Bismillah walhamdulillah, wassalatu wassalamu ala ashrafil makhluk Sidna Rasullillah, hari ini bermulanya pencarian maklumat oleh muhibmahbub sebelum dipanggil ke tanah suci, walaaupun tidak tahu bila akan pergi, duit pun ada berapa kupang jer, tapi hati ini sangat terpanggil untuk menziarahi Baginda yang sedang beristirehat di syurga, yang penting kita punya niat dan keinginan untuk kesana, ziarah Rasullullah ibarat kita ke syurga kalau raudhah nabi diibaratkan taman-taman syurga pastilah makam dimana baginda beristirehat adalah antara syurga-syurga Allah untuk kekasihnya.
|
Ya Allah...realitikan hamba menjadi tetamuMu Ya Allah |
Setiap kita harus mengetahui serba sedikit maklumat tentang destinasi tempat yang akan kita tuju, selain menambah pengetahuan, sejarah peradaban islam akan membantu kita menjadi bertambah kasih, sayang, rindu dan cintanya kepada Allah, kekasihNya dan mereka yang pengabdikan hayatnya untuk Allah dan Rasulnya sidna mustafa habibullah.
Blog ini pun dari awal lagi sudah ku namakan MECCA DAN MEDINA kerana inilah kota tersuci kerana kesucian dan pensucianya, dinamakan The Holiest Cities In Islam. Kesucian kerana di mekkahlah tempat diputerakan insan paling suci dan Madinahlah tempat bersemadinya jasadnya yang suci. Pensucian umat2nya dengan menziarahi kedua tanah suci ini ibarat bayi yang baru lahir, putih bersih tanpa dosa dan nista. Ya Allah sampaikan lah hambamu ini ke tanah suci dan bersihkanlah segala dosa2ku Ya Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan