Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Khamis

TERAPI BEKAM @ HIJAMAH DAN RAHSIANYA (4)

KEMANFAATAN BERBEKAM

Allah SWT berfirman dalam 5urat Asy-Syura ayat 80, "Dan jika aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan." Rasulullah saw. bersabda dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Muslim, "Setiap penyakit ada ubatnya, apabila tepat ubatnya maka sembuh penyakitnya atas izin Allah 'AzzawaJalla."

Sesiapa yang menyayangi Rasul hendaklah mengikut sunnahnya, bekam adalah salah satu sunnah para nabi.
Bekam adalah method kesembuhan 
cara Sunnah s.a.w
Bekam memiliki fadhilah tersendiri yang tidak dimiliki oleh pengubatan modern. Pada masa ini di antara keutamaannya adalah sebagaimana disebutkan dalam beberapa hadits :

1. Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik pengubatan yang kamu lakukan adalah Al-hijamah." (HR. Ahmad)

 2. Rasulullah saw. bersabda, "Pengubatan yang paling sesuai yang dilakukan manusia adalah Al-hijamah." (HR. Muslim)

 3. Rasulullah saw. menyebutkan tiga pokok penyembuhan, "Kesembuhan boleh diperolehi dengan tiga cara yaitu sayatan pisau atau jarum bekam, tegukan madu dan sundutan api, namun aku tidak menyukai berubat dengan sundutan api." HR. Bukhari - Muslim.

4. Dari Ibnu Abbas ra, Nabi saw. bersabda, "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al hijamah) karena ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot yang kaku dan mempertajam pandangan mata terhadap orang yang dibekamnya." HR.Tirmidzi.

 Baca lagi.....

5. Dari Ka`ab bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda pun bertanya “apakah ini ?” Wanita itu menjawab “hadiah”. Wanita itu berhati-hati jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan. Tiba-tiba baginda bersabda “hentikan”, kemudian baginda bertanya kepada wanita itu, “Apakah kamu telah meracuni kambing ini? Wanita itu menjawab “ya” Baginda bertanya lagi “mengapa?” wanita itu menjawab “aku ingin sekiranya kamu pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi s.a.w. pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam…

p/s: Mengikut ulama muhaqqiqin racun tersebut langsung tidak memberi kesan kepada Baginda Mustofa wal mukhtar, tujuan baginda berbekam adalah sebagai tasyri' atau pensyariatan kepada umatnya agar berbekam dan bekam juga bermanfaat untuk mengeluarkan racun dari badan. Inilah kehebatan dan betapa berhikmahnya baginda......wallahuaklam.

6. Ibnul Qoyyim berkata “ketika Nabi SAW berbekam, baginda berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh dibekam”

7. Demikianlah antara bukti betapa besarnya kepentingan rawatan bekam terhadap kesihatan tubuh badan, sehinggakan Rasulullah melakukan rawatan bekam untuk mengajar sahabat baginda dan turut memerintahkan para sahabat untuk berbekam agar terselamat dari racun yang diserapkan dalam daging kambing tadi.

8. Langkah paling utama untuk menangani orang yang sedang keracunan adalah dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai kaedah bekam.

Antara rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami gangguan sihir dan saka, adalah dengan berbekam mengikut kaeda-kaedahnya. Sihir dan saka yang berasal dari gangguan jin, akan mengalir dalam salur urat darah sehinggalah menuju ke kepala, dan akan menghasilkan pelbagai halusinasi dan gambaran-gambaran yang menakutkan dan mengganggu pesakit. Maka, dengan berbekam dikawasan kepala (ubun-ubun & tengkuk) akan dapat merawat masalah tersebut.

Rawatan tubuh dengan cara berbekam memberi banyak kebaikan kepada manusia di antaranya ialah menjaga kesehatan tubuh, menghilangkan letih, lesu, meningkatkan daya tahan tubuh, membuang angin dalam badan, membuang darah yang mengandung sisa toxid (racun), sakit bahu, alergi, perut kembung, sesemut, asam urat, kolesterol, masalah Jantung, migrain, ketegangan (hipertensi), strok, sakit pmggang, ginjal, dll.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam kenalan ...