Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Isnin

AL-QURAN TAFSIR PERKATA AL-HIDAYAH

AL-QURAN TAFSIR PERKATA AL-HIDAYAH

AL-QURAN TAFSIR PERKATA AL-HIDAYAH
Lembaran-lembaran suci kalamullah adalah suatu yang sangat indah, bukan hanya indah didengar maupun dibaca, malahan keindahan tatapan mata membuatkan manusia terasa nyaman, tenteram, suka, sayang dan berkeinginan untuk mengetahui apa ada disebalik keindahan itu.

Mashaf AL-QURAN TAFSIR PERKATA AL-HIDAYAH disusun atur dan didesign sekamil mungkin agar kecintaan tatapan akan turun kehati membasahi urat saraf, menggetar perdu reroma lalu mampu menggerakan sendi anggota...memegang, angkat lalu refleknya kucupan bibir membuktikan anda berada di depan pintu-pintu rahmat. Tanda sayang anda kepada kalamNya nyata andalah ahliNya.

Contoh halaman dalamnya
Al-Quran ini dihadirkan kepada masyarakat muslim JAWI berbangsa melayu khususnya dengan konsep tafsir perkata yang merujuk pada Tafsir Al-Munir karya Syeikh Nawawi Al-Bantani, seorang ulama nusantara yang berasal dari Banten Indonesia, pernah mengajar di Masjidul Haram Mekah diakhir abad 18 dan mahir dalam setiap sudut keilmuan islam, dengan kehebatan keilmuan sangat layaklah beliau digelar Imam Nawawi ats-Tsani atau Imam Nawawi Yang Kedua r.a oleh Syeikh Ahmad Al-Fathoni r.a

Metodologi Mashaf AL-QURAN TAFSIR PERKATA AL-HIDAYAH.
  • Terjemahan tafsir global yang ringkas, bukan hanya sekadar terjemahan, disusun berdasarkan kata per kata dari setiap kalimat-kalimat ayat Al-Quran.
  • Sangat mudah dibaca samaada secara perkalimah/perkata bagi yang baru belajar atau secara wasal sambil mendalami makna dan maksud ayat secara langsung.
  • Terjemahanya disadur dari kitab karya ulama agung Nusantara Tafsir Al-Munir karya Syeikh Nawawi Al-Bantani. (wafat 1897m)
  • Terdapat petikan asbanunuzul atau sebab kenapa ayat diturunkan.

Kelebihan dan keistimewaan Mashaf ini.
  • Mudah dibawa kemana-mana dengan ukuran 21cm panjang dan 15cm lebar dengan ketebalan tidak sampai 3cm sahaja.
  • Terdapat panduan menghafaz Al-Quran untuk orang awam
  • Disusuli dengan Quran Message Service pada kebanyakan lembaran untuk memudahkan wawasan qurani direalisalikan di alam global, anda akan punya idea dalam dakwah via sms.
  • Indeks tematik.
  • Punya kemudahan aplikasi jadwid secara berangka, konsep tajwid berangka ini lebih mudah dan senang diingat berbanding dengan panduan warna pada kebanyakan orang dewasa. 
  • Telah mendapat Tanda Tashih No P.VI/l/TL.02.1/503/2010 dari Lajnah Pentashih Mushaf Al-Quran Departemen Agama Republik Indonesia dengan cop rasminya.
  • 3 reben memudahkan anda.
Harga asal senaskhah : RM 88.00
sekarang anda cuma perlu bayar RM55.00 (postage percuma ke semenanjung)

Promosi penghabisan stok hanya RM 55.00 sahaja 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam..

Naskah al-Quran ada dlm stok ke?