Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Khamis

Rahsia Kalimah A-R-A-B (ARAB)

BENGKEL bahasa Arab sejak akhir-akhir ini mula mendapat tempat di kalangan masyarakat kita. Tanpa mengenal siapa, jantina mahupun bangsa, kini minat masyarakat terhadap bahasa Arab semakin meningkat. Ini mungkin disebabkan mereka mula menyedari kepentingan bahasa tersebut.
Nabi S.A.W pernah bersabda: “Belajarlah bahasa Arab dan ajarkanlah kepada sekelian manusia.” Sehubungan itu, kita mesti mempelajari bahasa Arab dan mengajarkannya kepada sesiapa sahaja yang bergelar manusia tanpa mengira usia, jantina, pangkat, bangsa dan agama.

Pelbagai nama berkaitan bengkel ini dikemukakan berdasarkan objektif yang dikehendaki pihak penganjur. Bengkel seumpama ini boleh dikatakan agak sesuai mengikut cita rasa majoriti kehendak semua pihak. Daripada sasaran seorang pelajar hingga ke golongan profesional, program selama empat jam ini amat berkesan untuk mengenalpasti tip-tip cara belajar bahasa Arab yang sesuai, sekali gus menguasai bahasa Arab secara mudah dan praktikal.

Bengkel yang mengemukakan teknik-teknik mudah ini berasaskan konsep ‘MSC’ iaitu Mudah, Sahih dan Cepat. Ini bermakna ia mudah untuk dipelajari, sahih dari segi penggunaan tatabahasa dan cepat untuk dikuasai.

Tempoh empat jam dipilih berdasarkan beberapa faktor. Antaranya, kerana kesukaran anggota masyarakat meluangkan waktu untuk mengikuti bengkel berkaitan teknik belajar dan menguasai bahasa Arab. Pelbagai alasan dicari jika diajak untuk menghadiri majlis ilmu seperti ini.

Jika diadakan seharian (dari pukul 8 pagi hingga 4 petang) seringkali bilangan mereka akan susut begitu ketara pada sebelah petangnya. Bermacam-macam juga sebab dinyatakan kepada pihak penganjur. Objektif menghadiri bengkel jika hanya separuh jalan sudah tentu tidak akan tercapai.

Jadi tempoh empat jam ini dirasakan amat sesuai buat masa ini. Mungkin kesedaran masyarakat tentang kepentingan menguasai bahasa Arab masih di tahap awal. Sehubungan itu, daripada mereka tidak datang atau hanya separuh jalan lebih baik bengkel diadakan sekadar empat jam.

Selain itu, tempoh empat jam pada waktu pagi dapat memudahkan pihak penganjur dalam urusan penyediaan makanan dan minuman. Pihak penganjur mempunyai banyak pilihan sama ada untuk penyediaan makanan (sarapan, rehat dan makanan tengah hari).

Jika diadakan di masjid, bengkel akan ditamatkan sebelum waktu Zuhur. Ini sudah tentu memudahkan para peserta menunaikan solat Zuhur secara berjemaah. Selepas solat mereka boleh makan tengah hari dan bersurai.

Tempoh singkat ini sebenarnya amat bersesuaian dengan bahasa Arab. Ini kerana perkataan ‘Arab’ berasal daripada gabungan huruf (ain-ra-ba) yang terselit berbagai rahsia dalam kajian ilmu linguistik bahasa.

Ya, ramai di kalangan kita telah lama mempelajari bahasa Arab. Berapa ramai di kalangan kita yang tahu kenapa bahasa Arab dinamakan Arab? Apakah sebab musabab mereka dipanggil Arab? Siapa Arab yang sebenarnya? Bagaimana kita mahu mengenali orang Arab? Bagaimana sejarah orang Arab dahulu? Bolehkah kita mentafsirkan Arab itu hanya sekadar membuat tafsiran berdasarkan huruf (A-R-A-B) ?

Mengikut kajian linguistik bahasa Arab, perkataan Arab adalah daripada gabungan (ain-ra-ba). Perkongsian ketiga-tiga huruf iaitu ain, ra dan ba adalah pasukan yang mantap kerana keenam-enam gabungan mempunyai makna. Enam gabungan tersebut ialah (ain-ra-ba), (ain-ba-ra), (ba-ra-ain), (ba-ain-ra), (ra-ain-ba) dan (ra-ba-ain)

Arab (ain-ra-ba) adalah bangsa yang dulunya hidup dalam ketakutan (ra-ain-ba). Sehubungan itu mereka sering berpindah (ain-ba-ra) daripada satu lembah ke lembah yang lain. Mereka berpindah dengan menggunakan unta (ba-ain-ra). Selain itu mereka mempunyai sifat yang murni iaitu mereka suka bersedekah dan berderma (ba-ra-ain).

Persoalannya, apa kaitan Arab dengan angka empat yang terdiri daripada gabungan huruf (ra-ba-ain) ? Banyak teori perkaitan antara Arab dan angka empat telah diutarakan. Antaranya ialah peristiwa meletakkan Hajarul Aswad ke tempatnya semula setelah Mekah dilanda banjir.

Setelah hampir mencetuskan perbalahan besar, Nabi berjaya menyelamatkan suasana dengan kebijaksanaan yang tinggi. Baginda menyuruh pembesar Arab agar meletakkannya dalam sehelai kain besar yang berbentuk empat segi atau empat bucu. Mengikut ahli sejarah, ketika itu terdapat 12 pembesar utama dari 12 kaum yang besar ketika itu.

Nabi menyuruh empat pembesar utama memegang empat bucu utama. Manakala lapan pembesar (4x2) memegang di tengah-tengah. Setelah hampir ke bangunan kaabah, Nabi sendiri mengambil Hajarul Aswad dan meletakkannya di tempat yang asal.

Dalam hal ini, angka empat dan Arab adalah sesuatu yang berkaitan. Sehubungan itu bengkel cuma empat jam ini mungkin dikira sangat relevan pada masa ini. Ia bersesuaian untuk masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, keturunan, kerjaya, jantina dan usia untuk menghadiri bengkel ini.

Antara objektif yang diharapkan ialah, pada akhir kursus ini peserta kursus akan dapat;

-Menggunakan sepenuhnya pelbagai kaedah mudah dalam mempelajari bahasa Arab.

-Mengenal pasti strategi yang sesuai dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang dimiliki seperti kata pinjaman.

-Menggunakan sumber modal insan iaitu bahasa badan dan intonasi yang sesuai untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab komunikasi berkesan.

-Menggunakan sepenuhnya akhbar dalam darjah untuk meningkatkan kefahaman bahasa Arab.

-Menggunakan sepenuhnya majalah dalam darjah untuk meningkatkan kefahaman bahasa Arab.

-Menggunakan sepenuhnya radio dalam darjah untuk meningkatkan kefahaman bahasa Arab.

Setakat ini, pelbagai pihak telah menganjurkan bengkel teknik mudah ini, sama ada dalam mahupun luar negeri. Antara organisasi yang pernah menganjurkannya termasuklah sekolah rendah, menengah, kolej komuniti, kolej swasta, universiti, badan korporat, ahli profesional, pihak surau dan masjid.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan, rata-rata peserta mahu bengkel siri seterusnya perlu diadakan. Di samping itu, mereka juga mencadangkan agar ia turut disebar luaskan kepada masyarakat awam.

Manakala cadangan lain pula, satu latihan berbentuk TOT (Training Of Trainer) perlu diadakan. TOT ini bertujuan melatih seramai mungkin fasilitator yang mahir menggunakan teknik mudah ini dan mampu menyampaikannya kepada lebih ramai guru dan pelajar.

Mana-mana pihak yang berminat untuk menganjurkan bengkel seumpama ini boleh menghubungi 019-278 8055 atau layari http://drarabic.blogspot.com.



Tiada ulasan: