Assalaamualaikum...
Nikmat di dunia terlalu sedikit dibandingkan akhirat. Masa 1000 tahun di dunia sama dengan ukuran masa se hari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang pendek fikiran sibuk memikirkan hal kedunia sehingga terlupa bekalan untuk hari akhirat.
Oleh itu, lipat gandakan lah usaha mencari bekalan di akhirat dengan mengingati Allah setiap dan setiap ketika. Dengan menyebut dan mengingati kehidupan akhirat akan menyemarakkan semangat untuk berbuat amal ibadat dan amal kebajikan sebanyak mungkin.
Kata Imam Al,Qurtubi, "Tuntutlah kurniaan Allah didunia dan akhirat. Dan tuntutlah kurniaan Allah daripada dunia untuk akhirat,iaitu syurga."
⌛ Waallahua'klam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan