Fenomena Istiwa Azam |
Semakan Arah Kiblat berdasarkan Fenomena Istiwa Azam berlaku setiap dua kali setahun di mana ketika itu matahari berada di atas kaabah (waktu tengahari di Masjidl Haram). Oleh itu umat Islam khususnya di Malaysia boleh membuat semakan arah kiblat pada 28 Mei 2013 tepat jam 5:16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia.
Bagaimana caranya??:
1. Dirikan kayu secara menegak di tanah lapang (bagi rumah yang menghadap matahari terbenam boleh gunakan jenang pintu rumah / tingkap)
2. Tunggu waktu yang ditetapkan.
3. Bayang-bayang yang terhasil daripada objek tersebut adalah menghadap kiblat.
Berpandukan kepada analisis data matahari oleh Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan JabatanKemajuan Islam Malaysia, matahari akan berada tepat atas Kaabah pada dua waktu tersebut menyebabkan semua bayang objek tegak akan menunjukkan arah kiblat.
Mengikut astronomi, keadaan ini berlaku apabila deklinasi matahari adalah bersamaan dengan latitud Kaabah. Salah satu cara yang boleh digunakan adalah mendirikan tiang tegak di suatu kawasan lapang dan hujung bayang yang terhasil menghala ke pangkalnya pada waktu tersebut adalah arah kiblat. Umat Islam disaran memastikan jam yang digunapakai adalah tepat bagi kesempurnaan semakan
.
Istiwa Matahari di atas Kaabah akan berlaku setiap tahun pada 28 Mei pukul 5.16 petang dan sekali lagi pada 16 Julai 5.28 petang waktu Malaysia.Kedudukan matahari tepat di atas Kaabah yang menyebabkan bayang objek tegak di seluruh dunia menunjukkan arah Kiblat.
Umat Islam di Malaysia berpeluang untuk menyemak arah kiblat di tempat masing-masing pada masa tersebut. Semakan boleh dilakukan dengan menggunakan bayang yang ditunjukkan oleh sebarang objek yang tegak lurus seperti tiang bendera, tiang lampu, sisi tingkap, sisi pintu atau sisi rumah
Soalan sering yang ditanyakan:
S: arah kiblat berubah ker??
J: tidak. Cuma digalakkkan untuk membuat semakan. sekiranya berlaku kesilapan bolehlah mengubahkannya berdasarkan bayang-bayang tersebut. (sila lihat gambar rajah).
S: Macamana nak tau waktu 5:16 tu sama dgn orang lain??
J: Anda boleh buat semakan jam tangan atau jam dirumah menggunakan 'standard time' yang dikeluarkan oleh pihak SIRIM (link:http://www.sirim.my/home)
S: Alaa.. Tak payah semak pun tak apa.. Nak solat menghadap je arah barat / mana-mana kan??
J: Oppsss.. kalau dah tau mana kiblatnya kenapa perlu menghadap mana-mana..?? Solatkan syarat sahnya adalah menghadap kiblat..kalau xmenghadap maka....??? :)
sumber Harakahdaily dll
1 ulasan:
AsSalam
Bagaimana utk tahun ini? Bila tarikh nya?
Catat Ulasan