Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Isnin

TUAN TULIS WALI KERAMAT TERSOHOR




CATATAN ringkas riwayat hidup Tuan Tulis ditulis pada papan tanda replika kris di hadapan Msjd Tuan Tulis Ismail di Kuala Pilah, Negeri 9.
DI NEGERI SEMBILAN, tokoh agama, Ismail Hussein atau lebih dikenali sebagai Tuan Tulis dianggap antara wali Allah yang cukup terkenal khasnya di Kuala Talang, Kuala Pilah.

Tuan Tulis juga dikenali sebagai kerabat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan kerana pernah mengubati Yang Dipertuan Besar pertama di London pada 1925, sedangkan ketika itu beliau sebenarnya sudah meninggal dunia.

Dilahirkan di kalangan keluarga miskin, beliau dikatakan sangat tekun mendalami ilmu agama walaupun dalam kesukaran. Sanggup berjalan kaki merantau hingga ke Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang untuk berguru terutama dengan Tok Ayah Man (Tuan Guru Haji Abd Rahman).

Ketika berguru dengan Tok Ayah Man, Tuan Tulis tidak mampu membeli kitab disebabkan miskin, tetapi rajin dengan berusaha menyalin semua kitab yang dipelajari serta isu kuliah gurunya. Setiap malam beliau akan menyalin kitab yang akan dipelajari pada keesokan hari dengan meminjam buku daripada rakannya.

Tabiatnya yang rajin dan tekun menulis menyebabkan beliau digelar ‘Ismail Tulis’. Apabila tamat pengajian, orang kampung menghormatinya dengan panggilan ‘Tuan Tulis’. Usaha menulis itu dilakukan berterusan sehingga kitab yang diajar gurunya siap disalin dengan tulisan tangannya sendiri.

Banyak kitab yang disalin, antaranya Tafsir Jalalain dan 30 juzuk al-Quran yang dilakukannya ketika masa lapang. Semua kitab dan ayat al-Quran itu disalin menggunakan dakwat dibuat sendiri hasil campuran arang para dan getah limau kasturi manakala penanya dibuat daripada bilah segar kabung

"....selepas ditanya ke mana beliau menghilang, dengan selamba Tuan Tulis mengatakan dia membantu memadam kebakaran di Makkah."
Pengkaji tokoh wali Tanah Melayu, Abdul Ghani Said dalam kajiannya menjelaskan, Tuan Tulis pernah membantu memadam kebakaran di Makkah pada 1900. Kejadian itu berlaku ketika tukang cukur masuk ke dalam rumah mengasah pisau dan terperanjat mendapati Tuan Tulis tiada di kerusinya.

Tidak lama selepas itu, beliau muncul kembali dan selepas ditanya ke mana beliau menghilang, dengan selamba Tuan Tulis mengatakan dia membantu memadam kebakaran di Makkah.

“Tuan Tulis kembali ke rahmatullah pada 1922, tetapi pada 1925, berlaku peristiwa benar di mana beliau dikatakan mengubat Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad ibnu Tuanku Antah di London.

“Hubungan mereka rapat kerana Tuan Tulis tinggal berdekatan dengan istana Sri Menanti di Kuala Pilah. Dalam pertemuan itu, Tuan Tulis meminta segelas air lalu dijampinya dan disapu ke tempat sakit manakala baki air itu diminum Tuanku Muhammad. Selepas itu, baginda beransur sembuh dan kemudian masuk ke dalam bilik untuk mengambil sesuatu.

“Apabila keluar, baginda menyedari Tuan Tulis sudah ghaib. Selepas itu barulah baginda sedar sebenarnya wali Allah itu sudah meninggal dunia tiga tahun sebelum kejadian itu. Beliau cuma hadir secara kerohanian,” katanya.

Antara peristiwa lain yang menunjukkan karamah Tuan Tulis yang pernah diceritakan secara lisan ialah pernah berlaku ketika beliau bersama anak muridnya mengerjakan bendang, mereka disajikan buah tamar segar seolah-olah baru dipetik, sedangkan kawasan itu memang tiada pokok tamar.

Tuan Tulis juga menternak kerbau, anehnya, binatang peliharaannya tidak pernah memakan padi penduduk, tidak seperti kerbau orang lain. Katanya, beliau pernah berpesan kepada kerbaunya ‘kamu makan rumput saja, jangan makan padi orang’.

" Kehalusan budinya bukan saja kepada manusia tetapi kepada binatang. Suatu hari..... "
Disebabkan itu, penduduk di situ memang mengenali kerbau Tuan Tulis dan memang tidak akan memakan padi mereka. Kerbau itu dibiarkan merayau tanpa ditambat dan orang kampung tidak akan menghalau kerbau Tuan Tulis jika masuk ke bendang mereka.

Kehalusan budinya bukan saja kepada manusia tetapi kepada binatang. Suatu hari ketika dalam perjalanan, beliau terserempak dengan sekumpulan semut yang tidak dapat meneruskan perjalanan kerana dihalang lopak air. Beliau berhenti dan membuat jambatan kecil sehingga semua semua itu melepasi lopak air.

Beliau juga tidak sanggup melihat binatang diseksa dikurung dan pernah membeli burung dalam sangkar lalu membebaskannya.

Tuan Tulis sendiri memelihara beratus ekor burung merpati tetapi dilepas bebas, diberi makan, minum dan disediakan rumah burung untuk berteduh dan bertelur. Selepas kematiannya, beratus merpati peliharaannya terbang mengiringi jenazah dan melindungi jenazahnya daripada pancaran matahari terik.

Sebaik saja upacara pengebumian selesai, semua burung itu menghilang dan tidak pulang ke sarangnya.

Rujukan: Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

INFO: Ismail Hussein

* Suka bergaul dengan orang jahil dan mendampingi mereka dengan tujuan berdakwah.

* Sentiasa menjadi tempat rujuk masyarakat dan menyelesaikan permasalahan penduduk.

* Mendirikan masjid di Kampung Kuala Talang secara gotong royong selama dua tahun dan siap pada 1922.

* Gemar memakai kain pelikat atau seluar jerut, berbaju Melayu atau baju labuh, sentiasa berkopiah.

* Meninggal dunia ketika sedang bertafakur selepas sembahyang Subuh kira-kira jam 7.30 pagi.

* Tidak meninggal zuriat dan harta tetapi mempunyai anak murid yang ramai.

[Sumber dari berita harian tulisan Md Azis Ngah]

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu sepeda motor siape wak...?

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah ada jugak cerita wali Allah di Malaysia. perbanyakkan lagi citer mcm ni sekurang2nya lebih ramai muslim sedar kewujudan dan perjuangan orang-orang alim terdahulu.

Tanpa Nama berkata...

Makasih sudi bagi comment..

Buat Hj Daeng, sepeda bukan saya punyer, ntahlah..pic itu pun cumain di copy dan paste dr artikel asal nya Pak Daeng:)

Admin blog Islamterindah...makasih bagi kata2 semangat,sy cuma tukang kompol jer,tp sambil2 baca tu adalah tambah sikit2 sebagai perbandingan..kalau ada idea2 bernas lain dialu2kan..

Mmg betul...bdk2 sekarang jarang yang nak amik tahu sejarah ulama dulu2, saya cuma berharap semoga gerak kerja saya ni dikira berkebajikan dunia akhirat,nak mengajar atau tulis tazkiroh takder ilmu,so buatlah sekadar termampu jer .okey TQ skali lagi sudi bg commment Slm.

Tanpa Nama berkata...

minta tolong perbetulkan ayat "Gemar memaki kain pelikat"..

JournalFX168 berkata...

Terima kasih bro tanpa nama...typo sikit :) dah edit balik thanks

Unknown berkata...

Balik kampung mesti lalu Tanjung Ipoh. Tapi
x pernah sampai lagi. Insyallah singgah nanti.

Tanpa Nama berkata...

Sudah melawat makamnya di Kuala Talang, Tanjung Ipoh.
Roh para wali dikatakan ttp hidup sbg tentera Allah.