Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Khamis

CUP BEKAM MURAH UNTUK BEKAM KERING

Cawan bekam untuk dijual.

Ramai yang berkeinginan untuk mencuba terapi bekam namun agak susah mendapatkan alat, mangkuk atau cawan bekam untuk mencuba kaedah rawatan yang ini. InsyaAllah saya bersedia membekalkan cup bekam dengan harga terjangkau dan berpatutan untuk anda yang boleh digunapakai untuk bekam kering/angin atau bekam basah/darah. Nak tahu harga cawan bekam terkini sila klik.

Bekam kering 
Bekam kering bertujuan untuk meringan dan kereklasikan bahagian tubuh yang menderita penyakit. Kaedah ini amat sesuai bagi menghilangkan rasa kebas, lenguh dan sengal anggota badan terutamanya pada area punggung dan bahagian belakang badan.

Ianya lebih mensasar dan menolong menyembuh gejala-gejala dan penyakit-penyakit ringan sahaja. Biasanya teknik bekam kering ini diterapi dengan 3 cara:-

Pertamanya dengan membiarkan cup atau gelas bertekanan negatif menarik point bahagian tubuh anda secara retained cupping. Cawan bekam dibiarkan menarik kulit selama tempoh tak lebih dari 10minit atau mengikut konsisi pesakit bertujuan meringan dan mereleksasikan anggota dan bahagian tubuh yang sakit. Ini lah cara yang paling banyak dilakukan untuk berbagai keluhan. baca lagi.

Kedua dikenali sebagai momentary cupping, caranya adalah dengan meletakkan cawan yang divakum kebahagian yang sakit dalam duration waktu yang pendek atau sederhana sekitar 1-2minit lalu dilepas dan diulang kembali sehingga beberapa kali mengikut keperluan dan ketahan pesakit. Kaedah ini diparaktik untuk memvakum sumbatan pada permukaan kulit secara bertahap sehingga menghasilkan pembaikan fungsi organ yang terkena penyakit. Boleh juga dengan cara teknik bekam tarik dengan menarik-narik cewan sehingga kulit menjadi kemerahan, biasanya hanya bertujuan menghilangkan rasa kepedihan atau kepenatan dibahagian  dahi, kening, di sisi mata kanan dan kiri bertujuan untuk melancar aliran darah ke mata dan menyegarkan penglihatan. Tapi perlu diingat sedutan di tempat-tempat sensitif dinasihati hanya berkadar sederhana adalah telebih selamat.

The Moving Cup Method adalah istilah bekam kering yang terakhir atau ketiganya dan dilakukan dengan menggerakkan atau meluncurkan gelas yang dilekapkan pada posisi tubuh yang tertentu.  Ia juga dikenali sebagai bekam luncur. Permukaan kulit mestilah diminyaki terlebih dahulu dengan minyak zaitun atau dilesek apa-apa krim seperti vasselin lalu digerakkan dari satu posisi ke posisi  lain kekanan dan kekiri atau sebaliknya. Contoh bekam luncur p2p adalah: Tekupkan gelas di pinggang kanan ditarik ke pinggang kiri diulang-ulang gerak antara point ke point. Bagi yang menderita sakit pinggang, sendi-sendi dan buah pinggang boleh dan amat baik digabung dengan Doa Sakit Pinggang daripada Guru Dato' Dr. Haron Din iaitu ayat ayat daru suroh As-Syua'roaa: 130 dan Al- Buruj 12~16. Baca dan ulang-ulang ayat tersebut sambil berbekam insyaAllah mujarab dan mustajab. Bagi yang berkemahiran mendeteksi point-point penting penting kaedah ini amat bagus menolong melancarkan aliran darah.

Ada juga petua dan kaedah yang saya terima iaitu gelas yang divakumentasi tadi di gerak secara anticlockwise atau selari mengikut gerak pusingan umat islam ketika tawaf dibaitullahilharam. Walaupun belum saya temui bukti klinikal namun dikatakan kaedah ini mampu meningkatkan tenaga tubuh fizikal maupun spiritual dengan meningkatnya fungsi imunisasi, antibody dan hormon tubuh dan mampun mengimbangi hemisfera otak kiri dan kanan. Secara logikanya kebaikan-kebaikan ini akan muncul setelah aliran darah dalam badan bergerak lancar dan energi chi mengalir sempurna.

Untuk hasil yang optimun teknik bekam luncur ini harus dilakukan di area yang dipenuhi otot tebal seperti area belakang badan dll.

Ringkasnya antara khasiat bekam kering adalah:-
  • Mengatasi masaalah masuk angin.
  • Menahan aliran darah haid dan hidung berhingus
  • Mengatasi rasa sakit atau sengal anggota.
  • Mengurangkan sakit akibat buasir atau berak berdarah
  • Dll.
Bekam Basah/ Darah.

Teknik rawatan inilah yang terBAIK namun perlukan kemahiran, pengetahuan dan alatan khas, tidak digalakkan buat tanpa ilmu. dan amali dari yang berpengalaman. Adalah dinasihati supaya mendapat khidmat dari pembekam yang berpengalaman, walaupun penulis bukan seorang yang profesional dalam bidang ni tapi insyaAllah boleh memberi khidmat terapi bekam darah kepada sesispa yang berhajat.

Tiada ulasan: