RUQAYYAH binti Muhammad s.a.w. dilahirkan semasa ayahnya berusia 33 tahun. Anak keempat Nabi s.a.w. dan isterinya, Khadijah binti Khuwailid ini membesar dengan kelembutan dan kasih sayang ibunya serta kakaknya Zainab dan adiknya Ummu Kalsum dan Fatimah.
Tidak berapa lama selepas Zainab berumah tangga, rombongan meminang daripada keluarga Abdul Mutallib datang merisik Ruqayyah dan Ummu Kalsum.
Kedua-duanya dilamar oleh dua beradik, Atbah dan Utaibah, anak pakcik kepada ayahnya, Abdul Uzza, yang kemudiannya diberi gelaran Abu Lahab.

Dua pemuda keturunan Hashim ini sememangnya terdiri daripada keluarga bangsawan Quraisy yang terkemuka dan dihormati.
Namun Ruqayyah dan Ummu Kalsum bimbang menghadapi masa depan bersama keluarga tersebut.
Bakal ibu mertua mereka, Ummu Jamil binti Harb adalah wanita yang bertabiat kasar dan tajam lidahnya, berbeza jauh dengan ibunya, Khadijah yang sangat penyayang dan lemah lembut.
Tetapi sama ada Khadijah mahupun kedua-dua anak gadisnya ini, tidak mahu membiarkan ayah mereka berada dalam situasi yang serba salah, memandangkan pinangan tersebut datang daripada keluarganya yang dekat.
Akhirnya perkahwinan tersebut dilangsungkan. Sebagaimana diduga, kedua-duanya hidup bersama kejahatan dan kebencian ibu mertuanya yang kasar dan kejam.
Namun Ruqayyah dan Ummu Kalsum tidak pernah menceritakan penderitaan mereka kepada ayah dan ibunya, kerana mereka tidak mahu mengganggu ketenteraman kedua-duanya dengan perbuatan jahat Ummu Jamil.
Tidak lama kemudian sebaik sahaja Muhammad s.a.w. menerima kerasulan daripada Allah s.w.t. dan mengajak orang ramai mengikuti agama Islam yang baru, Ruqayyah dan Ummu Kalsum kembali ke rumah ayah dan ibunya.
Mereka berdua diceraikan atas desakan ibu mertuanya dan kaum Quraisy yang tidak senang dengan kehadiran Islam.
``Ceraikan isterimu dan kami akan kahwinkan kamu dengan wanita Quraisy mana sahaja yang kamu sukai,''kaum Quraisy mendesak.
Atbah dan Utaibah segera menceraikan isteri-isteri mereka.
Ummu Jamil memainkan peranannya menanamkan bibit-bibit kebencian di hati anak-anak dan suaminya terhadap dua menantunya itu ``Saya akan berpatah arang dengan kamu berdua jika kamu enggan menceraikan puteri-puteri Muhammad,'' ugutnya.
Hasrat kaum Quraisy untuk terus mengganggu ketenangan Muhammad dengan perceraian puteri-puterinya dirasakan berjaya. Tetapi sebenarnya Allah menyelamatkan kedua-duanya daripada penderitaan yang selama ini mereka alami.
Allah memberikan Ruqayyah suami yang lebih baik daripada anak Abu Lahab, iaitu Usman bin Affan, pemuda yang termasuk dalam golongan sepuluh orang yang dijanjikan syurga dan lapan orang pertama yang memeluk Islam.
Selepas kahwin Ruqayyah berhijrah bersama suaminya ke negara Habsyah dalam rombongan pertama umat Islam ke sana.
Tidak lama kemudian mereka kembali semula ke Mekah. Ketika itu umat Islam sedang bersiap sedia berhijrah ke Madinah. Mereka pun ikut berhijrah ke Madinah.
Di Madinah Ruqayyah melahirkan anaknya, Abdullah. Beliau merasa terhibur dengan kehadirannya, apalagi setelah kesedihan yang dirasakan kerana tidak dapat menemui ibunya yang telah meninggal dunia sebelum Ruqayyah sampai semula ke Mekah.
Rupanya, Tuhan masih terus menguji ketabahan imannya, Abdullah meninggal dunia secara mendadak dalam usianya yang masih kecil.
Ruqayyah jatuh sakit akibat kesedihannya yang berpanjangan sehingga membawa kematiannya pada tahun ke-2 Hijrah sewaktu ayahnya, Nabi s.a.w. baru sahaja kembali dari peperangan Badar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan