidna Ali, Ilmu itu afdol dari harta kerana harta itu perlu dijaga dari dicuri adapun ilmu tidak perlu dijaga ia.

Orang ketujuh dari kaum khawarij pula yang datang, bertanyalan soalan yang sama, maka berkatalah Sidna Ali, ilmu itu afdol kerana hartawan di dunia nanti akan di hisab oleh Allah s.w.t di akhirat kelak, adapun ulama' akan di syafaat akan dia.

Yang kelapan datang bertanya soalan yang sama, maka dijawab Sidna Ali" Ilmu itulah yang afdolnya berdanding harta " Apa sebabnya ? Bertanya penanya kelapan. Lalu beliau menjawab" Kerana harta itu akan punah binasa lantaran lamanya masa adapun ilmu tidak sedemikan.

Datang pula yang kedua last, lalu ditanya Sidna Ali binafsissual, maka berkata Sidna Ali tentulah Ilmu yang afdolnya kerana harta itu mengeraskan hati sedangkan ilmu itu akan melembutkan hati.

Yang terakhir pun datang bertanyakan soalan sebagaimana teman-temannya yang terdahulu, Ya Ali...! mana yang lebih afdol, ilmu atau harta ? Jawabnya "Ilmu itu afdal dari harta" Ditanya lagi, apa dalilnya tuan berkata demikan ? Lalu Sidna Ali kr.wjh pun menjawab "Si empunya harta menda'wakan ketuhanan sebab harta dan yang mempunyai ilmu itu menda'wakan kehambaan dengan ilmunya.

Maka diriwayatkan, berkata Sidna Ali "Jika datang lagi orang yang bertanya kepadaku soalan yang sama nescaya akan ku jawab dengan jawaban yang berlainan sepanjang hidupku ini. Setelah peristiwa itu maka datanglah sekalian yang bertanya memeluk islam.
.............................

Nak kongsikan satu cerita, kisah diri sendiri, saje jer kongsi2 pengalaman....lepas baca kisah ni aku teringat satu malam aku pernah borak-borak dengan ada sorang geng tarikat, baik budi pekerti dan halus serta sopan tutur bicara, muda lagi orangnya, dia pun mentarghib aku agar masuk tarikatnya, banyak juga yang dia cerita betapa pentingnya madrosah tarbawiyah ruhiyah aku memang akui ianya terlalu amat penting dan wajib bagi kebanyakan orang.

Dia pun membaca kepadaku sepotong hadith nabi "Ana madinatul ilim wa Ali babuha" yang bermaksud sekira-kira sebagaimana diatas :), aku pun bertanyalah, dari segi logiknya setiap pintu ada kuncinya, jika nabi bersabda Aku perbendaharaan segala ilmu dan Sidna Ali pintunya persoalan siapakah anak kuncinya..? Terus dia termenung tanpa kalam, melopong seketika memikirkan jawaban, akhirnya jawaban yang aku dapat dari dia " I don't know "

Aku salutlah ngan dia, dia mengaku tak tahu, aku pun tak tahu jugak jawaban tepat, ada sesiapa yang tahu jawabanya...bolehlah kongsikan dengan aku...Siapakah kunci pintu perbendaharaan ilmu?

Sabtu

Rafi’ bin Umair dan jin penjaga lembah

Manusia yang meminta pertolongan jin

SEJAK zaman Rasulullah s.a.w. lagi telah ada orang yang meminta pertolongan daripada jin. Bahkan lebih teruk lagi apabila pertolongan jin menyebabkan mereka dapat melakukan kejahatan dengan mudah seperti pukau, merasuk, mencuri dan sebagainya. Kini, amalan ini masih diamalkan oleh segolongan manusia walaupun Allah melarang keras orang yang meminta pertolongan jin.

Al-kesahnya....Pada suatu malam, Rafi’ bin Umair daripada Bani Tamim berjalan-jalan di persisiran pantai dia merasa mengantuk lalu turun dari tunggangan untuk tidur. Sebelum tidur dia menyeru jin penjaga lembah dan meminta supaya jin yang dipuja supaya menjaganya dan barang-barangnya daripada sebarang gangguan. Setelah selesai dia membaca azimat itu, dia pun tertidur.

Dalam tidur Rafi’ bermimpi. Dia didatangi seorang lelaki bengis yang membawa tombak yang tajam. Tombak tersebut diacukan kepadanya seolah-olah hendak menusuk ke tulang rusuk unta yang ditungganginya. Melihat kejadian yang menakutkan itu dia pun terjaga. Setelah memerhatikan keadaan sekeliling, barulah dia sedar bahawa dia hanya bermimpi lalu dia pun tidur semula.

Sebaik sahaja matanya terlelap, dia sekali lagi termimpi. Orang yang memegang tombak itu seolah-olah semakin dekat dengannya. Terkejut dengan mimpi itu dia pun terjaga. Dia melihat untanya meronta-ronta dari tambatannya. Di situlah dia melihat orang yang di dalam mimpinya tadi. Orang itu memang wujud dengan memegang tombak meluru ke arahnya. Di waktu yang getir itu, tiba-tiba datanglah seorang tua yang tidak pasti dari mana datangnya menghalang niat orang yang memegang tombak tersebut. Maka berlakulah perselisihan dan pertengkaran. Di kala itu muncul tiga ekor seladang menghampiri mereka. Maka berkatalah orang itu kepada lelaki tadi, “Ambillah mana yang engkau suka sebagai ganti kepada unta saudaraku daripada kaum manusia ini.”

Maka berangkatlah lelaki bertombak tadi mengejar salah seekor seladang yang ditawarkan oleh orang tua itu lalu dia pun menghilangkan diri bersama seladang tersebut.

Melihat peristiwa yang aneh itu, Rafi’ menoleh ke orang tua tersebut. Orang tua itu berkata: “Wahai saudara, apabila engkau berhenti di suatu lembah di antara lembah-lembah ini dan engkau merasa takut maka ucapkanlah, Aku berlindung dengan Tuhan Muhammad daripada bahaya lembah ini. Janganlah engkau meminta perlindungan daripada jin kerana ia telah kehilangan kekuatannya untuk memberi perlindungan kepada engkau lalu dikalahkan.”

Rafi’ pun bertanya, “Siapakah Muhammad itu?”

Orang tua itu menjawab, “Baginda adalah seorang Nabi berbangsa Arab. Bukan berbangsa timur mahupun barat. Baginda lahir pada hari Isnin.”

Rafi’ bertanya lagi, “Di mana tempat tinggalnya?”

Orang itu menjawab, “Sekarang baginda di Yathrib (Madinah) yang banyak dengan pohon kurma.”

Menjelang Subuh, Rafi’ terus memacu untanya menuju ke Madinah. Setelah menempuh perjalanan yang sukar dia pun sampai di Madinah lalu tercari-cari orang yang dimaksudkan oleh orang tua semalam. Memang benar insan yang disebutkan itu ada di Madinah. Dia pun pergi berjumpa Rasulullah untuk memeluk agama Islam. Ayat di atas turun untuk menjelaskan peristiwa Rafi’ bin Umair supaya menjadi contoh kepada orang-orang yang ingin mendapat pengajaran.

[sumber dari Utusan]