Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Sabtu

Rahsia Kenapa Lelaki Haram memakai perhiasan dari Emas

Haram bagi lelaki memakai perhiasan dari emas
SidnanNabi S.A.W bersabda yang bermaksud dari Sidina Abi Musa RA bahawa , ”Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi laki-laki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya..” [HR Tirmizi dengan sanad hasan sahih]
Lebih 1400 tahun yang lalu, setiap kali perintah Allah SWT turun melalui RasulNya, para sahabat yang mulia tidak akan bertanya kenapa dan mengapa, mereka langsung melakukannya ketika itu juga.
Hampir jarang ada penjelasan ilmiah berkenaan rahsia yang tersembunyi disebalik suruhan dan larangan tersebut, cuma sejak kebelakangan ini, ramai cendekiawan muslim dan none muslim mengkaji secara khusus atau mungkin tidak sengaja mengetahui rahsia dan hikmat yang tersembunyi disebalik perintah dan larangan.

Dibawah ini sebahagian fakta yang saya dapati dan sadurkan dari pelbagai sumber semoga bermanfaat, dengan mengetahui rahsia ini alangkah bertuahnya kita ditakdirkan menjadi pengikut Nabi Muhammad .


1. Dari sudut metafizik sains, lelaki bersifat +ve dan unsur emas juga +ve. Maka ianya berlawan dari segi
magnet dan gelombangnya. Tekanan ini menyebabkan tulang akan mudah membengkok dan rapuh. Mengikut pendapat seorang ulama tersohor dari Mesir, pemakaian emas bagi lelaki akan mengurangkan caj kejantanan sebaliknya kepada wanita akan menambahkan sifat kewanitaan. Berlawanan bagi hiasan perak, caj dari perak akan membangkitkan sifat kelelakian bagi pemakainya.

2. Emas adalah berwarna kuning oren dalam sistem gelombang adalah berelektrik untuk fungsi adrenalin buah pinggang. Maka ianya memberi kesan buruk ketahanan sistem buah pinggang dan perkumuhan. Penyakit gout, sendi dan batu karang mudah berlaku.

3. Para ahli fizik telah menyimpulkan bahawa atom pada emas mampu menembus ke dalam kulit dan masuk ke dalam darah manusia. Dan jika lelaki mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka dampak yang ditimbulkan iaitu di dalam darah dan air kencing akan mengandungi atom emas dalam peratus yang melebihi had (dikenali dengan sebutan ” Migrasi Emas “).

Dan apabila ini terjadi, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Alzheimer adalah suatu penyakit dimana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fizik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal, tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Dan mengapa Islam membolehkan wanita untuk mengenakan emas ? Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui keuzuran.

Fakta: Pakar perubatan di China telah membuat rawatan ‘Negatively Charged Gold Nanoparticles’ untuk mengubati Alzheimer.
sumber : http://suissequest.blogspot.com/2015/06/rahsia-kenapa-lelaki-haram-memakai.html#more

Tiada ulasan: