Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Jumaat

Rahsia buah Labu kegemaran Sidnannabi s.a.w

Labu dikenali sebagai pohon Nabi Yunus a.s

Buah labu merupakan tumbuhan semulajadi yang kaya dengan vitamin A dan C, mineral serta karbohidrat. Ada lima spesis buah labu yang umum dikenali masyarakat, iaitu Cucurbita maxima Duchenes, cucurbita ficifolia Bouche, Cucurbita mixta, Cucurbita moschata Duchenes dan Cucurbita pipo L.

Kelima-lima spesis buah labu tersebut lebih dikenali sebagai buah labu kuning kerana mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh pakar gizi dan kesihatan, buah labu mempunyai manfaat yang sangat besar bagi kesehatan untuk menyembuhkan berbagai penyakit dan juga amat baik untuk kecantikan.

Buah labu ternyata mengandungi berbagai macam kandungan yang bermanfaat bagi kesihatan, buah labu juga bermanfaat dan berkhasiat diguna untuk perubatan penyakit, walaupun terdapat banyak jenis labu namun hanya beberapa jenis sahaja yang selalu dimanfaat orang samaada untuk hidangan maupun sebagai bahan merawat penyakit seperti khasiat buah labu siam, khasiat buah labu kuning, khasiat buah labu air. Buah labu juga terdapat hampir diseluruh dunia,perayaan hallowen dan kisah Putri Cinderella merupakan dua hal yang sering dikaitkan dengan buah labu.

Labu juga memiliki berbagai kandungan gizi yang sangat diperlukan oleh tubuh, beberapa kandungan buah labu kandungan Vitamin C, Vitamin A serta Betakaroten sehingga sangat baik untuk menjaga kesehatan mata maupun untuk meningkatkan daya tahan tubuh.

Selain itu, buah labu juga kaya dengan kandungan mineral seperti zat besi, kalium, fosfor dan kalsium. Kandungan air dan serat yang cukup tinggi pada buah labu juga memiliki manfaat untuk melancarkan pencernaan, mengatasi demam, diare atau ceroh peghut serta mengatasi peradangan. Buah labu juga sangat baik bagi kesihatan ginjal dan jantung serta mampu mencegah penuaan dini kerana kandungan antioksida yang terdapat didalamnya.


Khasiat buah labu untuk mengubati sariawan atau dalam bahasa kedoktoran disebut dengan stomatitis merupakan radang yang terjadi pada mukosa (pipi bagian dalam) mulut serta sebagai pelawas kencing sudah lama diketahui. Buah labu juga mengandungi alkaloida yang sangat bermanfaat sebagai anti kanser. Buah labu mampu mencantikkan kulit, mencegah pengeroposan atau pereputan tulang (Penyakit Osteoporosis) serta bermanfaat meningkatkan kekebalan sistem imun tubuh.

Selain isi buahnya yang enak dimakan dan banyak khasiat ternyata kulit buah labu juga kaya manfaat. Berdasarkan penelitian yang dilakukan oleh ilmuan di Korea Selatan ternyata ditemukan zat protien pada kulit labu yang sangat efektif untuk mengubati dan merawat penyakit kulit.

sumber internet

Tiada ulasan: