Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Sabtu

Rafi’ bin Umair dan jin penjaga lembah

Manusia yang meminta pertolongan jin

SEJAK zaman Rasulullah s.a.w. lagi telah ada orang yang meminta pertolongan daripada jin. Bahkan lebih teruk lagi apabila pertolongan jin menyebabkan mereka dapat melakukan kejahatan dengan mudah seperti pukau, merasuk, mencuri dan sebagainya. Kini, amalan ini masih diamalkan oleh segolongan manusia walaupun Allah melarang keras orang yang meminta pertolongan jin.

Al-kesahnya....Pada suatu malam, Rafi’ bin Umair daripada Bani Tamim berjalan-jalan di persisiran pantai dia merasa mengantuk lalu turun dari tunggangan untuk tidur. Sebelum tidur dia menyeru jin penjaga lembah dan meminta supaya jin yang dipuja supaya menjaganya dan barang-barangnya daripada sebarang gangguan. Setelah selesai dia membaca azimat itu, dia pun tertidur.

Dalam tidur Rafi’ bermimpi. Dia didatangi seorang lelaki bengis yang membawa tombak yang tajam. Tombak tersebut diacukan kepadanya seolah-olah hendak menusuk ke tulang rusuk unta yang ditungganginya. Melihat kejadian yang menakutkan itu dia pun terjaga. Setelah memerhatikan keadaan sekeliling, barulah dia sedar bahawa dia hanya bermimpi lalu dia pun tidur semula.

Sebaik sahaja matanya terlelap, dia sekali lagi termimpi. Orang yang memegang tombak itu seolah-olah semakin dekat dengannya. Terkejut dengan mimpi itu dia pun terjaga. Dia melihat untanya meronta-ronta dari tambatannya. Di situlah dia melihat orang yang di dalam mimpinya tadi. Orang itu memang wujud dengan memegang tombak meluru ke arahnya. Di waktu yang getir itu, tiba-tiba datanglah seorang tua yang tidak pasti dari mana datangnya menghalang niat orang yang memegang tombak tersebut. Maka berlakulah perselisihan dan pertengkaran. Di kala itu muncul tiga ekor seladang menghampiri mereka. Maka berkatalah orang itu kepada lelaki tadi, “Ambillah mana yang engkau suka sebagai ganti kepada unta saudaraku daripada kaum manusia ini.”

Maka berangkatlah lelaki bertombak tadi mengejar salah seekor seladang yang ditawarkan oleh orang tua itu lalu dia pun menghilangkan diri bersama seladang tersebut.

Melihat peristiwa yang aneh itu, Rafi’ menoleh ke orang tua tersebut. Orang tua itu berkata: “Wahai saudara, apabila engkau berhenti di suatu lembah di antara lembah-lembah ini dan engkau merasa takut maka ucapkanlah, Aku berlindung dengan Tuhan Muhammad daripada bahaya lembah ini. Janganlah engkau meminta perlindungan daripada jin kerana ia telah kehilangan kekuatannya untuk memberi perlindungan kepada engkau lalu dikalahkan.”

Rafi’ pun bertanya, “Siapakah Muhammad itu?”

Orang tua itu menjawab, “Baginda adalah seorang Nabi berbangsa Arab. Bukan berbangsa timur mahupun barat. Baginda lahir pada hari Isnin.”

Rafi’ bertanya lagi, “Di mana tempat tinggalnya?”

Orang itu menjawab, “Sekarang baginda di Yathrib (Madinah) yang banyak dengan pohon kurma.”

Menjelang Subuh, Rafi’ terus memacu untanya menuju ke Madinah. Setelah menempuh perjalanan yang sukar dia pun sampai di Madinah lalu tercari-cari orang yang dimaksudkan oleh orang tua semalam. Memang benar insan yang disebutkan itu ada di Madinah. Dia pun pergi berjumpa Rasulullah untuk memeluk agama Islam. Ayat di atas turun untuk menjelaskan peristiwa Rafi’ bin Umair supaya menjadi contoh kepada orang-orang yang ingin mendapat pengajaran.

[sumber dari Utusan]

Tiada ulasan: