Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Khamis

KEAJAIBAN BEKAM

Bekam dengan menggunakan pen automatik adalah teknik bekam yang paling selamat dan mudah dilakukan, tusukan mata jarum yang direka khas hanya menusuk permukaan kulit untuk membersih aliran peredaran darah di jaringan kapilari, secara ringkasnya pembuluh darah dalam badan manusia terbahagi kepada tiga:-

Arteri : mengangkut sari makanan dan oksigen
Vena  : mengangkut balik sel-sel yang telah mati dan CO2  ke organ pembuangan (ginjal dan liver)
Kapiler : sebagai penghubung arteri dan vena

Kapilari adalah salur darah yang terkecik sekali, ianya penghubung yang menghubungkan dua pembuluh besar Arteri yang membawa keluar darah dari jantung ke seluruh organ dalaman badan dan Vena yang membawa darah kejantung dari bahagian-bahagian lain badan.

Bagaimana bekam dengan ajaibnya mampu mencegah penyakit atau menghalang sesuatu penyakit daripada memboghok, secara teorinya penyumbatan pembuluh kapilari akan menghalang peredaran darah bersih dari arteri ke vena, ketidaklancaran akan menyebabkan bekalan oksigen yang amat diperlukan oleh organ tubuh tidak dibekalkan dengan secukupnya dan pensuplieran sari zat makanan jadi tidak sempurna. Bekam akan menolong proses ini dan dengan keberkatan sunnah kita akan sehat insyaAllah.

Sirkulasi darah.

Tiada ulasan: