Dari Bandar Jeddah yang merupakan gerbang masuk ke Arab Saudi kita akan menuju ke Bandar Nabi s.a.w, disanalah jasad baginda yang mulia dimaqamkan, berseri dan bercahayanya Madinah Munawwarah dek kerana cahaya Baginda yang tak pernah padam menyinari Yathrib nama asal bagi bandar ini.
Sekilas Tentang Madinah.
Lokasi Madinah dr peta Arab Saudi |
Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah. terdapat di wilayah Hijaz, Arab Saudi.
Madinah sekarang mempunyai populasi seramai 839,400 orang (1999). Madinah pada asalnya bernama Yathrib tetapi selepas peristiwa hijrah, namanya diubah kepada Madinat Al-Nabi (Kota Nabi) ataupun Al Madinah Al Munawwarah (Kota yang bercahaya) sementara perkataan Madinah bermaksud "bandar/kota".
Bandar yang berkeluasan 173,000 km² ini adalah bandar suci kedua selepas Mekah,bendar yang sangat bersejarah dan sangat mulia, bandar Rasullullah Sang kekasih Allah, bandar tempat tumpahnya darah para pejuang islam, bandar yang penyaksikan titisan air mata dan keringat sahabat rasulullah.
Dalam menunaikan ibadat Haji dan Umrah, tidak sempurna jika tidak menziarahi Rasullullah, masjid nabawi adalah destinasi terpenting untuk dilawati bersandarkan kalam beginda sendiri yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah Radiallahu Anhu dari Nabi Muhammad Sallallhu 'alaihi Wasallam sabdanya : "Tidak sepatutnya ( bersusah payah ) keluar belayar ( untuk menziarahi mana-mana masjid ) kecuali ( pergi ) ketiga-tiga buah masjid ( yang berikut ) : Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul ( Masjidi an-Nabawi di Madinah ) dan Masjidil Aqsa di Palestin." Hadis Al-Bukhari
Madinah dalam sejarah.
Mengikut sejarah, ramai ahli sejarah percaya bahawa sebelum hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke Yathrib, kota ini merupakan sebuah penempatan yang tidak maju seperti Makkah sama ada dalam segi pembinaan, masyarakat dan sebagainya. Yathrib diasaskan oleh Yathrib bin Qoniah bin Mahlaeil bin Obail dari keturunan Nabi Noh a.s.
Kawasan ini subur dengan tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran, dan kaya dengan air. Hal ini menyebabkan Yathrib dikunjungi dan akhirnya diduduki oleh manusia dari kawasan setempat. Pada tahun 455 SM, suku-suku Arab dari utara mengunjungi dan akhirnya menetap di Yathrib.
Jika menurut sumber-sumber serta bahan-bahan rujukan sejarah, Yathrib sebelum hijrah hanyalah sebuah kumpulan komuniti masyarakat yang kecil khususnya selepas kedatangan masyarakat Yahudi.
Penghijrahan dari Makkah ke Madinah
Pada hari Isnin, 20 September 622 masihi berlakunya penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke
Madinah. Ramai orientalis barat mengganggap tindakan ini ialah melarikan diri. Penghijrahan ini berlaku bukan kerana umat Islam takut akan ancaman puak Quraish Makkah tetapi adalah kerana jemputan penduduk Madinah sendiri.
Menurut sumber-sumber Islam yang autentik seperti hadith, Madinah mempunyai dua buah puak yang berbeza (Aus dan Khazraj) di samping tiga buah suku Yahudi (Banu Qainuka'a, Banu Nadhir dan Banu Qurayza). Suku Aus dan Khazraj menguasai kota Yathrib tetapi sering berbalah antara satu sama lain dan asyik berperang sesama mereka. Mengikut ahli sejarah Islam, kedua-dua puak ini mengetahui akan kewujudan seorang rasul di Makkah yang mana pengikutnya sering diseksa oleh kaum Quraish Makkah. Mereka berbuat keputusan untuk berjumpa dengan rasul ini untuk mengatasi konflik di antara mereka.
Nabi Muhammad s.a.w. dan pengikutnya bersetuju untuk berhijrah ke Yathrib yang kemudiannya dikenali sebagai Madinah al-Munawwarah. Selepas tiba di Madinah Nabi Muhammad s.a.w. merangka sebuah perlembagaan bagi menyatupadukan penduduk Madinah. Perlembagaan itu dipersetujui oleh semua penduduk Madinah dan dikenali sebagai Piagam Madinah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan