Bandar Bersejarah Halab terletak di Republik Arab Syria. Ia merupakan sebuah bandar yang sangat lama, dan ada pendapat yang mengatakan kononnya sebab-sebab ia dinamakan sebagai Halab Asy-Syahba', ialah kerana ketika Nabi Ibrahim a.s. melalui negara-negara Transoxiana (Iraq) menuju Kan'aan, baginda telah memerah susu seekor lembu Syahba', iaitu lembu yang berkepala putih di sebuah bukit tempat Kota (Benteng) Halab dibina.
Ekoran peristiwa tersebut, penduduk kampung sentiasa mengatakan bahawa Nabi Ibrahim memerah susu lembu Syahba' (lembu berkepala putih).
Selain itu suatu ketika dahulu Halab merupakan sebuah dataran yang tandus, tidak mempunyai sebarang tanaman. Walau bagaimanapun di suatu sudut yang lain, kegiatan perniagaan pesat dijalankan di sana sehinggalah ramai di kalangan penduduknya yang menjadi kaya dan memiliki banyak harta.
Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a., bandar Halab berjaya dimasukkan ke dalam Negara Islam yang menjadi kuasa besar pada ketika itu.
Khalifah Umar memerintahkan supaya Abu Ubaidah bin al-Jarrah berangkat ke negeri Syam untuk membukanya. Lalu Abu Ubaidah berangkat ke sana sehinggalah apabila tiba di Halab, beliau dapati di sana banyak terdapat kota, pagar dan benteng penghalang. Lantas Abu Ubaidah mengepungnya selama lima bulan.
Kemudian Abu Ubaidah menghantar surat kepada Umar r.a. meminta kebenaran daripada Umar untuk membatalkan kepungan. Tetapi Umar menjawab kepada Abu Ubaidah supaya tetap berada di sana, malah beliau tidak dibenarkan meninggalkan tempat tersebut sehinggalah beliau berjaya membukanya supaya beliau tidak dipersendakan oleh musuh.
Di samping itu, Umar menghantar bantuan tentera pejalan kaki dan tentera berkuda.
Setelah beberapa ketika, akhirnya mereka berjaya sampai ke kota Halab dengan membuat beberapa helah dan membunuh pengawal kota yang sedang mabuk, seterusnya membuka pintu kota tersebut, menyebabkan umat Islam dapat masuk ke sana pada tahun 14 Hijrah/636 Masihi.
Pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Umaiyyah, bandar Halab boleh dikatakan berada dalam keadaan yang stabil tetapi pada zaman pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyah, bandar Halab menjadi pusat pertembungan antara kerajaan Bani Abbasiyah dengan kerajaan Bani Tuluniyah.
Keadaan tersebut terus berlaku sehingga kerajaan Bani Hamdan berjaya memerintah Syam.
Ketika itu Saifuddaulah al-Hamdani mengisytiharkan bahawa Halab merupakan ibu negara bagi kerajaan Bani Hamdan yang pernah menjadi pendukung kuat kerajaan Bani Abbasiyah.
Setelah Saifuddaulah meninggal dunia, pemerintahan di Halab diteruskan oleh anaknya, Abu Al-Ma'ali Syarif.
Beliau membuat pembaharuan ke atas bandar Halab serta membina lebih banyak lagi bangunan-bangunan.
Pada kurun ke sepuluh Masihi pula, Byzantine datang menggempur dan banyak melakukan kerosakan di Halab. Begitu juga pada zaman kerajaan Fatimiah, dan seterusnya di bawah kekuasaan kerajaan Saljuk.
Apabila tentera Salib menyerang Halab, mereka telah membuat kerosakan yang sangat dahsyat di bandar Halab serta mereka menutup kesemua jalan-jalan perdagangan yang menghubungkan bandar Halab dengan bandar yang lain.
Khalifah Imaduddin Zinki berjaya merebut kembali bandar Halab, kemudian mengusir tentera Salib dari sana.
Pada zaman pemerintahan khalifah Imaduddin Zinki inilah, bandar Halab mengalami pembangunan ekonomi dan pembinaan bangunan yang sangat besar.
* Kemungkinan Khalifah Imanuddin Zinki inilah yang dimaksudkan dalam kisah masyur menyelamatkan jasad Rasulallah dari dicuri oleh dua orang yahudi, penyalin kurang pasti nama dia Imanuddin atau Zainuddin, wallahuaklam.
Halab tidak dapat bergembira dengan ketenangan tersebut kerana beberapa ketika setelah itu bandar Halab terdedah lagi kepada serangan tentera Salib.
Tentera Salib mencuba beberapa kali membuat kepungan bandar Halab tetapi usaha mereka tidak berjaya, sehinggalah berlaku banjir secara tiba-tiba memusnahkan kem-kem tentera mereka menyebabkan mereka terpaksa berundur ke Antakya.
Pada tahun 533 Hijrah/1139 Masihi dan tahun 565 Hijrah/1170 Masihi, gemba bumi yang sangat dahsyat telah menimpa bandar Halab sehingga merosakkan bangunan-bangunan yang terdapat di sana. Kerosakan-kerosakan tersebut kemudiannya diperbaiki kembali.
Setelah itu Halab berada di bawah kekuasaan Sultan Salahuddin Al-Ayubi, kemudian di bawah kekuasaan Kerajaan Mamalik dan seterusnya ia digulingkan oleh Tartar di bawah pimpinan Timur Lank.
Ketika penduduknya ingin melarikan diri, pintu kota Halab menjadi penuh sesak dan di belakang mereka pula terdapat musuh yang datang untuk membunuh dan menangkap mereka menyebabkan ramai yang meninggal dunia.
Tentera Timur Lank juga melakukan kerosakan yang sangat dahsyat terhadap masjid-masjid, sekolah-sekolah dan rumah-rumah penduduk di bandar Halab.
Semasa Halab berada di bawah kekuasaan kerajaan Othmaniah Turki, bandar Halab mengalami proses pembinaan semula, berada dalam keadaan aman dan stabil sehinggalah bandar ini kembali gemilang serta mencapai kemajuan.
Fungsinya sebagaimana yang pernah dilaksanakan, kembali berjalan sebagai sebuah pusat perdagangan yang terpenting dan laluan ke negara-negara Asean.
Kerajaan Othmaniah berkuasa di Halab selama empat kurun, walaupun diselangi dengan penjajahan Ibrahim Pasha beberapa ketika ke atas Halab (1246 Hijrah/1831 Masihi sehingga 1255 Hijrah/1840 Masihi).
Pemerintahan kerajaan Othmaniah berakhir di Halab dengan berakhirnya perang dunia pertama.
Semenjak Syria termasuk Halab berada di bawah kekuasaan Perancis, rakyat Syria sentiasa membuat bantahan menentang kekuasaan ini sehinggalah pada tahun 1365 Hijrah/1946 Masihi tentera Perancis dan Inggeris keluar dari Syria dan kekuasaan tersebut berakhir selepas berlaku peperangan yang sengit.
Bandar Halab terkenal sejak zaman berzaman sebagai sebuah bandar yang mempunyai sejumlah mercu tanda kesan peninggalan sejarah. Tarikhnya merujuk kepada beberapa tempoh yang lampau seperti Kota dan Masjid Umawi. Di samping itu bandar ini juga turut terkenal dengan sekumpulan ulama di dalam pelbagai bidang ilmu.

Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik, Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 - 96 Hijrah) (705 - 714 Masehi) di bandar Damsyik, Syria sebagai Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umaiah pada waktu tersebut. Masjid ini dibangunkan di atas kesan runtuhan tempat penyembahan orang-orang Rom iaitu tempat pemujaan Dewa Jupitar. Ia dibina mengikut reka bentuk Masjid Nabi s.a.w dengan mempunyai tiga buah menara yang juga merupakan usaha pembinaan menara yang pertama di Syam (Syria dan kawasan persekitarannya). Masjid ini mempunyai empat buah pintu yang dihiasi dengan mozek, di mana sisa mozek tersebut masih terdapat hingga sekarang di beberapa bahagian terpenting di dalam pintu al-barid (pintu sebelah barat masjid). Suatu ketika dahulu berbagai jenis kitab dan manuskrip lama di simpan di dalam masjid ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan