Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Isnin

MASSBILKAM 1

elhijamah kannujum fissama' :)
Bismillahi ala sunnati rasullillah.... subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakbar walahaulawaquwwata illa billahil aliyyil adzim.  MASBILKAM versi 1 ini adalah mulakhkhos maklumat bekam dalam versi digital, proses pendigitalisasikan hanyalah pengkonversian biasa sebagai backup nota untuk rujukan saya sendiri, ini hanyalah ringkasan tanpa syarahan panjang. Jika ada zairiiin yang suka mengambil manfaat semoga bermanfaat dan didoa semoga berkebajikan dunia akhirat...wallahuaklam

Amma ba'du.......
  • Salah satu teknik pengobatan dan rawatan yang mendapat recognition langsung dari al-Shafiii dan  direkomendasikan oleh Maha Tobib.
  • Dianjurlakukan oleh para malaikat untuk umat Baginda di bumi.
  • Hadiah dari langit dimalam isra' mikraj.
Kenapa kadangkala susah mendapat hasil yang optimum dari rawatan bekam ini..?
  • Kerana kebanyakan pembekam termasuk lah aku sendiri :) tidak mempunyai dasar-dasar pengobatan dan patofisiologi penyakit 
Lanjutan......

( Pengertian patofisiologi/ definisi patofisiologi. Patofisiologi adalah ilmu yang mempelajari gangguan fungsi pada organisme yang sakit meliputi asal penyakit , permulaan perjalanan dan akibat. Penyakit adalah suatu kondisi abnormal yang menyebabkan hilangnya kondisi normal yang sehat. Ditandai oleh tanda dan gejala, perubahan secara spesifik oleh gambaran yang jelas morfologi dan fungsi dsb.)
  • Kerana kekurangan maklumat tentang farmokologi ubat (sains atau kajian tentang ubat-ubatan, termasuk sifat, tindakan, dan kegunaannya.) maklumat ini penting kepada perawat kerana jika seseorang makan ubat pencair darah contohnya kenapa tidak boleh dibekam.
  • Beranggapan bekam adalah ubat segala-galanya untuk merawat segala penyakit sedangkan kaedah yang dinisbahkan sebagai Tibbunabawi itu banyak dan pelbagai yang mana pengkombinasian antaranya sangat baik dan mampu menghasilkan kesan yang optimum dan terlebih baik dari alopati.
  • Membekam basah dengan sebanyak-banyaknya sehingga boleh memudaratkan pesakit. Yang penting tepat pada titiknya, kuantiti mangkok bergantung pada komplikasi penyakit, yang paling penting mengikut guruku adalah pada dua titik keseimbangan tubuh adalah point wajib.
Definisi dan tujuan bekam ala  kadar....

Penghisapan yang bertekanan negatif bagi mengumpulkan local blood dibawah lapisan kulit dengan tujuan tertentu, antara tujuanya adalah seperti yang akan aku ringkaskan dibawah.
  1.  Meningkatkan circulation atau sirkulasi peredaran energi chi dan darah. (Darah membawa oksigen dan zat gizi, sedangkan energi chi membawa pikiran, ide, emosi, dan impian dalam hidup Anda. Ia juga membawa sebagian energi chi dari lingkungan. Karena itu, apa yang dipikirkan dan di mana Anda memikirkannya akan mempunyai pengaruh langsung pada sel-sel dalam tubuh Anda. Pikiran mempunyai pengaruh langsung pada kesehatan fisik.) 
  2. Menimbulkan efek analgesik (menghilangkan atau meredakan rasa sakit, nyeri, pedih, perih tanpa mengakibatkan hilangnya kesadaran )  
  3. Mengurangkan pembengkakan.
  4. Mengusir dan menghilangkan pathogen angin yang dingin maupun lembab dalam tubuh. Pathogen bermaksud mana-mana ejen yang menghasilkan penyakit (terutamanya virus atau bakteria atau mikroorganisma lain)
Proses bekam biasanya melalui 3 fasa
  1. Penghisapan or penyedutan. (ada dua method tradisonal dan moden)
  • Teknik Tradisonal iaitu dengan panas api yang dimasukkan kedalam balang kaca, buluh atau tanduk menyebabkan udara bertekanan negatif yang mampu menarik dan menghisap permukaan kulit.
  • Herba yang dipanaskan sehingga panasnya bekeupayaan menyedut kulit. (teknik ni aku tak reti maa, sapa bleh tolong ajar nak pergi belajar lah)       
Khasiatnya teknik ini: Mampu melancarkan peredaran darah dan energi chi dan sangat bermanfaat untuk menghambat pathogen sejuk dingin dan lembab dalam tubuh.

  • Cara moden dengan menggunakan alat penghisap moden yang menyedut darah dengan udara biasa, alat ini sangat mudah dan praktikal cuma ia agak tidak sesuai untuk penyembuhan penyakit yang memerlukan pengubatan dengan hawa panas. Apapun teknik nya yang penting harus berbekam dan jangan tidak :)
2. Penyayatan samaada menggunakan pisau atau pen bekam.
  • Melukakan kulit dilalukan setelah penghisapan dititik-titik tertentu dengan menggunakan pisau atau pada zaman sekarang pen lancet berkecepatan cepat sangat sesuai diguna pakai.
  • Guruku merekomendasikan penggunaan pen dengan jarum yang dibuat khas untuk bekam bukan dengan jarum yang digunakan untuk blood test. Penyayatan dengan jarum ini akan melebarkan lukaan seolah-olah menggunakan pisau dan mesamaratakan kedalaman tusukan yang mana ianya lebih selamat digunakan.
  • Walaupun penggunaan pisau itu terlebih hampir dengan kaedah sunnah namun ianya memerlukan kemahiran yang tinggi dan perlu melihat kondisi pesakit.
  • Hanya melukakan pembuluh darah kecil (kapilari) dan pengeluaran darah hanya dari darah kapilari sahaja. 
3. Pengeluaran darah
  • Setelah fenomena pengumpulan darah dibawah kulit darah dikeluarkan dari kapilari.
Kenapa hanya di kapilari dan bukan pembuluh arteri atau vena..? Secara ringkasnya kapilari adalah rerambut pembuluh yang menghubungkan arteri dan vena. Sila lihat carta yang diambil dari web sihatmasayu.wordpress.com untuk lebih jelas.

Perbezaan antara Arteri,Vena dan kapilari darah.



             


Tiada ulasan: