Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Selasa

Nikmat Dunia Berbanding Akhirat

🌴⏳RENUNGAN PAGI⏳🌴
     
Assalaamualaikum...
    
Nikmat di dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Masa 1000 tahun di dunia sama dengan ukuran masa se hari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat.  Hanya orang yang pendek fikiran sibuk memikirkan hal kedunia sehingga terlupa bekalan untuk hari akhirat.

Oleh itu, lipat gandakan lah usaha mencari bekalan di akhirat dengan mengingati Allah setiap  dan setiap ketika. Dengan menyebut dan mengingati kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan sebanyak mungkin.
  
Kata Imam Al,Qurtubi, "Tuntutlah kurniaan Allah didunia dan akhirat. Dan tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat,iaitu syurga."

⌛ Waallahua'klam ⏳

Tiada ulasan: