حَدَّثَنِي الْحُسَيْنُ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا
مَرْوَانُ بْنُ شُجَاعٍ حَدَّثَنَا سَالِمٌ الْأَفْطَسُ عَنْ سَعِيدِ بْنِ
جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ الشِّفَاءُ
فِي ثَلَاثَةٍ شَرْبَةِ عَسَلٍ وَشَرْطَةِ مِحْجَمٍ وَكَيَّةِ نَارٍ
وَأَنْهَى أُمَّتِي عَنْ الْكَيِّ
Hari yang sangat bersejarah Rabu 29 Januari 2014 diadakan siri Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik dan syarahan Madu lebah penawar penyakit sepanjang zaman di Dewan Utama, Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian. Pihak Universiti Sains Malaysia (USM) telah lama menjalankan kajian secara saintifik tentang keberkesanan dua method penyembuhan ini.
Hasil kajian ini pada saya lebih kepada memartabatkan tibbunabawi atau dalam arti kata lain terapi kesihatan yang berasaskan sunnah di kacamata masyarakat, perlu dipegang bahawa walau tanpa kajian mana-mana pihak sekalipun perubatan sunnah tetap di martabatnya yang tertinggi, alangkah lemahnya iman kita jika perlu menunggu kajian saintifik dulu barulah boleh mempercayai kalam Sidna Musthofa. :(
Prof. Ab. Aziz Al-Safi Ismail dan keluarga |
Pensyarah Jabatan Perubatan Masyarakat, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian, Prof. Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail berkata, kajian yang dijalankan sejak dua tahun lalu itu membuktikan paras gula dalam darah boleh menurun apabila rawatan tersebut dijalankan secara konsisten.
Beliau berkata, bukan sahaja paras gula dalam darah tetapi semua parameter fungsi ginjal seperti serum urea, kreatinin dan asid urik yang mendorong kepada penyakit diabetes turut menunjukkan penurunan apabila melakukan bekam. "Secara tidak langsung, masalah gout juga dapat dikawal kerana kadar asid urik dalam tubuh berkurangan selepas menjalani rawatan.
"Melalui kajian tersebut, didapati berbekam mampu menurunkan risiko sakit jantung dan strok dengan menurunkan antigen Von Willebrand dan meningkatkan fungsi endotelial," kata beliau.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor mengenai Bekam dan Amalan Sunnah Mencegah Penyakit Kronik di Dewan Utama, USM di sini hari ini.Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Bio Teknologi dan Teknologi Hijau, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi.
Ab. Aziz berkata lagi, kajian yang ditaja oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu menunjukkan kelebihan berbekam hanya dapat dirasakan jika melalui rawatan setiap empat bulan atau 120 hari.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, dia kini giat berbincang dengan hospital kerajaan dan swasta bagi mewujudkan perkhidmatan perubatan tradisional kepada pesakit secara pilihan.
"Selain manfaat berbekam, perkhidmatan alternatif ini perlu diwujudkan di hospital-hospital sebagai menjamin kebersihan peralatan berbekam yang digunakan. "Pada masa sama, saya melihat berbekam ini juga dapat mengurangkan pengantungan ubat-ubatan apabila menjalani rawatan tersebut secara konsisten," katanya.
Prof Dr Siti Amrah Sulaiman |
Menurut beliau, hasil kajian yang dilakukan mendapati madu boleh digunakan untuk merawat penyakit.
"Berdasar kajian terhadap haiwan diabetes, 'madu menolong' menurunkan paras gula dalam darah dan mengembalikan tahap keupayaan anti oksidan dan melambatkan kerosakan organ seperti ginjal.
"Gabungan madu dan ubatan diabetes menunjukkan hasil positif dan dijangka boleh mengurangkan masalah komplikasi penyakit tersebut," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan