Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Sabtu

ASFAHAN IRAN

Asfahan kaya dengan sejarah, seni bina yang menarik
Bandar Bersejarah...Bandar Asfahan terletak di Republik Iran sekarang ini, iaitu antara bandar Tehran dan bandar Syiraz.
Jumlah penduduknya hari ini menjangkau sekitar satu juta orang.Ia di anggap sebagai bandar yang paling banyak memiliki kekayaan sejarah dan seni bina melebihi bandar-bandar Iran yang lain.

Sejarah bandar Asfahan ini bermula sejak lima ratus tahun Sebelum Masihi, ketika Raja Sawirus menjadi raja pertama Kerajaan Akamanid.

Pada zaman pemerintahan Khalifah kerajaan inilah munculnya Empayar Parsi pertama.

Bangsa Yahudi pertama yang dibebaskan daripada tahanan Babilonia telah memilih untuk menetap di bandar Asfahan.

Pada tahun 19 Hijrah bersamaan 640 Masihi, tentera Islam telah berjaya membuka Asfahan dan selepas itu bandar tersebut mengalami beberapa tempoh kegemilangan.

Apabila Khilafah Islamiah mulai lemah pada akhir kurun ke sepuluh Masihi, muncullah beberapa dinasti pemerintah tempatan di Asfahan, yang menyebabkan bahagian Barat Iran dikuasai oleh Bani Ad-Dailami, kemudian mereka terbahagi kepada dua bahagian mengikut peranan masing-masing, iaitu kepada Bani Buwaihi dan Bani Kakawi.

Sekitar tahun 450 Hijrah bersamaan 1057 Masihi, bandar Asfahan jatuh ke tangan Bani Seljuk.

Pada zaman pemerintahan mereka inilah, bandar Asfahan mengalami zaman kegemilangan kemudian diikuti dengan zaman kelemahan.

Bandar Asfahan berada di bawah kekuasaan Bani Muzaffar, bermula dari tahun 754 Hijrah bersamaan 1354 Masihi. Kemudian pada akhir kurun ke sembilan Masihi bandar ini berada di bawah kekuasaan Bani Safawi.

Bandar Asfahan telah terkenal sepanjang zaman sebagai sebuah bandar yang banyak memiliki mercu tanda ketamadunan, seperti seni bina di dalam pembangunan jambatan-jambatan, istana-istana, masjid-masjid dan taman-taman.

Di samping itu, Asfahan juga memainkan peranan yang sangat penting di dalam sejarah pemikiran Islam dan Arab semenjak Islam memasuki Asfahan pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab r.a. Ketika itu, bandar Asfahan berperanan sebagai sebuah pusat pergerakan ilmu dan kesusasteraan di dalam dunia Islam.

Di Asfahan juga terdapat ramai ulama di dalam kesemua bidang ilmu dan kesenian, terutamanya penghafaz-penghafaz al-Quranulkarim dan ahli-ahli hadis.

Di antara tokoh-tokoh yang berketerampilan di bumi Asfahan dari kalangan pakar-pakar hadis ialah Ibnu Hayan Al-Asfahani, Jamaluddin Al-Jawwad Al-Asfahani Al-Wazir dan Imaduddin Al-Katib Al-Asfahani.

Manakala dari kalangan tokoh tafsir pula ialah Muhammad bin Bahr Al-Asfahani.

Di antara tokoh sejarah pula ialah Ibnu Hamzah bin Al-Husain Al-Asfahani, Al-Hasan bin Abdullah Al-Asfahani, Muhammad bin Daud Al-Asfahani dan Abu Al-Faraj Al-Asfahani dari kalangan ahli kesusasteraan dan linguistik. Di antara tokoh ilmu falak ialah Al-Khajandi. Ramai lagi tokoh-tokoh ilmuan yang berasal dari bandar bersejarah ini.

Tiada ulasan: