Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Khamis

SHEIKH BURHANUDDIN MURIDNYA TEUKU SYIAH KUALA

Sheikh Burhanuddin pengembang Islam Minangkabau


PEMANDANGAN luar kompleks makam Sheikh Burhanuddin di Tanjung Medan yang terletak 18 kilometer dari Kota Pariaman, Sumatera.



PERKEMBANGAN agama Islam di Minangkabau lahir daripada kerajaan Islam yang mula-mula bertapak di Indonesia iaitu di Samudera Pasai, Aceh pada sekitar abad ke-13.

Pada saat-saat kebesaran kerajaan Pasai, saudagar Islam Aceh sampai di pesisiran barat pulau Sumatera. Waktu itu Yang di-Pertua memerintah Minangkabau serta rakyatnya menganut agama Buddha.

Sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511 ke tangan Portugis, saudagar Islam dari Aceh mengubah jalan perniagaan mereka menyusuli pantai barat Sumatera.

Tiku dan Pariaman, dua pelabuhan dagang terpenting di bawah Aceh mengawasi perladangan lada, dan melalui pelabuhan itulah arus perkembangan daerah persisiran semakin berpengaruh yang pada akhirnya membawa kepada perkembangan Islam.

Di samping perdagangan mencari keuntungan, saudagar Aceh berdakwah memenuhi tuntutan agama Islam, Sultan Alif yang memerintah kerajaan Pagaruyung merupakan sultan pertama memeluk Islam selepas agama Buddha.

Pada abad ke-13, penyebaran agama Islam terus berkembang menjadi anutan rakyat di kawasan pedalaman, dan sejak itu lahirlah beberapa orang pendakwah Islam antaranya ialah Sheikh Burhanuddin.

Sheikh Burhanuddin semasa kecilnya dikenali sebagai `Pono' berasal dari Periangan, Padang Panjang. Disebabkan keperitan hidup, beliau dibawa oleh keluarganya berpindah ke Sintuk, negeri Tapakis.

Semasa tinggal di Tapakis, Pono bertemu serta belajar agama dengan seorang ulama berasal dari Aceh yang bernama Sheikh Abdul Arif. Ulama ini seangkatan dengan Sheikh Abdul Rauf Al-Singkil atau lebih dikenali dengan panggilan Teuku Syiah Kuala selepas hayatnya dan Sheikh Abdul Qadir Jailani di Madinah.

Ulama Sheikh Abdul Arif juga terkenal dengan gelaran Tuanku Madinah atau Tuanku Air Sirah. Setelah Sheikh Abdul Arif meninggal dunia, Pono secara tersembunyi mengajar serta berdakwah meyakinkan teman terdekat akan hakikat kebenaran agama Islam, di samping menyampaikan ajaran Islam kepada orang tuanya.

Kegiatan dakwah yang dijalankan oleh Pono tidak bertahan lama dan setelah mendapat tentangan daripada banyak rakyat, terutama nasihat daripada penghulu-penghulu suku serta pemimpin setempat supaya Pono memberhentikan dakwahnya.

Bagaimanapun Pono tetap melaksanakan tugas dakwah yang akibatnya tentangan semakin menjadi-jadi. Maka akhirnya pihak yang tidak menyukai kegiatan itu mengusir dan mengancam untuk membunuh Pono.
"Kata Pujangga Islam 'adat bersandi syarak, syarak bersandi adat'
SAMBUNG BELAJAR

Pada saat kritis itu menyedarkan Pono dan beliau kemudiannya melarikan diri ke Aceh untuk mendalami ilmu agama Islam dengan ulama Sheikh Abdul Rauf Al-Singkil Al-Fansuri, ulama dan seorang wali Allah yang masyur itu. Secara diam-diam kerana khuatir diketahui oleh mata-mata pemimpin setempat, Pono bersama empat orang sahabatnya, iaitu Datuk Maruhun dari Padang Ganting Batusangkar, Terapang (Kubang Tiga Baleh Solok), Muhammad Nasir (Koto Tengah Padang) serta Buyung Mudo (Tarusan) berangkat ke Aceh.

Sheikh Abdul Rauf Al-Singkil, seorang ulama mubaligh besar Aceh pada abad ke-17, pada masa pemerintahan Sultan Syafiatuddin (1641-1675) dan pernah belajar di Mekah selama 19 tahun dengan ulama terkenal di dunia Islam waktu itu serta pemimpin Tarekat Syatariah Sheikh Ahmad Kosasi.

Setelah menamatkan pengajiannya dengan Sheikh Abdul Rauf Al-Singkil, Pono kembali ke kampung halamannya menyebarkan ajaran agama Islam di Minangkabau. Bermula dari desa Tanjung Medan, Ulakan, Sheikh Burhanuddin (Pono) meresapkan ajaran Islam kepada penduduk setempat secara beransur-ansur dengan pendekatan `tidak ada paksaan dalam beragama'. Kegagalan semasa di Sintuk dulu diperbaikinya setelah mendapat ilmu atau kaedah berdakwah daripada gurunya, Sheikh Abdul Rauf Al-Singkil.

Dalam usaha meresapkan ajaran Islam, terutama ditujukan kepada kanak-kanak yang masih dalam keadaan 'bersih' dan mudah dipengaruhi yang kemudiannya disusuli kepada orang tua sehingga akhirnya seluruh penduduk Tanjung Medan menganut ajaran agama Islam dengan taat, melakukan solat berjemaah serta sudah pandai membaca ayat-ayat suci al-Quran.

Jumlah mereka yang belajar agama Islam semakin bertambah ramai. Pondok tempat Pono menjalankan dakwahnya penuh sesak, dan akhirnya sebuah surau dibina di Tanjung Medan yang sampai sekarang masih wujud dijadikan tempat belajar agama.

Berita kegiatan Sheikh Burhanuddin terus meluas dengan mendapat sambutan ke Gadur Pakandangan, Sicincin, Kepala Hilalang, Guguk Kayu Tanam terus ke Pariangan, Padang Panjang dan akhirnya sampai ke Basa Ampek Balai dan Pagaruyung.

Alam Minangkabau waktu itu menjadi 'goncang' dan perhatian tertumpu ke Tanjung Medan Ulakan sebagai pusat pendidikan dan penyebaran agama Islam.

Langkah berikutnya untuk lebih mengintensifkan penyebaran agama Islam di seluruh pelosok Minangkabau, maka cara yang dilakukan ialah memohon restu kepada Raja Pagaruyung. Apabila raja sudah yakin akan kebenaran ajaran Islam, dengan sendirinya penduduk Minangkabau akan mudah dipengaruhi.

Melalui satu mesyuarat dengan Raja Pagaruyung, telah membuat keputusan bahawa `adat tidak bertentangan dengan agama Islam'. Kedua-duanya merupakan hukum dan saling mengisi yang harus dijadikan pedoman sebagai pegangan hidup bagi masyarakat Minangkabau.

Intisari daripada keputusan itu telah melahirkan ungkapan `adat bersandi syarak, syarak bersandi adat,' maka Sheikh Burhanuddin dan para pengikutnya diberikan kebebasan seluas-luasnya mengembangkan ajaran agama Islam di seluruh Minangkabau.

Di nukil dari tulisan Saudara Alang Ahmad utusan somber

Tiada ulasan: