Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Ahad

HUKUM JAMAK BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI DUA BUAH RUMAH

HUKUM JAMAK BAGI MEREKA YANG MEMPUNYAI DUA BUAH RUMAH

SOALAN  

🔴   Mereka yang memiliki dua buah rumah atau lebih, dan dia tinggal di dua buah rumah tersebut, jarak antara kedua adalah jauh. Bolehkah dia jamak ketika berada di dua buah rumah tersebut?

JAWAPAN


الحَمْدُ لِلَّهِ وَالصَّلاةُ وَالسَّلامُ عَلَى نَبِيَّنا مُحَمَّدٍ؛ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِين.
وَ بَعْدُ:

Mereka yang mempunyai dua buah rumah tidak terkeluar keadaannya :

1-Tinggal lebih lama di sebuah rumah.

2-Tinggal sama lama di dua buah rumah.

TINGGAL LEBIH LAMA DI SEBUAH RUMAH


Rumah yang lebih lama dia tinggal padanya dianggap tempat dia bermukim. Manakala rumahnya yang satu lagi dianggap tempat musafir baginya.

Jika jarak di antara dua buah rumah tersebut dua marhalah atau lebih dari dua marlahah dan  menetap padanya tidak melebihi empat hari, harus baginya  jamak ketika menuju ke rumah tersebut dan ketika berada di rumah tersebut iaitu rumah yang dia tinggal sekejap padanya.

TINGGAL/MENGINAP SAMA LAMA

Jika seseorang itu tinggal sama lama atau dalam tempoh  yang sama lama di dua rumah tersebut, rumah yang terdapat padanya isteri dan anaknya adalah tempat penginapannya, manakala rumah yang satu lagi dianggap sebagai tempat persinggahannya.

Jika jarak di antara dua buah rumah tersebut dua marhalah atau  lebih dua marlahah dan  menetap padanya tidak melebihi empat hari, harus baginya  jamak ketika menuju ke rumah tersebut atau ketika berada di rumah tersebut.

Rujuk nas berikut;

يقول ابن حجر الهيتمي رحمه الله: "حكم الذين يخرجون في بعض السنة إلى مضايعهم وحكم من له مسكنان ببلدين: حاصله أنا نعتبر ما إقامته به أكثر، فهو وطنه دون الآخر، فإن استوت إقامته بهما اعتبر ما فيه أهله - أي زوجته - أو سريته ومحاجير أولاده"، والله تعالى أعلم.

وصَلَّى اللهُ على مُحَمَّدٍ وعلى آلهِ وصَحْبهِ الأَكْرَمِينَ والحمدُ لله رَبِّ العَالِمينَ


INTAHA ⏹

وَاللَّهُ أَعْلَم

PUSAT TALAQQI BATU RAKIT

Tiada ulasan: