Halaman

Khamis

RENUNGAN PAGI DHUHA

🌻💵💵💵💵💵🌻
     
 Assalaamualaikum...
    
Memiliki harta yang banyak akan menyebabkan kehidupan seseorang itu berubah sama ada mensyukuri nikmat yang diberikanNYA atau menjadi sombong dan takbur dengan harta kekayaan yang dimiliki.  Bagaimana pun, kerana harta juga akan berlaku pergaduhan, perbalahan dan persengketaan apabila masing masing berebutkan harta, apatah lagi jika peninggalan itu adalah pusaka orang tua.
  
Perebutan harta boleh mengakibatkan tali persaudaraan terputus dan akan bersengketa berpanjangan. Maka menyedari masalah ini, sewajarnya lah kita kembali kepada ajaran islam bagaimana untuk menyelesaikannya.
 
Rasulullah s.a.w juga ada menegaskan menerusi hadis yang direkodkan oleh Muslim dan Abu Daud dari ibnu Abas, katanya," Hendak lah kamu membahagi bahagikan harta (pusaka) di antara ahli waris itu berpandukan kitab Allah."
  
Membahagikan harta secara adil mengikut panduan yang digariskan dalam al-Quran dan sunnahnya merupakan satu kewajipan untuk mengelakkan perbalahan dan permusuhan. Tetapi malangnya, apa yang ditentukan dalam al-Quran dan sunnah itu tidak dipatuhi sebaliknya memberi hukum pembahagian di atas pertimbangan akal fikiran sendiri.
  
Perkara ini berlaku kerana sifat tamak disebabkan ingin membolot semua harta dan berasa iri hati dengan pihak yang berebut harta. Mereka juga telah dikaburi oleh kemewahan harta sehingga melupakan tali persaudaraan di mana sebenarnya telah melanggari hukum Allah Taala.
 
🍒 Waallahu'aklam 🍒

Tiada ulasan:

Catat Ulasan