Kebanyakan artikel disini adalah karya Al-Marhoum Tuan Guru Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah R.A cucunda kepada Tuan Guru Syeikh Ahmad Al-Fathanie, juga dari akhbar2 nasional yang lain dan laman2 web yang bertebaran di alam maya juga disaduri macam2 hikayat,riwayat,kaifiat dan khasiat keemasan saya himpun dan susun sebagai koleksi peribadi dan bagi tatapan dan santapan rohani buat teman-teman yang sudi...himpunan artikel2 terbaru saya sekarang lebih muyul kepada informasi kesihatan ala muslim-jawi kearaban..... dan saya mula berjinak2 dengan jualan secara online produk kesihatan muslim, khasnya peralatan bekam (Set cawan, jarum dan pen bekam) dan khidmat pembekaman, Sudi-sudilah ziarah dan sudikan tinggal komentar anda. TQ

Rabu

ALAT BEKAM MURAH PROMOSI BULAN RAJAB.

Bermula hari ini saya ingin memberi harga DISKAUN hebat untuk set alat bekam jenama ABC.

📢📢...Harga BORONG untuk semua.....

HARGA BIASA. 👇🏻👇🏻👇🏻

Harga  :-      1   kotak rm35.00 sahaja.
                     6   kotak ke atas rm30.00 / kotak.


HARGA DISKAUN UNTUK ANDA.

Harga  :-      2️   kotak rm50.00 sahaja.
                               
Harga ini hanya pada bulan RAJAB sahaja....cepat sementara stok masih ada,

Sila wasap/call saya 0139470047 dan bagitau saya yg anda inginkan harga promosi hanya pada bulan RAJAB 2017.

Yaa Allah Berkatilah kami dengan berkat SidnanNabi di bulan Rajab ini dan Sha'ban, dan ketemulah kami dengan bulan Ramadhan.....amin.


  BEKAM JENAMA ABC 12PCS 
 

(NO:02)

Alat bekam / mangkuk bekam untuk dijual 
  • Satu kotak mengandungi 12pcs dengan 6 size. (3 size ada magnet,bermakna anda akan mendapat 6 batang rod plastik bermagnet, bekam magnet adalah teknik bekam cina seperti juga bekam angin biasa cuma diletakkan magnet atau teknik bekam elektromagnet)
  • Jenama yang tersohor dan termasyur dalam classnya dan paling banyak permintaan dari pembekam di Malaysia.
  • Disertakan magnet di 3size cup besar untuk kombinasi terapi angin dan bekam magnet.
  • Mudah murah dan tahan lasak.
Harga hanya untuk anda :-      1   kotak rm35.00 sahaja.
                                                  6   kotak ke atas rm30.00 / kotak.





Khamis

RENUNGAN PAGI DHUHA

🌻💵💵💵💵💵🌻
     
 Assalaamualaikum...
    
Memiliki harta yang banyak akan menyebabkan kehidupan seseorang itu berubah sama ada mensyukuri nikmat yang diberikanNYA atau menjadi sombong dan takbur dengan harta kekayaan yang dimiliki.  Bagaimana pun, kerana harta juga akan berlaku pergaduhan, perbalahan dan persengketaan apabila masing masing berebutkan harta, apatah lagi jika peninggalan itu adalah pusaka orang tua.
  
Perebutan harta boleh mengakibatkan tali persaudaraan terputus dan akan bersengketa berpanjangan. Maka menyedari masalah ini, sewajarnya lah kita kembali kepada ajaran islam bagaimana untuk menyelesaikannya.
 
Rasulullah s.a.w juga ada menegaskan menerusi hadis yang direkodkan oleh Muslim dan Abu Daud dari ibnu Abas, katanya," Hendak lah kamu membahagi bahagikan harta (pusaka) di antara ahli waris itu berpandukan kitab Allah."
  
Membahagikan harta secara adil mengikut panduan yang digariskan dalam al-Quran dan sunnahnya merupakan satu kewajipan untuk mengelakkan perbalahan dan permusuhan. Tetapi malangnya, apa yang ditentukan dalam al-Quran dan sunnah itu tidak dipatuhi sebaliknya memberi hukum pembahagian di atas pertimbangan akal fikiran sendiri.
  
Perkara ini berlaku kerana sifat tamak disebabkan ingin membolot semua harta dan berasa iri hati dengan pihak yang berebut harta. Mereka juga telah dikaburi oleh kemewahan harta sehingga melupakan tali persaudaraan di mana sebenarnya telah melanggari hukum Allah Taala.
 
🍒 Waallahu'aklam 🍒

Rabu

BEKAM BERGERAK KUALA LUMPUR 2017


Sila klik image utk besarkan
Di Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan
Yang sewaktu denganya



...KENAPA PERLU BERBEKAM ...

- Berbekam boleh membuangkan toksin, racun, lendir dan angin dalam tubuh badan kita dimana menjadi salah satu penyebab timbulnya penyakit dalam badan manusia
- Boleh membantu m’buang unsur2 sihir yg  berpunca pada gangguan jin dan syaithan
-Daya ingatan seseorang yg sering berbekam akan lebih cergas dan kuat
-Penglihatan akan lebih terang dan jelas
Sendi-sendi badannya akan menjadi kuat, segar, dan sehat
-Berbekam tidak ada efek samping
-Membantu menyembuhkan berbagai penyakit
-Bekam boleh menyembuhkan masalah akut dengan kadar yang segera
-Seseorang yg mengamalkan bekam adalah orang yg menegakkan sunnah Rosulullah SAW
..KESEMBUHAN DARI HIJAMAH..

 “......Menurut guruku  Dr Ibrahim Burhanuddin MD (Hom) lebih 80% penyakit boleh disembuhkan daripada berbekam insyaAllah.....” 
Antaranya :-
-Sakit kepala, pusing–pusing, migren dan vertigo
-Rematik, pegal-pegal dan asam urat
-Sakit gigi, telinga, mata, dan hidung
-Varises, wasir, sembelit
-Gangguan pada saluran kantung kemih
-Masalah kewanitaan
-Tumor, kanker
-Asma, sesak nafas (paru- paru)
-Liver, limpa dan ginjal
-Parkinson
-Hipertensi, kolesterol, diabetes dan stroke
-Dan lain-lain
Waktu, masa dan lokasi rawatan tertimbang mengikut kesesuaian anda melalui pakej 2 sesi pilihan, terhad hanya seorang dua sahaja utk setiap sesi.
1Siang hari kecuali Jumaat, insyaAllah saya bersedia ke rumah/tempat anda di sekitar KL atau mana2 lokasi yang berhampiran mengikut persetujuan. 
2Setiap hari kecuali malam dan siang hari jumaat  boleh berjumpa di Surau Al-Hidayah Kepong Dalam. (sila maklumkan terlebih dahulu)

Bayaran atau kos perkhidmatan bekam :-

-Bayaran service charge untuk khidmat bekam termasuk set bekam baru ABC12 pcs adalah RM100.00 sahaja, jika anda sudah punyai set bekam sendiri juga sangat dialu-alukan dan kos terapi bekam atau service chargenya sekurang2nya sebanyak RM70.00 saya tetapkan untuk 10 point terawal. ....sila kol sy jika krg jelas..

- Teknik gabungan therapi bekam angin dan bekam darah. Bekam api saya akan lakukan jika perlu sahaja. Proses sendutan setiap point bekam sekurang-kurangnya 3x hingga 5x dalam tempoh masa sekitar 3-5 minit  untuk setiap kali sendutan atau mengikut keperluan dan kondisi pesakit, dan .........
pastikan anda tidak dalam keadaan terlalu kenyang atau terlalu lapar, kosongkan perut sekurang-kurangnya 3-5 jam sebelum berbekam anda adalah terlebih-lebih baik.

* Penting....

- SATU ORANG SATU SET ALAT BEKAM........, saya hanya menggunakan cupping set baru atau milik anda sendiri tanpa kongsi, bagi yang tidak mempunyai set bekam sendiri bolehlah menempahnya dengan saya. Cawan bekam tidak akan dikongsi sama sekali oleh orang lain jadi anda boleh berbekam TANPA WASWAS.

Hanya set cup bekam baru saje diguna, tiada istilah kongsi cup

- Mahu berbekam..? Tiada mangkuk bekam..? Tak mahu berkongsi cawan/set/mangkuk bekam...?  Anda bolehlah membelinya dengan saya set bekam magnet seharga RM35.00 sekotak seelok-eloknya 2 kotak (24 Cup pelbagai size) , oleh kerana saya sangat berbesar hati diatas kesudian anda mendapat servis dari saya dengan bangganya saya memberi potongan harga sebanyak RM5 untuk harga sekotak jika anda membeli dan membuat temu janji untuk dibekam. Maklumat lanjut boleh rujuk harga set bekam murah di halaman ini.

"....MAKLUMAN.....!!!! 
 
Servis bekam hanyalah berdasarkan temu-janji, MAAF...saya mungkin tidak mampu menunaikan hajat tuan jika hari ni call kata nak bekam lani jugak, dan sila sahkan temujanji anda sebelum berbekam..TQ”
Untuk yang berminat atau sebarang pertanyaan sila hubungi saya di talian : 0139470047  ( Erfan Aziz. )
Atau sila layari laman blog saya untuk mendapat serba sedikit informasi tentang bekam di : http://www.muhibmahbub.blogspot.com

Selasa

RAMAI ANAK CUCU TIDAK TAHU WAKTU AFDHAL ZIARAH KUBURAN


Mungkinkah kucing ini mendengar suara2 dalam kubur..!!
Tajuk : Adab menziarahi kubur.

Terutama kubur ibubapa. Disunatkan berziarah pada hari khamis bermula dari waktu asar, sepanjang hari jumaat dan sehingga hari sabtu sebelum zohor. Waktu ini roh ada di perkuburan dan menunggu anak-anak menziarahinya.

Iman al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang lebih kurang maksudnya :
Seorang anak yg menziarahi kubur ibubapanya pada hari-hari tersebut akan dicatatkan kepadanya pahala seperti membuat kebaikan kepada kedua ibubapanya semasa hayat mereka. Dan dosa2 anak tersebut diampunkan oleh Allah SWT.

Jika anak tersebut adalah seorang yang derhaka semasa hayat ibubapanya, dengan menziarahi kubur ibubapa akan dicatatkan sebagai anak yang taat.

Adab ketika masuk dan berada di kubur :

1. Memberi salam kepadd simati dengan panggilan yang biasa semasa hayatnya. Seperti " Assalamualaikum mak/bapa". Roh mendengar dan menjawab salam.

2. Hendaklah kita menghadap kearah muka/kepala si mati dan kita membelakangkan kiblat.

3. Membaca quran atau doa-doa yang baik untuk si mati

sumber: Kitab Riyadhus Solihin, kupasan oleh Ust. Norazan

Isnin

REZEKI KURMA BUSUK


Kurma adalah penawar
REZEKI KURMA BUSUK

Jika tiba-tiba rasa 'down' sekejap dengan bisnes, saya selalu akan ingat kembali akan Abdul Rahman bin Auf dengan kisah kurma busuknya.

Kata Rasulullah saw, Abdul Rahman bin Auf r.a akan masuk syurga akhir sekali kerana terlalu kaya.
Ini kerana orang yang paling kaya akan dihisab paling lama.

Maka mendengarkan ini, Abdul Rahman bin Auf r.a pun ligat kepala otaknya berfikir, bagaimana agar boleh jadi miskin balik supaya dapat masuk syurga awal.

Selepas Perang Tabuk, kurma di Madinah yang ditinggalkan sahabat menjadi busuk. Lalu harganya jatuh. Abdul Rahman bin Auf r.a pun menjual semua hartanya, kemudian memborong semua kurma busuk milik sahabat r.hum tadi  dengan harga kurma bagus.

Kesemuanya bersyukur..Alhamdulillah..
kurma yang dikhuatiri tidak laku, tiba-tiba laku keras! Diborong semuanya oleh Abdul Rahman bin Auf.

Sahabat gembira.
Abdul Rahman bin Auf r.a pun gembira.
Semua happy!

Sahabat lain gembira sebab ada sales.
Abdul Rahman bin Auf r.a pula gembira sebab...
jatuh miskin!

MasyaAllah..hebat kan?
Cuba kalau kita?
Bisnes goyang sikit, pakat teriak tak tentu arah dah.

Abdul Rahman bin Auf r.a berasa sangat lega, sebab tahu akan bakal masuk surga dulu.
Ye lah, sebab sudah miskin.

Namun.. Subhanallah..perancangan Allah itu memang paling terbaik.
Tiba-tiba, datang utusan dari Yaman membawa berita, Raja Yaman mencari kurma busuk.

Rupa-rupanya, di Yaman sedang berjangkit wabak penyakit menular, dan ubat yang boleh menyembuhkannya adalah KURMA BUSUK!

Utusan Raja Yaman berniat memborong semua kurma Abdul Rahman bin Auf r.a dengan harga 10 kali ganda harga kurma biasa.

Allahuakbar..

Jadi..yang beri rezeki itu datangnya dari kurma yang bagus atau kurma yang busuk?

ALLAH swt lah yang Memberi Rezeki.

Ibrah dari kisah ini sangat special buat saya sebab ia buat saya sangat YAKIN bahawa rezeki itu totally dari Allah. Bukan sebab bisnes kita itu sudah cukup bagus atau produk kita yang terbaik yang akan beri kita sales yang banyak.

Kadang-kadang, KEYAKINAN dalam hati kita itu yang belum cukup kuat dan bulat...

We plan,
but Allah has also planned everything for us.
If something goes wrong, it went wrong for a good reason.

Semoga kisah ini dapat menyuntik kembali semangat dalam diri sahabat yang sedang diuji perniagaannya..❤

Ahad

Manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 perkara


Carilah empat anda akan jadi hebat....
Imam Malik Rahimahullahu Ta'ala pernah berkata:

Manusia jadi tenang dan hebat bila ada 4 perkara ini.

1. Kenderaan yang pantas.
2. Rumah yang lapang.
3. Pakaian yang cantik.
4. Lampu yang terang.

Kemudian ada yang bertanya kepada Imam Malik.
"Apakah yang dimaksudkan kenderaan yang pantas?"

Maka, Imam Malik menjawab:
"Kenderaan yang pantas bermaksud akal yang bijak."

Lalu ada yang bertanya lagi;
"Apakah yang dimaksudkan rumah yang lapang?"

Imam Malik menjawab;
*"Rumah yang lapang maknanya kesabaran yang tinggi."

Kata Imam Malik lagi;
*"Pakaian yang cantik bermaksud akhlak yang baik."

Dan terakhir;
"Lampu yang terang maknanya ilmu yang menerangi (bermanfaat)."

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيّدِنَا مُحَمَّدٍ

Selasa

Kisah Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani dan Iblis




Telah di ceritakan di dalam sebuah riwayat :-

PADA suatu hari, Syaikh Abdul Qadir al-Jilani r.a berjalan-jalan dengan muridnya di padang pasir. Waktu itu hari sangat panas, dan mereka sedang berpuasa. Mereka pun merasa letih dan dahaga.

Tiba-tiba, sekumpulan awan muncul, yang melindungi mereka dari panas terik matahari. Setelah itu, sebatang pohon kurma dan sebuah kolam air muncul di hadapan mereka. Mereka terpesona. Kemudian satu cahaya besar yang berkilauan, muncul dari celah awan di hadapan mereka dan terdengarlah satu suara dari dalamnya yang berkata :-

“Wahai Abdul Qadir, akulah Tuhan mu. Makan dan minumlah, kerana pada hari ini, telah aku halalkan untuk engkau apa yang telah aku haramkan untuk orang-orang lain.”

Syaikh Abdul Qadir al-Jilani pun melihat ke arah cahaya itu dan berkata :-

“Aku berlindung dengan ALLAH dari godaan syaitan yang terkutuk.”

Tiba-tiba, cahaya, pohon kurma dan kolam itu semuanya hilang dari pandangan mata. Maka kelihatanlah iblis di hadapan mereka dengan bentuk rupanya yang asli.

Iblis bertanya :-

“Bagaimanakah engkau dapat mengetahui itu sebenarnya adalah aku?”

Syaikh Abdul Qadir al-Jilani menjawab :-

“Syari'at itu sudah sempurna, dan tidak akan berubah sampai Hari Kiamat. ALLAH tidak akan mengubah yang haram kepada yang halal, walaupun untuk orang-orang yang menjadi pilihan-Nya (Wali-Nya).”

Maka iblis pun berkata lagi untuk menguji Syaikh Abdul Qadir al-Jilani :-

“Aku mampu menipu 70 kaum dari golongan Salikin (yakni orang-orang yang menempuh Jalan Kerohanian) dengan cara ini. Ilmu yang engkau miliki lebih luas daripada ilmu mereka. Apakah hanya ini jumlah pengikut mu? Sudah sepatutnya semua penduduk bumi ini menjadi pengikut mu, kerana ilmu mu menyamai ilmu Para Nabi.”

Syaikh Abdul Qadir al-Jilani menjawab :-

“Aku berlindung kepada ALLAH Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui, daripada engkau. Bukanlah kerana ilmu ku aku selamat, tetapi kerana RAHMAT DARI ALLAH, PENGATUR SEKALIAN ALAM.”

Semoga Cerita Ringkas ini, Memberi Manfaat buat kita..
In Syaa ALLAH..