Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Isnin

PEN BEKAM SAMMORA MURAH DARI KOREA

Pen Bekam Sammora Gold dan Pen Bekam Sammora Silver untuk di jual, memandangkan pen bekam dengan saya cuma ada beberapa unit sahaja, untuk penghabisan stok saya nak bagi diskaun kospos ajerlah dulu. Nanti kalau saya pergi sendiri ke Korea beli kat sana dapat harga murah saya boleh jual dengan harga murah jugak :). Sebelum itu biar saya cerita sedikit berkenaan pen bekam pilihan ramai ini.

Ianya jenama sammora buatan negara Korea yang mana kaedah bekam amat terkenal disana, rata-rata orang korea mengamalkan bekam, guru bekam saya Dr(H) Ibrahim MD Al-Jawwad asal  Padang, Sumatera Barat, Indonesia sendiri pun pernah belajar dengan ahli bekam bangsa korea dan salah seorang guru beliau adalah seorang doktor berbangsa korea. Dalam buku alternative medicine Simcheon Sa-Heol nukilan Namhee Park sendiri ada menyebut "IF Blood Is Clear,All Diseases are Lost" 

Sayang sekali kita bangsa Melayu yang beragama Islam masih memandang enteng therapy Bekam peninggalan Penghulu kita Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, sepatutnya bekam adalah menjadi pilihan utama dan bukan alternatif, pesan guru saya "Bermulanya penyakit-penyakit kronik adalah kerana bermula melemahnya dua organ penting dalam tubuh"  

Siapa boleh jawab organ mana dan kenapa sila jawab dibahagian komentar, hadiah sekotak set bekam ABC 12pcs akan menjadi milik anda..pemilihan berdasarkan jawapan yang paling lengkap, jika sama-sama lengkap pemilihan berpandukan dadu akan dibuat :) Tarikh tutup penyertaan sampai 1 januari 2013, sila tinggalkan no kontek anda atau email dan pemenang akan dihubungi dengan method peninggalan yang diberi.

2 jenis pen bekam sammora untuk dijual:- 

Pen Bekam No: 001
Pen Bekam No: 002












Pen Bekam No: 001
  • Sammora Autoklik Lancing Device Model :SM-228
  • Buatan Korea di design khas untuk terapi bekam, meterialnya dari bahan stainlessstells tahan karat.
  • Colour keemasan nampak menawan lambang kemewahan pemiliknya. 
  • Jarak pemicu dan jarum yang ngam-ngam menambahkan keyakinan dan kegeraman anda bila menusuk.
  • Klikan automatik berkelajuan tinggi sehingga tidak sedar anda sedang ditusuk bertubi-tubi, tapi kalau banyak sangat meliut-liut kepedihan  jugak laah.
  • Sesuai untuk jarum 21G, 23G atau 26G.
  • Selamat digunakan dan mendapat pengiktirafan GMP.
  • Punya gegelang pelaras kedalaman jarum, walaupun sebenarnya tidak praktikal sangat untuk kaedah bekam, tapi untuk blood test mungkin perlu.
  • Pakej pen ini termasuk penutup plastik sebagai pendua, besi akupuntur untuk tusukan therapy akupuntur dan tiga batang jarum sebagai sample.
Harga: RM95.00 (termasuk kos penghantaran) 

Pen Bekam No: 002   Ciri-cirinya seperti kesemua diatas kecuali:-
  • Colournya ditengahi dengan colour silver pada batang pen.
  • Tanpa penutup plastik dan besi akupuntur.
Harga: RM85.00 (kos penghantaran percuma) JENIS NI DAH HABIS STOK

Ada pen tapi tak ada cuppping set...nak beli mangkuk atau cawan bekam...? Sila klik disini 

2 ulasan:

Aimandde berkata...

Askm,

Pertanyaan ada tak bekas bekam kaca?
berapakah harga dan bagaimana cara pembelian dan penghantaran.

terimakasih

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan.. saya nk beli pen yg gold ni boleh tuan? Ade stok lgi?