Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Selasa

BEKAMKAN DIRI ANDA SENDIRI.

Ukiran nama Yang Maha Tabib.
Kebelakangan ini, method rawatan bekam sangat diminati oleh masyarakat malaysia khususnya umat Baginda Rasul s.a.w, satu perkembangan positif yang harus dibanggakan, kesadaran menjaga kesihatan yang tak ternilai dan berbekam adalah satu amalan menjaga tubuh jasmani yang diamanahkan untuk dijagai.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud : " Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi). 

Bagaimana dengan bekam dapat merealisasikan hadis ini..? Pertama-tamanya Nabi menyuruh merebut masa sehat sebelum sakit, ternyata sehat merupakan harta kekayaan yang kebanyakan dari kita tidak menyadari bahawa kita sebenarnya kaya, kaya dengan kesihatan, kaya dengan tubuh badan yang segar bugar. Bilakah masanya kita menyadari yang kesihatan itu sangat-sangatlah berharga..? Setelah datangnya sakit...ya setelah sakit, lemah dan tak bermaya baharulah kita sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan.    baca lagi...


Betapa kayanya kita dahulu, kaya dengan kesihatan sekarang sudah miskin papa kedana, dengan tidak adanya kesihatan kita ibarat orang miskin, makan berpantang lauk pauk sedap hanya menjamu mata sahaja. Kesakitan juga meluluhkan masa lapang kita, kita mulai bersibuk memanggil kesihatan yang makin menjauh, kerja harian semakin tergendala dan gerak geri semua terbatas.

Kesakitan juga menukar muda menjadi kayaknya orang tua lemah dan tak berdaya. Kesakitan juga memungkinkan seseorang menjadi mayat hidup yang tak mampu berbuat apa-apa. nauzubillah dari kesakitan. Alangkah tingginya pengajaran Baginda dan mendalamnya maksud kalamnya, disusun tartib kesihatan di awal sabda merangkumi semua perkara didunia demi kebahagian di alam seterusnya, Ya Allah jadikan kami umat yang mencintai Baginda dan mengikut jejak kekasihMu s.a.w...amin.

Bagaimana bekam mampu menjaga kesihatan kita..?

Secara ringkasnya kali ini cukuplah kita membahaskan mukjizat bekam dari segi ilmu etimologi, Etimologi adalah cabang ilmu linguistik yang mempelajari asal-usul suatu kata dan istilah yang diguna pakai. Bekam dalam bahasa arab berarti hijama.


Kalimah HIJAMA ini memiliki dua makna.

Pertama diambil dari kata kerja hajama yang bermaksud menyedut atau menghisap. Cth ayat berbahasa arabnya hajama Al waladu tsadya ummihi yang beralih bahasa melayunya berarti anak lelaki menghisap susu ibunya.

Dengan demikian, yang dimaksudkan dengan hijama adalah menyedut atau menghisap sejumlah darah dari tempat tertentu di bahagian organ tubuh mengikut point-point tertentu selepas diagnosis dengan tujuan mengobati satu organ tubuh atau penyakit-penyakit tertentu. Inilah makna populer seperti yang dijelaskan dalam kitab mu'jam Lisanul Arab karya ibnu Manzhur.

Kedua, kalimah yang terambil dari kata hajjama yang bermaksud mengembalikan sesuatu pada volumenya yang asli dan mencegah untuk berkembang. Dengan demikian yang dimaksudkan dengan hijamah adalah menghentikan penyakit agar tidak berkembang biak.

Dengan mengetahui definisi bekam dari segi bahasa pun sudah cukup untuk kita mengetahui kehebatan bekam sebagai pilihan pertama untuk mencegah penyakit atau meyembuhkan penyakit.

wallahuaklam......

Tiada ulasan: