Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Khamis

Hubung kait sistem penghadaman dan otak

PADA saat kita keliru atau tidak pasti untuk membuat keputusan, penyelesaian hanya satu iaitu mengikut kata hati. Situasi itu dialami kebanyakan orang. Meskipun penyelesaian itu ditakrifkan sebagai tidak berasas, mengikut satu penyelidikan baru-baru ini, andaian itu berkemungkinan benar.

Ini kerana sistem penghadaman dan otak, mempunyai hubung kait sejak daripada lahir. Ia bermula dari dalam rahim. Di peringkat embrio, ketika pembentukan sistem saraf, rabung yang dikenali puncak neutral, berpecah kepada dua organ.

Kemudian, sistem itu membentuk otak dan sistem penghadaman. Justeru, tidak hairanlah ada yang mengatakan bahawa sistem penghadaman juga dikenali sebagai otak kedua.

Ini bermakna sistem penghadaman dan otak saling berhubung kait oleh saraf vagus, di mana kebanyakan maklumat bergerak dari sistem penghadaman ke otak dan kembali semula.

Sistem Penghadaman: Otak Kedua

"..hubungan intim antara sistem penghadaman dan otak adalah dwi-hala.."
Sebenarnya, sistem penghadaman berupaya mempengaruhi keseluruhan emosi seseorang. Ini berikutan ia mempunyai kuasa kimia yang menghasilkan sebahagian besar bahan kimia yang diperlukan badan kita.

Ini termasuk Serotonin, iaitu bahan kimia yang mencetuskan perasaan 'rasa-baik' dihasilkan oleh sistem penghadaman.

Begitu juga dengan lebih daripada 30 neurotransmitter lain. Meskipun kebanyakan neurotransmitter hampir sama dari segi biokimia dengan yang boleh didapati di dalam otak, namun bahan kimia berkenaan tidak memasuki otak tetapi ia memberi isyarat kepada sistem saraf pusat menerusi probiotik.

Maka, apabila berlaku berlaku pengurangan bakteria baik dalam sistem penghadaman, jadi semakin kurang neurotransmitter yang dapat dihantar ke sistem otak sekali gus mempengaruhi emosi dan perasaan.

Dalam erti kata lain, sistem penghadaman bertanggungjawab terhadap pencernaan makanan, sistem imun dan pengawal-selia hormon. Ini menarik minat ramai penyelidik melakukan kajian mengenai flora usus, yang dikatakan mempengaruhi emosi dan tekanan.

Kumpulan saintis ini juga mendapati bahawa hubungan intim antara sistem penghadaman dan otak adalah dwi-hala, bagaimana otak boleh menghantar rasa tidak selesa kepada perut anda, sistem penghadaman juga boleh menyampaikan rasa tenang atau gelora kepada otak.



Diet makanan seimbang
Pemakanan Untuk Sistem Penghadaman

Sistem penghadaman adalah organ yang bergantung kepada keseimbangan bakteria baik dan bakteria tidak
baik. Manusia mewarisi kultur daripada keluarga sejak lahir, iaitu bakteria baik yang mempunyai banyak manfaat, namun memerlukan keseimbangan.

Imbangan tertentu antara bakteria baik dan bakteria tidak baik dalam sistem penghadaman berubah menerusi pemakanan. Jadi masyarakat disarankan mengamalkan pemakanan yang baik untuk sistem penghadaman.

Antaranya, mempelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia bukan saja menyihatkan tetapi kaya sumber serat, vitamin, mineral dan antioksidan.

Pemakanan seimbang memupuk bakteria yang baik untuk sistem penghadaman yang sihat. Demikian juga, tabiat pemakanan zaman sekarang ini dikaitkan dengan pembinasaan flora dalam sistem penghadaman.

Justeru, kita disarankan menambah baik sistem penghadaman dengan mengambil makanan yang mengandungi probiotik. Antara kaedahnya ialah mengelakkan makanan yang diproses dalam diet anda di samping meningkatkan pengambilan bakteria baik seperti yang terkandung dalam VITAGEN.

Dengan pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik, sistem penghadaman akan menjadi seimbang. Selain itu, masyarakat disarankan mempraktikkan gaya hidup sihat. Meskipun banyak kekangan kesibukan rutin harian masing-masing lebih-lebih lagi zaman moden ini, langkah ini tetap perlu.

Selain gaya hidup sihat, langkah mudah yang boleh diambil adalah dengan menikmati sebotol VITAGEN. Minuman susu kultur ini yang mengandungi Lactobacillus acidophilus dan Lactobacillus casei.

Gabungan dua kuasa ini membantu sistem penghadaman dan memelihara imbangan tubuh yang penting untuk sistem imunisasi yang lebih kuat. Yang pasti, ia adalah cara yang paling mudah untuk menjaga kesihatan sistem penghadaman anda di tahap optimum.


Gum Arabic adalah Prebiotik semulajadi 


Probiotik yang dikenali sebagai bakteria baik memegang peranan luar biasa kepada tubuh. Berjumlah sekitar
satu juta hingga satu trilion, probiotik menghasilkan antibodi semulajadi bagi menjaga keutuhan dinding usus, proses metabolisme dan meningkatkan kekebalan tubuh.

Hampir 80% daripada probiotik berada di dalam saluran pencernaan. Di dalam usus besar, probiotik mencerna serat makanan larut air melalui proses fermentasi menjadi asid lemak rantai pendek, seperti asid butirik, propionate dan asetat. Asid butirik adalah makanan utama sel-sel normal usus kecil dan menghalang pertumbuhan sel-sel abnormal seperti sel kanser.

Asid butirik menurunkan kadar kolesterol dalam darah dengan cara mengurangkan pengeluarannya dan juga mengalihkan perjalanannya dari darah ke hati. Proses kimia organik asid hempedu berlaku. Penyerapan asid hempedu juga terganggu dan banyak terbuang melalui najis. Akibatnya, lebih banyak kolesterol yang digunakan bagi menghasilkan asid hempedu.

Pertumbuhan bakteria probiotik yang menyihatkan mampu menghalang pertumbuhan bakteria tidak baik dalam usus, sehingga daya tahan usus meningkat.

Probiotik juga mengurangkan radang dan kerosakan selaput lendir usus. Hal ini dapat membaikkan penyakit penyakit gatal kulit yang dialami oleh kanak-kanak..

Walaubagaimanapun, probiotik boleh berkurangan atas faktor pemakanan tidak seimbang, penuaan, tekanan dan pengambilan antibiotik yang berlebihan..

Akibat pengurangan probiotik akan menyebabkan proses pencernaan akan terganggu dan sistem kekebalan badan dalam melawan penyakit tidak dapat berfungsi secara optimum..

Al Manna merupakan serat asli yang larut 100% salam air/soluble fibre dan insya Allah dapat membantu perkara berikut:

1.Meningkatkan bilangan bakteria baik, menghindar dan menyingkirkan bakteria jahat dalam usus.
2.Melancarkan sistem penghadaman dan menyahtoksid dalam badan.
3.Menambah imunisasi/daya tahan badan terhadap pernyakit.
4.Menghasilkan ‘short chain fatty acids’yang membantu meningkatkan penghasilan tenaga.
5.Menurunkan kadar kolestrol dan kolestrol low density lipoprotein (LDL) dalam badan.
6.Menurunkan tekanan darah tinggi
7.Memperbaiki kualiti hidup pesakit buah pinggang dan menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit diabetes.
8.Mengurangkan tindak balas autoimmune untuk pesakit asma dan ekzema (penyakit kulit)
9.Melegakan penyakit gout dan sendi
10.Menurunkan berat badan melalui pengeluaran hormon “leptin”.
11.Mengurangkan masalah prostat, radang usus dan kanser.Meningkatkan kesihatan secara umum.

Sumber artikel Berita Harian dll Gum Arabic dll
PADA saat kita keliru atau tidak pasti untuk membuat keputusan, penyelesaian hanya satu iaitu mengikut kata hati. Situasi itu dialami kebanyakan orang. Meskipun penyelesaian itu ditakrifkan sebagai tidak berasas, mengikut satu penyelidikan baru-baru ini, andaian itu berkemungkinan benar. Ini kerana sistem penghadaman dan otak, mempunyai hubung kait sejak daripada lahir. Ia bermula dari dalam rahim. Di peringkat embrio, ketika pembentukan sistem saraf, rabung yang dikenali puncak neutral, berpecah kepada dua organ. Kemudian, sistem itu membentuk otak dan sistem penghadaman. Justeru, tidak hairanlah ada yang mengatakan bahawa sistem penghadaman juga dikenali sebagai otak kedua. Ini bermakna sistem penghadaman dan otak saling berhubung kait oleh saraf vagus, di mana kebanyakan maklumat bergerak dari sistem penghadaman ke otak dan kembali semula.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/148524
PADA saat kita keliru atau tidak pasti untuk membuat keputusan, penyelesaian hanya satu iaitu mengikut kata hati. Situasi itu dialami kebanyakan orang. Meskipun penyelesaian itu ditakrifkan sebagai tidak berasas, mengikut satu penyelidikan baru-baru ini, andaian itu berkemungkinan benar. Ini kerana sistem penghadaman dan otak, mempunyai hubung kait sejak daripada lahir. Ia bermula dari dalam rahim. Di peringkat embrio, ketika pembentukan sistem saraf, rabung yang dikenali puncak neutral, berpecah kepada dua organ. Kemudian, sistem itu membentuk otak dan sistem penghadaman. Justeru, tidak hairanlah ada yang mengatakan bahawa sistem penghadaman juga dikenali sebagai otak kedua. Ini bermakna sistem penghadaman dan otak saling berhubung kait oleh saraf vagus, di mana kebanyakan maklumat bergerak dari sistem penghadaman ke otak dan kembali semula.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/148524

Tiada ulasan: