Halaman

Ahad

MECCA n MEDINAH bandaraya yang paling bercahaya

RIYADH: Seorang angkasawan Russia telah berkata, bandar suci Makkah Al-Mukarromah dan Madinah El-Munawwaroh adalah lokasi yang paling terang,cantik dan bercahaya apabila dilihat dari angkasa lepas. Angkasawan berkenaan memberitahu demikian kepada para pelajar Arab Saudi yang menyertai program Persatuan Kembara Angkasa Lepas baru-baru ini.Katanya “Ketika berada di angkasa lepas, kami tidak berdepan dengan masalah untuk merakam gambar bandar raya di bumi pada siang hari.

“Tetapi, sebelah malam, ia begitu rumit dan anda perlu menggunakan teknik khas. Namun, saya berjaya merakam gambar beberapa bandar waktu itu. “Yang amat mengejutkan saya, ialah Makkah dan Madinah begitu terang berbanding bandar lain di seluruh dunia ketika waktu malam,” kata angkasawan Anatoly Ivanishin. Menurutnya, bandar-bandar lain tidak begitu jelas ketika itu tetapi pemandangan Makkah dan Madinah begitu menakjubkan dan tidak diduga. – AN Metro

Gambar MEKAH dari angkasa.

 Iklan sensasi: Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan set bekam, pen bekam atau jarum bekam, mangkuk atau cawan bekam dengan harga murah secara runcit atau borong sila klik disini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan