Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ
Memaparkan catatan dengan label Manisnya Madu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Manisnya Madu. Papar semua catatan

Jumaat

Pengiktirafan Prof. Madu dan Bekam di USM

Bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w yang bermaksud " Kesembuhan itu ada dalam tiga perkara: meminum madu, berbekam dan (kay) bakaran api. Tetapi aku melarang umatku melakukan kay"
حَدَّثَنِي الْحُسَيْنُ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ شُجَاعٍ حَدَّثَنَا سَالِمٌ الْأَفْطَسُ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ الشِّفَاءُ فِي ثَلَاثَةٍ شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنْ الْكَيِّ

Hari yang sangat bersejarah Rabu 29 Januari 2014 diadakan siri Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik  dan syarahan Madu lebah penawar penyakit sepanjang zaman di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian. Pihak Universiti Sains Malaysia (USM) telah lama menjalankan kajian secara saintifik tentang keberkesanan dua method penyembuhan ini.

Hasil kajian ini pada saya lebih kepada memartabatkan tibbunabawi atau dalam arti kata lain terapi kesihatan yang berasaskan sunnah di kacamata masyarakat, perlu dipegang bahawa walau tanpa kajian mana-mana pihak sekalipun perubatan sunnah tetap di martabatnya yang tertinggi, alangkah lemahnya iman kita jika perlu menunggu kajian saintifik dulu barulah boleh mempercayai kalam Sidna Musthofa. :(

 Prof. Ab. Aziz Al-Safi Ismail dan keluarga



KOTA BHARU 29 Jan. - Hasil kajian yang dijalankan seorang penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati rawatan berbekam mampu mengawal penyakit diabetes serta mengurangkan risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular.

Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.

Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam. "Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.

"Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.

Ab. Aziz berkata lagi, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.

"Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan. "Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.

Prof Dr Siti Amrah Sulaiman
Dalam majlis tersebut, Profesor Dr. Siti Amrah Sulaiman Ketua Kluster Perubatan Integratif & Komplementari - USM KK turut menyampaikan syarahan umum mengenai Madu Lebah Penawar Penyakit Sepanjang Zaman.

Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.

"Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.

"Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya.


Khamis

RAMADHAN HAMPIR PERGI MAAA....:(

Semoga berjumpa lagi Ya Hilal Ramadhan...

Y "Ya Allah, janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam hidupku. Seandainya Engkau berketetapan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, di berkati dan dimaqbulli bukan puasa yang sia-sia....

Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya dan bukan pula akhir pertemuanku. Sehingga aku dapat kembali bertemu pada tahun mendatang dalam keadaan penuh keluasan rezeki dan keutamaan harapan. Semoga nanti aku aku bertemumu disisi RasulAllah"    Amin Ya Rabbal'alamin..

Assalamualaikum Ya Ramadhaan wa ilalliqoo' ..Ya hilal,ha asyufek merrotanie sanah lijayyah insyaallah.

Isnin

Empat jenis manusia yang dijauhi Ilmu

(gambar hiasan saje)
Empat Golongan yang akan jahil sampai bila-bila

Segala puji bagi Allah yang menghidupkan hati-hati yang mati umpama menghidupkan tanah gersang yang kering kontang dengan tumbuhan yang segar menghijau, begitulah ilmu umpama air hujan yang menghidupkan buzur yang kontang.

Al-Kesahnya pada suatu hari seorang ahli Ilmu dijemput menjamu selera oleh seorang Abkorie, duduklah orang alim tersebut disatu hidangan bersama lima orang tetamu lain termasuk si abkorie tadi, sebagai seorang alim yang banyak ilmu beliau tahu sunnah nabi ketika makan,rasul menuntut umatnya agar bercakap benda-benda yang bermanfaat ketika makan seadanya,beliau pun memulakan sapaan kepada salah seorang lelaki disisinya.

"Tuan, adakah tuan sudi mendengar kalau saya bagitau satu ilmu ? Langsung dijawab lelaki tersebut "Ilmu aku udah cukup, tak perlu apa-apa yang hendak dibagitau" majlis tersebut senyap membisu beberapa ketika, namun tanpa kecewa dan niat menghidupkan sunnah nabi lantas dia bertanya kepada seorang pemuda yang kedua disisinya "Adakah kamu punya persoalan untuk ditanya dan kita boleh berbincang bersama? Tetapi yang pelik bin ajaibnya tiba-tiba merah-merang muka pemuda tersebut, lalu Si ALim itupun mengulangi katanya maka dijawab pemuda tersebut " Aku malu"

Masing-masing diam sambil menjamu selera, agak lama membisu dengan niat yang baik langsung Si ALim tersebut mengutara kata kepada lelaki yg ketiga dihadapanya" Tuan,mungkin ada perkara dalam apa-apa bab yang menjadi kesamaran yang kita buleh sama-sama bincang sambil menjamu selera..? Lalu lelaki tersebut manggangguk kepala perlahan-lahan sambil mengiyakan dan berkata"Ya..memang benar aku ada sesuatu yang hendak ditanyai, tapi aku tidak mahu menjatuhkan air-muka aku dikhalayak ramai,aku ini orang terpandang masyarakat, punya status yang tinggi,cukuplah dengan ilmuku lonih "

Tercengang Si ALim mendengar jawaban ketiga-tiga manusia dihadapanya, setelah beberapa ketika beliau pun mengajukan kata-kata untuk lelaki yang keempat, bagaimana dengan tuan syeikh,elok sangatlah jika kita serikan halakoh kita dan jadikan ilmu sebagai pembasuh mulut juadah hari ini ? Langsung dijawabnya "Kamu siapa untuk aku bertanya dan berbincang? Engkau lebih muda dari aku,aku orang tua, aku dulu yang makan garam dari engkau, aku banyak membaca kitab dan semuanya aku faham dan aku mengerti,aku pasti jikalau ada yang aku tidak paham isinya tidak akan ada lagi orang yang mampu memahaminya"

Maka setelah selesai sudah majlis jamuan dan para tetamu beramah mesra sesama sendiri maka Si Abkorie tersebut menyapa Sang Alim seraya berkata " Tuan Sheikh, tenangkan perasaan tuan dari mengingati peristiwa tadi kerana aku melihat sesuatu yang amat pelik dalam hidupku, terhimpunya empat perkara dalam satu hidangan" Bertanya Sang ALim " Apa yang anda maksudkan dengan empat itu?" Lalu berkata Si Abkorie "Ada empat jenis manusia di dunia ini yang tidak akan mendapat ilmu selama-lamanya"

Pertama : Orang yang takabbur (Mustakbir)
Kedua : Orang yang malu bertanya (Mustahyie)
Ketiga : Orang yang merasa cukup dengan ilmunya (Mustaghnie)
Keempat : Orang yang menyombong diri. (Mustankief)

Jika ada salah satu dari sifat-sifat ini dalam diri seseorang pasti dia tidak akan beroleh ilmu selama-lamanya.

Renungkanlah......

Kisah diatas tidak ada kena mengena dengan mereka yang mati, tapi mungkin ada kena mengena dengan kita yang hidup. :) Semoga dapat mengambil iktibar dan pengajaran.
Sekian dari kokamania ..bimadadika Ya Sidi.

(Harap maaf kepada pembaca yang budiman, tatabahasa kurang memuaskan, kawe tok pandai mengarang alah mano ,hukhu..kalau sapo2 pandai edit lain kasi syok sikit dipersilakan, hakcipta sama2 pelihara)

Ahad

Adakah pembikin gambar masuk neraka..???

Dengan namaMu Ya Latiff..
Bemulanya karangan dari patah-patahan kata, sepatah kata dari susunan huruf, Allah menciptakan hehuruf yang meniti dibibir manusia lalu terdengarlah lagu dan puisi dendangan penyair dan pujangga, terciptalah seni lagu yang dinamai muziq, sebagaimana warna di-olah menjadi gambar yang memukau pandang juga kata-kata biduan yang mengulit gegendang, itulah rahmat kurniaan Ilahi, dengan kurniaan rahmatNya terbentuklah kelazatan cinta padaNya di hati hamba2nya....

Persoalan..?? Adakah bakat,talent,kemahiran,kepakaran kurniaan tuhan disia-sia tanpa harga, terkira salah-satu rahsia abadi yang mengangkat nilai kemanusiaan melebihi makhlouknya yang lain, sedarkah kita ada hadith yang bermaksud lebih kurang " Pembikin gambar tempatnya di neraka " Photographers in the hell....ada segelompok manusia yang menyalah artikan paham hadith ini dengan mengharamkan gambar, lukisan dan seni ukir, menyalah dan mengharamkan lukisan benda yang bernyawaa...

Sukar bagi yang mengerti seni untuk mendeclarekan karya Vincent Van Gogh dari Holanda, Picasso maupun Mahmoud Said dari Mesir dengan karya dan seni tangan yang nyata memukau dan mampu menyihir dihukum sebagai haram, aliran seni bagaikan elektrik flow untuk menghaluskan perasaan dan mengupgrade jiwa seniman dan pencinta seni jika mampu dialir hingga kepada Sang Pencipta yang Maha seni...tidakkah timbul persoalan diminda terdetik dijiwa, siapakah dan bagaimana yang dimaksudkan dalam hadith nabi tersebut ???

Sebenarnya maksud Pembikin gambar yang tempatnya di neraka kelak adalah mereka yang menggambarkan tuhan itu boleh digambarkan, menggambari dan percaya serta beriktiqod bahawa itulah tuhan yang disembah, misalnya mereka yang mengkhayal tuhan itu seperti lembu rupanya lalu disuci dan diibadati, atau tuhan laksana metahari lantas dirosamkan gambar mentari untuk sembahan, maupun yang menggambarkan tuhan itu umpama bintang dilangit atau bulan diawan atau apa jua makhluk...lalu diambil sebagai pegangan dan menyembahnya, inilah yang dimaksudkan dalam hadith " Al musowwirun finnar" Golongan inilah yang mensyirikkan Allah yang tak serupa dengan segala sesuatu dengan menyerupakan dengan nafsu, inilah golongan yang tempatnya di neraka, nauzubillah.

Mereka lupa bahawa Tuhan itu suci dari berbilang atau bertempat, tiada sekutu baginya, tak boleh dibanding-tarakan, dimisal-amsthalkan, diumpama-bagaikan, tidak sesekali tuhan berkahwin apatah lagi punya anak,segala apa yang terlintas di fikiran, yang singgah di jiwa, bermain di akal, tergambar dipejaman, teraba oleh sentuhan itu sama sekali bukan tuhan yang dimaksudkan, Lasakamislihi sai'un filard wala fissama'. Ingatlaah, apa sahaja yang mampu kita khayalkan bukan tuhan, tuhan yang kita sembah itu tuhan yang pasti ada, adanya tuhan tidak serupa dengan makhluk, tidak tergambar dimata, tidak terlintas difikiran dan tidak terdetik dihati bagaimana adanya, cukuplah ibadat kita untuk syurgaNya...kerana hanya disitu sahaja satu-satunya tempat yang diizinkan kita menatap wajah tuhan yang kita sembah, mintalah syurga untuk bertemu Allah bukan syurga kerana takutkan neraka...wallahuaklam